Skip to main content

Novel Review: Cutenya Dia!!

Novel: Cutenya Dia

Novelis: Azleya Shadzalin

Rate: 6/10

Tarikh Pembacaan: Sebulan yang lalu...

" Biarlah rindu yang menjadi saksi "


Sinopsis Kulit Belakang:

Cinta pandang pertama - "Hmm...aku tak percaya pada ungkapan ni sebenarnya. Tapi, sejak bertemu Naura...kenapa hati rasa lain?? Naura nampak cute sangat. Mana tahu kalau ini memang jodoh aku! Terima aje lah." - Ammar Bakhtiar

Tak kenal maka tak cinta - " Aduh, macam mana nak cinta kalau kenal pun tak? Macam kahwin dengan orang asing. Kenapa pulak lelaki ini tiba-tiba setuju? Suka-suka hati dia aje. Atau dia ada agenda lain? Dia nak jual aku ke? Ibu, tolong!" - Naura

Namun, walau macam mana pun kata hati Ammar dan Naura, mereka tetap disatukan. Bahtera itu harus dikemudi dengan apa cara sekali pun. Kalau karam, lemaslah mereka. Kalau dilanda badai, hancurlah semua. Selebihnya biarkan cinta bercerita....
.
.
.
.
Review Cik CT:

Aku suka tema yang dibawakan oleh novelis di dalam naskhah beliau ni. 

                         FITNAH, HASAD DENGKI

Disebabkan sebuah fitnah, hasad dengki dan rasa tidak puas hati, kehidupan orang lain berantakkan. Institusi kekeluargaan musnah begitu sahaja. Putus saudara. Sanggup berbunuhan. Sangat lah berbahaya perasaan hasad dengki ini sebenarnya. 

Penulis mengetengahkan isu bagaimana Ammar dan Naura melalui kehidupan selepas difitnah sehingga mereka terpaksa dikahwinkan. Bagaimana mereka melalui sebuah perkahwinan rahsia. Ditambah pulak bila perkahwinan mereka dapat dihidu oleh emaknya Ammar, lagi lah bertambah sulit kehidupan mereka. 

Bagi aku quite kejam jugak lah mak si Ammar ni. Apa salah menantu. Sampai keguguran dibuatnya. Tapi Naura tetap jugak tidak menyalahkan ibu mertuanya. Ini semua disebabkan fitnah, hasutan Farah kepada Puan Rozie. Aku geram sungguh watak si Farah ni. Dah mengandungkan anak orang lain nak difitnahnya pulak Ammar. Suruh jadi pak sanggup. Dasyatnye la hai manusia sekarang. 

Watak Ammar pulak digambarkan seorang yang sangat-sangat matured. Rational dalam membuat sebarang keputusan. Tak terburu-buru. Naura pulak pada mulanya tak suka si suami namun hati perempuan ni bagaikan kerak nasi. Dipujuk-pujuk akhirnya lembut jugak. Sape tak suka weiii, sape tak jatuh hati weii kalau dapat laki macam watak Ammar tu weii. Hahaha.

So, ending novel ni tentu saje lah HAPPY....🥰🥰🥰🥰

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...