Skip to main content

Balik Kampug Lagi

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk pulang ke kampung halaman menjenguk mak dan ayah. Syukur!! Benarlah, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. Macam kes aku lah, aku kan still single so anytime boleh balik kampung tanpa perlu meminta keizinan sesiapa pun. Kalau dah kahwin, terlalu banyak faktor yang perlu difikirkan. Betul tak???


Bulan sembilan ni Alhamdulillah dua kali aku pulang ke kampung. Minggu pertama dan ketiga. Minggu pertama ri tu sebab ada majlis kenduri pertunangan Fatihah. Minggu ni balik sesaja pulak. Lagipun cuti sampai hari Isnin sempena Hari Malaysia. So, adalah sangat rugi kalau tak balik kampung.

Lagi pulak, bulan sepuluh nanti every week aku akan ada aktviti. So, aku rasa bulan sepuluh nanti memang aku tak balik kampung. So, minggu ni kira topup untuk bulan depan lah. Hehehe.

Bas delayed sejam tadi. Patutnye gerak dalam pukul 8.30 tadi tapi bas hanya sampai pada pukul 9 malam. Kul bape lah gamaknye aku tiba depan kampung kan. Hopefully, jalan pun tak jem. Hehehe. Kalau di tengok trafik sekarang memang trafik bergerak agak lancar. Hehe. Cuma agak banyak kereta. Mungkin sebab cuti panjang kan.

So, apa aktiviti aku kat kampung minggu ni??? Aku dah plan baik punye nak p mandi air terjun Gunung Ledang dengan dorang. Tapi kite tengoklah plan tu menjadi ke tidak. Kalau tak duk jer lah rumah borak2 sembang2 dengan mak ayah. Main dengan baby Amaira. Lame nye tak jumpe budak mata bulat tu. 🥰🥰🥰

Okaylah. Aku pun dah start pening kepala ni. Pusing rasenye. Dah sampai nanti kite update lagi. Daaàaa.....

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...