Skip to main content

Cara Faiross Urus Duit Gaji

Cara Faiross menguruskan kewangannya....

Dalam tak ade benda nak dibuat kat office, aku duk google lah cara nak menguruskan duit gaji dengan baik atau paling efisyen. Dalam pada duk google, terjumpalah satu blog yang bertajuk " 5 Formula urus duit gaji " Ini link nye....


Habis baca dah kan???

Then, dapat aku simpulkan di sini bahawa yang selama ini aku uruskan duit gaji aku hampir-hampir mengikut formula yang kedua. Formula: 50 / 30 / 20. Duit gaji dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut peratusan tertentu iaitu 50%, 30% dan 20%.

Bahagian 50% bila aku kira memang untuk komitmen tetap seperti bayaran rumah sewa USJ12, hutang pinjaman PTPTN, bagi mak ayah, bayaran bulanan air coway untuk kegunaan family kat kampung dan juga buat pembayaran postpaid UMobile aku every month. Ternyata, bila dikira-kira semula memang banyak balance dari 50% komitmen tetap aku ni. Boleh lah buat topup untuk bayaran utilities yang lain.

Bahagian 30% pulak adalah untuk komitmen yang sentiasa berubah, tidak tetap. Contohnya seperti pembayaran duit kutu untuk dua group yang aku join. Boleh aku katakan, simpanan ini adalah simpanan untuk memanjakan diri atau self reward. Let say, kalau aku nak kan sesuatu or nak travel ke mana-mana, duit simpanan dari duit kutu ini akan aku gunakan. 


Bahagian 20% pulak adalah untuk simpanan, pelaburan dan juga insurans perlindungan. Setakat ini, aku peruntukkan lebih kurang RM500 untuk bahagian ini setiap bulan. Okay lah tu kan..untuk masa depan sendiri jugak. Paling kurang, bila aku ditimpa kecelakaan dah ada simpanan dan insurans yang akan cover.

Actually, aku sangat bernasib baik bila aku kurang komitmen dari segi pembayaran kereta dan jugak rumah. Kalau aku dah ada komitmen tetap untuk kedua-dua aset ini mungkin formula yang aku gunakan bukan formula yang sekarang ni. Formula yang lain pulak. Itu maknanya, peruntukkan untuk joli-joli jugak akan berkurangan. Kihkihkih. Dalam perancangan untuk membeli kedua-dua aset ini. In sha Allah, jika dipermudahkan segala urusan. Amiin..

Gaji actually tak ade lah banyak mana pun. Cukuplah nak buat tampung diri sendiri. Nak makan yang sedap-sedap, nak travel kemana-mana dan jugak nak buat aktiviti yang digemari. Hehehe..




Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...