Finally, aku terjebak jugak dengan Blogger Challenge ni. Hahaha. Aku terjebak ni pun sebab aku follow satu blogger ni " sayesyadiya.blogspot.com " yang sahut cabaran benda alah ni. So, kite mulakan dahulu dengan cabaran yang pertama.
Assalamualaikum. Nama di beri Siti Faiross Bt Shariff. Lahir pada tahun 1987 tanggal 7 April. So, faham2 sendiri lah kan umur aku berapa sekarang. Hahaha. Tua dah. Masih belum berkahwin. Still bujang trang tang tang dan masih mencari bakal imam yang dapat membimbing dan membawa diri ini ke syurga. In sha Allah.
Berketinggian 153 cm dan berat dah menjangkau ke angka 65 KG. Hahaha. Tahu..kite dah obesiti pun. Dalam proses nak mendapatkan berat yang ideal semula tapi bila memikirkan macam-macam yang dilahap tak tahu bilakan berjaya. Kihkihkih.
Aku berasal dari negeri di selatan tanah air Malaysia iaitu Johor. Masih tidak menggunakan passport ye. Hahaha. Aku masih rakyat Malaysia. Johor di area Batu Pahat. Aku anak sulung dari 5 orang adik beradik. Bawah aku berumur 31 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. No tiga perempuan jugak berumur 26 tahun dan bakal bertunang dengan jejaka yang pada mulanya nak dikenenkan dengan aku. Namun jodoh adik aku sampai dulu. No 4 satu satunya lelaki dalam keluarga berumur 24 tahun dan bakal berkahwin hujung tahun ini jika tiada aral. Yang bongsu pulak baru lepas SPM dan kini sambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor. Yes, kami 5 beradik.
Kini, aku stay di Subang Jaya kerana bekerja meneruskan kelangsungan hidup. Telah hampir 5 tahun bekerja di sebuah company Biotech di Subang Jaya. Dan aku sangat sukakan kerja aku yang sekarang. Oh ya, aku sangat suka membaca. Tak kisah bahan bacaan apa pun. Tapi yang aku suka adalah novel. Penuh koleksi novel2 aku di rumah USJ mahupun di kampung. Aku juga sukakan aktiviti lasak. Mendaki, berlari dan jugak berskytrek menjadi pilihan. Aku juga suka travel. Iye lah, dah single kan. So, aku bebas melakukan apa sahaja yang aku suka. Hehehe.
Kisah cinta aku????ehh, rasenye introduce diri je kan. Hahaha. Aku tengok dulu dalam list Blogger Challenge ni ada tak challenge story tentang kisah cinta blogger. Stay Tuned.
This is my latest photo. Baru je snap masa kat opis siang tadi. Cer teka mana satu aku? Tentu sajelah yang comel pipi gebu gebas tudung hijau tu. Hahahaha.
This is my photo 5 days ago. Time ni baru habis berlari Larian Negaraku 2019.
So, this is my introduction. Salam kenal bagi mereka yang baru je jumpa blog aku ni. Aku bukanlah blogger yang terkenal famous amous macam kat luar sana tu. Luahan hati aku di blog ini adalah salah satu cara aku untuk mengekspretasikan apa yang aku rasa dan apa yang aku lalui.
Sekian sudah cabaran yang pertama..🥰🥰
Comments
Post a Comment