Skip to main content

Yus Dan Hiking

Assalamualaikum...

Kenapa aku suka mendaki? 

Aku tahu tak semua orang suka mendaki. Mesti ramai yang berkata "Apa yang best sangat dengan mendaki ni?" "Apa yang kau dapat?" Tak penat ke turun naik gunung tu?" Panjat batu, akar berselirat, kene redah lumpur dan lecak. Pacatnya lagi. Euwww..gelilah semua tu. Apa yang best sangat?"

Itu adalah antara soalan yang akan ditanya oleh mereka yang jarang atau tak suka dengan aktivit mendaki ini. Aku faham setiap individu punya minat dan passion yang berbeza-beza. Aktiviti lasak tak semestinya terhad pada dunia hiking sahaja. Ada jer yang tak suka hiking, tapi mereka suka berwall climbing, rock climbing, water rafting, absailing ataupun another aktiviti lasak yang lain.

Kenapa aku suka hiking? Aku sebenarnya tidaklah terlalu suka dan eksaited dengan dunia hiking ini. Tapi kalau ada rakan yang mengajak in sha Allah, aku turut serta. Aku bukanlah jugak seorang pendaki yang hardcore. Aku sendiri juga masih berjinak-jinak dalam dunia hiking. G7 pun masih belum ku jejakki.

Bagi aku, mendaki adalah salah satu aktiviti masa lapangku. Selain mengisi masa lapang, dari mendaki juga aku dapat mengetahui akan kemampuan tubuh badanku. Fit ke aku? Stamina kuat ke aku? Boleh ke aku buat? Lebih kepada untuk challenge diri sendiri sebenarnya. Part paling best adalah bila mana kau telah bersusah payah, berhempas pulas mengerah keringat dan tenaga, finally kau berjaya sampai ke puncak lebih-lebih lagi bila puncak yang didaki menyajikan satu view keindahan yang sangat mempesonakan. Segala penat dan keluhan di sepanjang pendakian akan terus kau lupakan dan bila turun ke kaki gunung pasti kau akan merinduinya semula.

" The best views come after the hardest climb."

Bagi mereka yang tidak menyukai aktiviti ini tidak akan faham dengan apa yang kami rasai. Pernah satu ketika dahulu, aku dapat satu komen dari seorang pembaca blog aku, tak silap entri "Ekspedisi Bukit Kutu.". Tapi dah aku padam komen tu. Tapi tulisannya berbunyi seperti ini...

"Kenapa sengaja cari pasal nak menyusahkan diri nak hiking gunung bagai tu kalau tahu kemampuan diri tu tak seberapa."

Like seriously....this is a toxic comment. Tak membina langsung. Aku memang tak suka orang macam ni. Kenapa perlu judge aku kalau kau tak kenal aku. Apa hak kau nak mempertikaikan tahap kemampuan tubuh badan aku untuk mendaki.

Alhamdulillah, sepanjang aku mendaki, aku tak pernah menyusahkan sesiapa. Biarpun aku tak larat nak melangkah lagi, aku tetap gagah teruskan. Ini kerana aku tahu aku pasti akan tiba juga dipuncak. Sepanjang aku mendaki, aku tak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan yang teruk. Aku pun tak nak menyusahkan rakan-rakan yang lain. Akan aku pastikan aku berada dalam keadaan yang baik dan sihat.

Pewai..Barai..Mental...Itu normallah dalam dunia pendakian. Even kau tanya mereka yang power dan hebat dalam dunia hiking ni pun, ada satu tahap pasti mereka pernah pewai jugak. 

"Pewai itu nikmat!!"

Aku tidak sesekali meletakkan diri ini di satu tahap yang berbahaya kalau aku sedar dengan tahap kesihatan aku sendiri. Aku juga faham, setiap trip lebih-lebih lagi gunung yang mencabar perlukan komitmen yang tinggi dari setiap peserta. Latihan dan kesihatan yang baik sangat penting bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku di sepanjang pendakian. Bila perkara itu terjadi, kau bakal menyusahkan line up yang lain. Aku sedar akan semua itu.

Oleh sebab itu lah, aku hanya mendaki gunung-gunung di sekitar Malaysia je. Paling jauh pernah pergi pun trip Gunung Silipat under Gunung Hub. Tapi itu pun satu trip pendakian yang agak menyenangkan dan memewahkan. Hahaha. Trip mendaki dan camping yang pernah aku sertai setakat ini cuma CBL. Itu kali kedua aku join bercamping selepas Silipat. Dan ternyata aku sangat menyukainya. Dulu aku ingat camping dalam hutan ni renyah, bahaya, tak best, menakutkan dan macam-macam lagilah negative vibe tu hadir. Sebab itulah aku tidak akan sesekali join kalau aktiviti uni melibatkan hiking dan camping ni. Menyesalnya aku tak kenal semua ini dari zaman belajar lagi. Huhuhu. Tapi apakan daya, semua itu telah lama berlalu. Hehehe..

Biarlah apa orang nak kata, yang penting aku happy dengan apa yang aku buat sekarang. In sha Allah, kalau masih diberi peluang dan kesihatan yang baik, aku akan terus melakukan aktiviti yang sihat ini.

Puncak Batu Bukit Kutu

   View sunrise Kem Lansir CBL

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...