Skip to main content

Blogger Challenge 8 : Something For Your Kids To Know

Wow...serasanya macam jauh lagi je masa itu akan tiba. 😂

Jika aku ditakdirkan memiliki anak, apa yang aku nak anak-anak aku tahu adalah aku nak mereka tahu yang mereka memiliki seorang ibu yang hebat. Seorang ibu yang sanggup bersusah payah menyabung nyawa melahirkan mereka pada usia yang berisiko untuk melahirkan. Ye, kini aku berumur 32 tahun. Bau-bau mahupun tanda-tanda nak berkahwin aku sendiri tidak pasti. So, tanda-tanda nak melahirkan lagilah aku tak tahu kan. 😂 Boleh saja dalam umur aku 36 atau 37 baru aku berpeluang untuk melahirkan seorang baby. Huhuhu. Jauh sangat pemikiranmu itu.

Tapi itulah hakikat yang ingin anak-anak aku tahu suatu hari nanti. Mungkin juga aku tidak mempunyai ramai anak. Cukup sekadar dua orang sahaja. Mungkin jugak seorang. So, aku mengharapkan agar bakal anak-anakku menyayangi aku seperti mana aku sayang akan mereka. Mendengar setiap kata-kata ku. Menjaga aku dikala aku sudah tua. Iyer lah kan. Let say, aku dapat anak umur 36 tahun. Sepuluh tahun kemudian, anak aku dah berumur 10 tahun dan aku berumur 46 tahun. Kalau anak aku berumur 25 tahun, aku pulak berumur 61 tahun. Huhu. Muda lagi anak-anak aku ye. Sudikah mereka jaga aku bila aku tua nanti ye agaknya???

Dalam masa yang sama juga, aku jadi risau dan kasihan pada mereka sebab dapat ibu yang semakin tua di kala umur mereka baru menginjak dewasa. Aku tak nak mereka menanggung dosa sebab tak dapat menjaga aku dengan baik nanti. 

Hishhh..terlalu jauh sangat imaginasi kau wahai Siti Faiross..Allah dah susun, atur baik2 cantik2 jalan hidup kau. Jangan sesekali berfikiran negative seperti itu. Mesti ada sebab mengapa Allah belum ketemukan jodoh untuk kau. Mungkin Allah dah tetapkan yang kau akan bertemu dengan jodoh yang akan setia bersama kau sehingga ke akhir hayat. Dapat sama-sama mendidik dan membimbing anak-anak ke jalan yang di redhaiNya. Allah itu sebaik-baik perancang. Mungkin jugak Allah dah tentukan yang bakal anak-anak kau akan menjaga kau dan suami sehingga ke akhir hayat kau suami isteri. Tak mustahilkan perkara itu berlaku. Maka, berbaik sangkalah dengan Allah. Mohon doa padaNya.

P/S: Thats the way how Siti Faiross calm down and positivekan semula her feeling. Yes, dia suka menulis pd dirinya sendiri kata-kata semangat. 😊

Buat bakal anak-anak ibu, in sha Allah kalau berpeluang kita akan bertemu satu hari nanti..

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...