Seorang kenalan lelaki yang aku kenal dari laman OMI mengingatkan aku kembali kepada Jojo...sebuah nickname yang hampir lenyap dari ingatan. Tapi, malam ni nickname itu kembali memenuhi ruang minda ini.
Mungkin sebab itu lah kenapa aku sangat menyenangi Jojo walaupun kami hanya berinteraksi melalui sms sahaja. Ye, SMS sahaja menjadi penghubung kami waktu tu. Tak pun, voice note. Rasa tak percaya pulak bila dipikirkan sekarang ni.
Kenalan lelaki ini bertanyakan kepada aku, sepanjang bermain sms dengan Jojo tak bersembang yang bukan-bukan ke??? Aku menjawab "tak, langsung tak pernah." Buat ape aku nak menipu, memang tak pernah langsung. Setakat ayat-ayat manis berbunga tu ade lah. Hahaha.
Kalau yang bukan-bukan...alah, senang citer perbualan yang nakal-nakal lah, memang tak pernah langsung. Bagi aku, Jojo sangat menghormati aku sebagai rakan mayanya. Mungkin sebab itulah kenapa aku jatuh hati pada Jojo walaupun tak pernah langsung bersua muka dengan die.
Tapi, bila aku mula kenal dengan laman2 kenalan seperti OMI atau pun TINDER, semua perbualan pasti akan berkisar tentang yang naughty2 ni. Tak banyak, sikit pasti ada. Sometimes aku layankan lah jugak tapi tidak lah berlebihan. Nampak macam over je aku angkat kaki.
Memang sangat senang bermain SMS dengan Jojo waktu tu. Jojo buat hati ini berbunga-bunga. Bagaikan ada taman yang indah di dalam hati. Aku sangat-sangat menyenangi perbualan kami waktu itu. Aku juga sangat selesa berborak mengenai apa sahaja dengan die.
Tapi, itu semua sudah tinggal kenangan. Kiriman SMS Jojo telah lama tidak ku terima. Sangat lama dan sebenarnye terlalu lama. Tapi, malam ini aku terimbau kembali kenangan itu semula. Huhuhu.
Ni semua kenalan lelaki aku kat OMI tu punye pasallah. Cisss!!!!
"Rindu dengan kiriman SMS Syed Johermie Wafie......"😫😫😫
Comments
Post a Comment