Skip to main content

My Sista Engagement - 20190831 -

Hampir seminggu rupenye majlis pertunangan adik perempuan aku, Siti Fatihah selamat dilangsungkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancarnya. Memang sangat mudah dan pantas perancangan jodoh adik perempuan aku yang sorang ni.

Dikenalkan oleh Mak Long Lena aku then berkawan dalam tempoh beberapa bulan je dah terus diajak bertunang. Dan jangan tak tahu, mereka bakal melangsungkan hari perkahwinan pada tanggal 7 Disember ini disebelah pihak kami. Mak aiiii...mudah sungguh perjalanan jodoh Ateh yer. In sha Allah, mudah2han kesemuanya berjalan dengan baik nanti. Ameen..


Family belah Cik Ani.


Pakcik2 kesayangan kami adik beradik.


Adik dah, kakaknya bila lagi???


Tahniah Cik Ani dan Pak Sarip bakal terima menantu lelaki lagi.


Dua je ni lah yang tinggal lagi. Ibab tu tak masuk, kecik lagi. Hahahaha.


Comelnye jari. Kalau Ateh tahu aku upload gambo ni dlm blog mampuihh aku kene bebel. Hahahaha.


Mastermind - Mak Long Lena. Perancangan Allah memang yang terbaik. Jodoh adik aku tiba dulu. Hehehe.

 
4 beradik - Patutnye majlis Faiz bulan 12 ni. Oh ya, Pak Sarip dan Cik Ani bakal terima menantu perempuan jugak. Hehehe


Outdoor photoshoot selepas majlis.

Tentunya aku mesti balik di hari pertunangan Ateh minggu lepas. Angah tak dapat balik disebabkan ada company trip ke Langkawi minggu tu. Aku pun memang dah lama x balik kampung. Masterchef nya tentu saja Mak Long Lena aku. Memang beriya2 sungguh dia memasak tau. Nasi Arab menjadi menu utama majlis bertunang Ateh & Taufik tempoh hari. Selain itu ada ayam masak merah, dalca dan kari daging. Masakan Mak Long Lena memang daboomm meletop kebabomm.. Syukur Alhamdulillah Mak Long Lena diberikan kesihatan yang baik untuk memasak pada hari itu. Harapnye masa majlis aku nanti, mak long berkesempatan masakkan untuk majlis aku pulak nanti. Ameen..

Rombongan Taufik sekeluarga tiba di rumah kami pada pukul 3 petang. Agak lewat dari masa yang dijanjikan. Tapi tak mengapalah. Kebetulan pulak pagi tu, majlis nikah adik lelakinya diadakan di Simpang Renggam. Sebab tu lah dilangsungkan sekali majlis pertunangan ini. Iyer lah, mereka pun memang datang dari jauh, Terengganu. Dah alang2 sampai ni baiklah disekaliharungkan saja kan. Hehehe.


Mujur ada Pak Long Limat sebagai wakil pihak kami weii...Tetiba pulak Cikgu Razak demam. Huhuhu.



Sedikit ucapan dari yang berkenan. Hahaha. Tergagap ko ye...🤣🤣
.
.
.
Ateh memang cun lah hari tu. Dia yang jarak make up bile make up memang nampak sangat berseri-seri. Jeles pulak dibuatnya tau. Adakah kalau aku make up nanti nampak cantik seperti Ateh??? Hehehe. Persiapan memang Ateh dan mak yang uruskan kat kampung. Aku bagilah sedikit wang untuk tampung perbelanjaan majlis adik aku tu. Alhamdulillah, sumenye berjalan dengan baik. Tak ramai saudara mara yang hadir. Tapi itu pun dah cukup meriah dengan kehadiran Mak Long Sari, Pak Long Limat, Mak Itam dan Pak Tik, Pak Kamal dan Cik Dah, Mak Mok dan Cik Wahab, Kak Ila dan Abg Amy, Tok Pah dan jugak Tok Bon. Tak lupa jugak Pokde dan Cik Mas. Penuh rumah. Hehehe. Makanan pun semuanya habis dan keluarga pihak lelaki pun menyukainya. Alhamdulillah.


Chef terunggul - Mak Long Lena


Terliur sungguh tengok masakan ni semua. Tetiba rindu.....
.
.
.
Aku sebagai kakak sulong mendoakan yang terbaik untuk adik2 aku semua.

Selamat Pengantin Baru Siti Fatihah & Taufik....😍😍😍



Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...