Skip to main content

Novel Review: Cinta Perisa Dia

Novel: Cinta Perisa Dia

Novelis: Lynn Dayana

Rate: 6/10

Tarikh Pembacaan: Seminggu yang lalu....

" Kalau cinta ini asid, larutlah aku merinduimu. "


Sinopsis Kulit Belakang:

Cinta itu mana boleh dipaksa. Ditolak, pasti jatuh. Dibuang pasti sakit. Bagi Hadif Imran, cinta boleh ditangguh sehingga satu detik yang pasti. Dia sudah dewasa, biar dia yang menentukannya. Perisa vanilla, coklat atau strawberi....itu haknya.

Bagi bonda, dia mahu menantu. Bonda impikan cinta berperisa iman, bersalut takwa dan dihiasi kasih sayang untuk anaknya. Hadif jadi risau bila bonda sudah naik angin! Bagaimana kalau yang dipilih bonda berwajah ratu, berlesung pipit, tetapi sengau? Atau pandai mengaji, mahir memasak, tetapi giginya rongak? Hadif buntu, bonda naik hantu! Cinta berperisa apa agaknya di akhir cerita?

Rancangan Mencari Menantu bonda rancangkan bersama TV9. Hadif resah dan kecut perut melihat calon menantu bonda. Ada yang terlebih manja, ada yang garang menggoda dan ada yang bahaya untuk dimiliki! Ketar di kaki dilindungi dengan senyuman. Bonda merencana, Hadif susun strategi. Namun kalau sudah cinta....jodoh datang juga tanpa dipaksa.
.
.
.
.
.
Pandangan ringkas Cik CT:

Alhamdulillah, setel aku baca novel ni. Novel yang aku kira agak santai dan ringkas. Plot ceritanya tidak meleret-leret. Macam tengah menonton the real rancangan realiti mencari jodoh kat tv pun iye jugak. Hahaha.

Mampu buat aku tersenyum dengan kerenah Hadif, Fiqry dan Darwis. Tak lupa jugak kerenah Mala dan Ayumi. Hahaha. Memang buat aku tergelak.

Penulis membawakan tema anak yatim sebagai rencah utama plot novel beliau. Bagaimana bonda sangat menyayangi anak-anak yatim yang dijaganya seperti anak sendiri. Hadif jugak di ajar untuk menganggap mereka sebagai saudara dan terbukti persaudaraan yang erat dan utuh dipaparkan di dalam watak Hadif, Fikry, Darwis dan jugak Diana.

Besar ganjarannya bila kite berbakti kepada anak yatim ini. 

Riwayat At-Tarmizi, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang memelihara seorang anak yatim dengan memberikan makanan dan minuman dengan puas, maka Allah S.W.T memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak diampuni.

Penulis membawakan tema kasih sayang di dalam novel ini. Kasih sayang sesama anak yatim, kasih sayang antara ibu dan anak di mana kita dapat lihat dalam kerektor bonda dan jugak Hadif. Betapa bonda sangat menyayangi Hadif dan Hadif juga sangat menyayangi bonda.

Kasih sayang sesama sahabat. Contoh persahabatan antara Mala dan Ayumi. Bestnye la hai kalau dapat kawan macam Mala tu. Sentiasa ceria je hidup. Hehehe. Jugak antara Fiqry dan Hadif.

So, berjayakah Hadif bertemu dengan pilihan hatinya??? Intan atau Ayumi??? Tentu saja lah Ayumi kan. Di akhir kisah, cinta berperisa iman, bersalut kasih dan dihiasi taqwa menjadi pilihannya. Happy Ending!!!

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...