Skip to main content

Hiking Gunung Angsi 2.0

Date: 29 September 2019 (Late Entry)
Tempat: Gunung Angsi via Bukit Putus
Starting Point: Bukit Putus
Ketinggian: 825m / 2707 ft
Tahap Kesukaran: Easy - Moderate
Distance: Mungkin dalam 7KM. Hahaha.
                        Tempoh perjalanan: 1 jam 42 minit naik, 1 jam 15 minit untuk turun

Gunung Angsi 2.0 checked ✅ on 29 September 2019 yang lepas. Finally, berjaya jugak bergerak dari Subang ni nak ke K.Pilah tu. Hahaha. (Bukan berjaya ke puncak tu...) Iyer lah, Lydia ngan Adda memang dah standby tido rumah aku. Masing2 tido pun dah lewat sebab p mengeteh tgh malam dgn Nuqman kat Mamak Ameen pulak. Pagi tu hujan lebat gilosss. Memang sedap lah tido kan. Rancangan asal nak gerak before subuh tak menjadi. Namun, berjaya jugak kitorang sume bangun lepas Subuh tu then otw to Hutan Lipur Ulu Bendul around pukul 7 pagi.

Kami bertiga je yang pergi. Patutnye ada Afiq sekali tapi dia tak dapat nak join sebab Afiq ade event FM Standard Chartered Kuala Lumpur time tu. Btw, congrats Afiq. Dalam pada tak nak berlari tu, berjaya jugak die tamatkan larian 42 KM die tu.

Perjalanan dari USJ ke Hutan Lipur Ulu Bendul mengambil masa selama lebih kurang 1 jam 45 minit. Kitorang berhenti sat kat Petronas bagi membeli sedikit kudap2pan nak dikunyah sepanjang pendakian (merangkap breakfast). Kitorang tak naik dari Ulu Bendul pun, tapi kitorang naik dari Bukit Putus. Time kitorang datang tu pun trek G.Angsi via Ulu Bendul ditutup untuk orang ramai kerana laluannya yang licin selepas hujan semalamnya. So, agak bahaya. Plan asal kitorang memang nak naik dari Bukit Putus pun. Ini kerana treknye lebih santai dan landai. Jugak tak memenatkan. Kalau trek Ulu Bendul quite tough orang kata. Masa yang diambil jugak agak lama. Kalau dari Bukit Putus tak sampai sejam lebih chuolss dah boleh sampai atas. Normal pace lah.

Sampai Bukit Putus around pukul 8.30 pagi macam tu. Fuhh, kali terakhir aku pergi sini adalah 4 tahun yang lepas. Apa yang dapat aku katakan bila sampai ke sini hari tu, banyak perubahan yang bagus telah dilakukan kepada trek G.Angsi via Bukit Putus ni. Seingat aku dulu, cuma ada kaunter kecil je yang disediakan untuk pendaftaran pendaki. Awal2 nak panjat tangga trek Bukit Putus ni pun cukup mencuakkan. Tapi tidak lagi sekarang. Semua kemudahan telah disediakan. Kaunter pendaftaran yang selesa. Toilet yang bersih. Juga ada bilik solat lelaki dan perempuan. Tangga besi jugak dah disediakan untuk memudahkan pendaki. Dan ada juga signboard besar tertera Gunung Angsi. Yeayyyy!!!



Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM5 untuk setiap pendaki. Murah kan. Tak perlu permit atau guider since trek Bukit Putus adalah single track dan sangat mudah. Ikut saja trek yang telah disediakan. Jangan memandai nak masuk laluan lain pulak ye. Hehehe

Aku mengambil masa selama 1 jam 42 minit untuk sampai ke puncak. Around pukul 10 pagi kami sampai ke puncak Gunung Angsi. Orang memang dah ramai waktu tu. Cuaca pun panas lit lit. Lydia sememangnya sudah tiba di puncak lebih awal. Aku pulak sweep Adda. Bagus budak Adda ni, semangat die memang sangat kuat. Mental die padu. Gunung Angsi ialah gunung kedua dia naik selepas Bukit Kutu tempoh hari. Apedehal dengan Gunung Angsi yang berketinggian 825m kalau sebelum tu dia dah tapau Kutu yang berketinggian 1053m tau. Hehehe.


Lepak-lepak kat puncak, layan view, tangkap gambo banyak2, sembang rancak dengan hikers baru, kak Haida around pukul 11.15 pagi macam tu baru kitorang bergerak turun ke kaki gunung semula. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 15 minit untuk turun. Trek Gunung Angsi tak banyak pacak sangat. Sangat sesuai jugak dinaiki oleh kanak-kanak. Laluan shopping mall jugak banyak. Hahahaha...



















Amacam trek Gunung Angsi via Bukit Putus??? Sangat santai kan???? Lek je naik ni.. siap boleh posing tengah jalan bergambo. Trek Bukit Putus jugak sangat dikenali dikalangan pelari2 trail run. Kalau yang memang dak2 trail, berlari looping 4 6 kali pun xde hal. Time kitorang naik hari tu pun ade sorang uncle melayu ni, serasanya dua tiga kali jugak lah jumpe die tgh on track. Padu gilosss uncle ni. Yang seronoknye hiking ni, we always support each other. "Sikit je lagi tu" "you can do it" even tak pernah kenal pun. Kalau terserempak tgh on trek bertegur sape lah, bagi salam. Tak luak pun kan. Itu yang happeningnye dunia hiking ni. Hehehe...

We ollss bertiga sampai kaki gunung around pukul 12.30 tengah hari. Nampak ada orang jual air, terus serbu. Hahaha. Dah macam zombie dahagakan darah. Tapi kami dahagakan air. Bersalam-salaman dan tukar ig each other dengan kak Haida, kitorang bertiga gerak balik USJ semula. Before tu nak mencarik makan dulu. Lapaq bak hang!!!













Seronok dapat kenal dengan kak Haida ni. Orangnye memang padu. Memang hiker padu ni. Cun melecun. Dah berpunye okay.  Agak2 bape umur akk ni??? 39 tahun weiii...Salah satu rahsia nak awet muda ialah HIKING... Hahahaha....

Balik tu kononnye nak p melepak pekena itik salai ke, abc pilah ke namun kami tak jumpe pun kedainye. Hahaha. So, berhenti kat satu kedai makan ni kat area Labu. Sedap bhaii masa lomak cili api die. Meletoppss kebabom...wajib datang lagi ni. Aku lupe nama kedai makan tu ape dah. Sebab memasing dah lapar gilos, nampaknye kedai makan terus berhenti. Hahahaha...




Kitorang bertiga selamat sampai USJ around pukul 2 ptg. Sampai je memasing terus membuta. Kihkihkih...

Pengalaman mendaki Gunung Angsi yang sangat menarik. Kalau nak naik gunung yang lebih tinggi boleh lah training kat sini jer. 😍😍

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...