Skip to main content

Weekend Cik CT

Hye chuolss...lame jugak aku tak hupdate blog Cik CT padahal aku sangat banyak xtvt dan story yang aku nak coretkan. Untuk bulan 7 yang lepas saje, xtvt hujung minggu aku sangat padat. Pendek kata, bulan 7 tu sabtu ahad aku tak lekat di rumah. 

1st week of July, 6 hingga 7 Julai aku pergi bercuti ke Pulau Dayang. Aku teringin sangat2 nak ke pulau belah2 area Johor ni. Plan memang dah lame sebenarnya. Pemandangan yang indah dan air laut yang jernih bagaikan kristal memberikan aku satu kenangan yang takkan mudah nak dilupakan. Even, la ni pun aku still cannot move on. Hahaha.


2nd week of July, 13 hingga 15 Julai adalah tarikh yang membanggakan buat diri sendiri apabila aku berjaya mengharungi segala macam halangan dan dugaan dan akhirnya berjaya menakhluki CBL. Apa itu CBL? Air Terjun Chemerong, Berembun dan Langsir. Aku sendiri tak percaya dengan kemampuan aku untuk bercamping di tengah2 hutan dan mendaki menuju ke puncak selama 3H2M demi menyaksikan sebuah panorama yang cukup indah. 



3rd week of July, 20 hingga 21 Julai tarikh aku dan adik2 finance bergumbira mengharungi cabaran di Skytrex Melaka & Jalan2 Melaka Bandaraya Bersejarah. Dengan minggu lepasnya baru turun gunung, aku dah menggatal panjat pulak pokok. Amekkaw, lepas tu seminggu aku sengal2 bahagian pinggang. Mati2 aku ingat aku ada masalah buah pinggang sebab memang pinggang aku sangat2 sakit bile disentuh. Hehehe.


4th week of July, 27 sehingga 30 Julai. Aku ke Vietnam. Yabedabedu.....humakaiii, berjalan sungguh ye ko wahai cik CT. 🤭🤭 tiket flight ke Vietnam dah lame beli sebenarnya. Sejak dari tahun lepas lagi. This is 1st time aku ke Vietnam. Memang best dan banyak meninggalkan pengalaman manis dan jugak kelakar. Hahaha.


Sangat pack kan jadual hujung minggu aku pada bulan 7 yang lepas. Semua aktiviti ini masih lagi belum aku coretkan di dalam laman blog aku ini. Oh ya, cuma entri Pulau Dayang je sudah aku update. Actually, semua aktiviti2 ini dah aku abadikan di laman Instagram aku. Budak2 opis sudi jugak baca karangan panjang aku tu. So, bila rajin nnti, aku copy paste je masuk dalam blog ni. Hahahaha.

Aktivit hujung minggu aku tak terhenti di bulan 7 saje tau. 1st week of Aug, aku buat kerja gile dimana Sabtu aku berlari Larian Negaraku 2019 7KM dan keesokkannya pulak aku hike Bukit Kutu yang ketinggiannya menyamai taraf sebuah gunung. Hohoho. Memang giler. Hahaha.




Tapi  bagi aku sendiri, aku seronok dengan apa yang aku lalui sekarang. Aku dapat jumpa dan kenal dengan ramai kawan2 baru. Dapat kenal tempat orang. Dapat menyihatkan tubuh badan sendiri jugak. Hehehe...

So, nantikan entri2 untuk semua aktiviti2 aku ni tau. Stay Tuned.....

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...