Skip to main content

Larian HSN21KM 2019 - 13 Oct 2019 -

Alhamdulillah, kali ke-2 aku menyertai larian HSN21KM sempena Bulan Sukan Negara. Tapi kali ni aku hanya join run 10KM pulak. Okaylah tu kan. Not bad meh!! Jalan-jalan lenggang kangkung jer, larian gumbira setel dalam masa 1 jam 55 minit. Kali ini HSN21KM 2019 diadakan di Anjung Floria, Putrajaya. Tahun lepas di Bukit Jalil. Buat waktu malam. Tahun ni diadakan pada waktu siang pulak. Ada kategori 21KM, 10KM dan 5KM fun run. Macam biasa 21KM start flag off pada pukul 4.30 pagi kalau tak silap aku lah. 10KM flag off pada pukul 6.15 pagi dan 5KM fun run pada pukul 7.45 pagi.




Penyertaan HSN21KM 2019 kali ini hanya disertai oleh aku, Najat, Uji dan Adda sahaja. Ambil racekit macam biasa di Proton Excellence Center pada 4 Oct yang lalu. Cabaran jugaklah time nak amik bib ni. Kalau tahun lepas aku boleh collect bib time waktu lunch tapi hari tu ramai giler orang bhai. So, we decided to collect masa habis kerja je. Namun sesampainya di foyer proton, punyer lah ramai lagi manusia yang sedang beratur nak collect bib memasing. Dalam pukul 7 malam jugaklah selesai collect bib. Itu pun mujur ada sorang kakak yang willing to collectkan untuk kitorang. Kalau tak memang tak dapat-dapat lagi collect bib masa tu. Huhuhu. Pelik pulak kali ni punyer HSN21KM sebab nampaklah sangat caca marba depa punye pengurusan.


Daripada apa yang aku dengar, yang menjadi lambat masa collecting hari tu adalah disebabkan crew duk sibuk cari running shirt pelari yang ada nama kat bahu tu. La... apasal tak susun awal-awalkan???Bila dah sangat ramai orang, baju-baju tu semua dah berteraburlah. Tak berada pada kedudukannya yang asal. Tu yang menjadi masalah bila nak mencari semula. Aduhaii.....

Benda dah lepaskan...apa nak dikatakan lagi. Ohhh!! Ada satu lagi issue. Lepas dapat baju semua tu, barulah dapat baucer-baucer yang aku rasa tak berapa nak guna sangat pun. Goodies dan baucer baru nak dibagi dan-dan tu jugak. Kan senang kalau dah siap letak dalam bag awal-awal lagi. Aduhaiii....

Pada hari kejadian, 13 Oct 2019, aku, Adda dan Uji bertolak dari USJ pada pukul 5 pagi. Nak dijadikan ceritanya, jalan banyak yang dah ditutup untuk event ini. So, kami terpaksa parking jauh dari Anjung Floria. Dekat dengan kawasan PICC. Dalam lebih kurang 2KM jugaklah berjalan. Time tu flag off untuk 10KM dah start dilepaskan. Berhangin jer tengok depa dah berlari tapi kami tak sampai-sampai lagi starting line. Okay, hati aku dah panas. Depa berdua pun dah ajak aku start berlari jer. Hahaha. So, buat uturn and ikut join sekali berlari 10KM. Pedulik lah...Bukan kejar timing sangat pun.





So, berlari berlenggang kangkunglah aku dengan Uji. Adda dah maju ke hadapan begitu juga Najat yang memang dah sampai awal. Bukan kami yang lambat, kami dah keluar awal dah pun. Kenapa tak ada arahan yang tepat kat mana kami harus park kereta. 2 kali pusing Putrajaya tau. Dahlah, benda dah lepas pun kan. Buat apa nak dikenang lagi. Lagi dikenang, lagi buat sakit hati. Yang penting setel dah lari 10KM dan dapat medal. Nak dapat medal pun kene beratur panjang lagi sekali. Teringat kenangan masa Penang Bridge Marathon tahun lepas. Hahaha.

Bagi aku  HSN21KM 2019 kali ini agak tak menarik berbanding ketika diadakan di Bukit Jalil tahun lepas. Sangat tidak tersusun die punye perancangan event tu. Lepas amik.medal kami semua tak tahu arah mana yang patut dituju. Nampak dikejauhan sana pentas utama yang pada ketika iti sedang mengumumkan nama cabutan bertuah. Memang aku rasa tak bercukup bertuahlah untuk nama aku dipilih sebagai pemenang cabutan bertuah. Hahaha...












Antara penaja ialah air susu kultur YAKULT. Sempatlah bergambar dengan maskot Yakult tu. Pose sana, pose sini. Kami ketengah sikit berhampiran dengan sebuah tasik, ambik gambar lagi untuk dibuat kenangan. Jam time tu dah pukul 11 pagi. Lapaq bak hang. Macam biasa manalah tahu kedai makan area Putrajaya ni. Hahaha. So, senang cerita balik USJ makan kat Warung Che'gu, USJ1 jer. Alhamdulillah. Balik rumah terbongkang. Penat giler kot sebab sehari sebelun tu aku kan berjimba dengan Amy, Nani dan Azza. Hahaha. Oh, story  Bukit Cerakah tak update lagi.

So, setel sudah HSN21KM Faiross sempena Bulan Sukan Negara 2019. DONE!!!

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...