Skip to main content

Hiking Denai Tiga Puteri 2.0 - Day View -

Date: 20 Oktober 2019
Tempat: Denai Tiga Puteri, Kota Damansara
Starting Point: Taman Eko Rimba Kota Damansara
Ketinggian: 321m
Tahap Kesukaran: Easy
Distance: Mungkin dalam 3KM. Hahaha.
                        Tempoh perjalanan: 2 jam naik dan turun (ikut pace aku ketika itu...)

Selamat petang...


Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Dan aku, masih tak dapat nak lelapkan mata lagi. Bila tak dapat lelap, boleh sangat lah kalau aku update story tentang xtvt hiking aku dan rakan-rakan pagi tadi.





Kami berempat plan nak hike Denai Tiga Puteri. Plan asalnye datang dari Iqah, budak rumah aku. Katanya, apa plan kak yus Ahad ni??? Mulanya aku jawablah tak ade plan, just nak pergi rumah adik kat Ampang nanti. Tapi why not pagi tu kita hike mana2 bukit? Iqah tanya nak naik bukit mana??? Hurmm, nak naik Broga jauh sangat. Nak naik Angsi, lagi lah jauh sampai ke Pilah nun. So, aku decide hike Denai Tiga Puteri jer lah. Okay, Iqah ON. Die ajak sorang lagi member opis die, Atikah @ Kechik. Aku pulak ajak Uji. Susah beno la ni nak ngajak Uji hiking tau. Trauma naik G.Belumut tak hilang lagi gamaknya. Hahahaha.


So, setel amik Uji dan Kechik kat rumah masing-masing, kami bertolak ke Kota Damansara Community Forest Reserve pada pukul 7.45 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 23 minit dari USJ1. Sesampai jer memang dah banyak giler kereta-kereta yang dipark di tepi jalan. Ini kali kedua aku ke sini. Kali pertama pada bulan 8 yang lalu. Tapi tu aku dan Lydia naik malam. La ni, baru lah nampak clear ape yang ade disekitar kawasan hutan simpan ini. Ada tasik tau di situ. Ramai orang duk memancing. Ade ikan lah kot ye dalam tasik tu. 

Pejabat hutan masih belum dibukak waktu tu. So, kami just register nama pada buku yang telah disediakan di kawasan luar pejabat hutan tu. Around pukul 8.40 macam tu kami memulakan pendakian. Trail Denai 3 Puteri ni sangat mudah. Follow je signboard yang ada. Pastikan korang menemui Temuan dan Sahabat Trail. Dan juga ada satu simpang, di belah kirinya ade signboard Unity dan disebelah kanan ada signboard Serenity. Ikut signboard Unity untuk terus ke puncak. Pada mulanya, kami hampir tersesat masuk ke Serenity. Mujur jumpa lagi satu signboard " trail to the peak ". Hahaha. Kalau tak jumpa baliklah starting point tadi. Hohoho.

















Orang ramai waktu tu. So, kalau rasa tak yakin ringan2kan mulut untuk bertanya. Tak ada salahnye kita beramah mesra sesama hikers. Malu bertanya sesat pulak jadinye nanti. Hahahaha. Trail Denai 3 Puteri tersangatlah santai. Trail sepak2 daun jer. Cume masa nak sampai ke puncak ada sedikit pacak. Di sini, aku mengaplikasikan teknik pernafasan yang Kerol ajar. Tarik nafas melalui hidung, jalan 2 3 langkah kehadapan dan hembuskan perlahan2 melalui mulut. Dan, alhamdulillah. Berjaya jugak. Tapi perlukan lagi praktis. Kahkah...Trail licin yang amat ye kawan2 time aku naik tadi. Memang barai lah kasut running aku tu. Huhuhu. Malas giler aku nak menyental lumpur2 yang melekat tu. Ada kasut tu aku sidai kat luar rumah nun. Mengharapkan hujan lebat petang ini untuk menanggalkan sisa2 lumpur yang tinggal. Hahahaha. ~ dasar pemalas ini anak dara ~ Mujur jugak aku tak terduduk tadi. Licin bhai trail die. Hujan lah semalamnye tu kot. Tu yang trail lecak berlumpur. Kasut dan seluar usahlah dicakap. Memang kotor. Kihkih.

Pendakian kami mengambil masa lebih kurang 57 minit naik dan 1 jam turun. Hahaha. Lenggang kangkung mak limah. Apa yang nak dikejarkan sangat. Lagipun trek basah. Kang lari2 tergelincir pulak nanti. Elok2 turun dengan keadaan baik, ni dah jadi injured pulak. Kita semua tak menginginkan itu yer kawan2.

Sampai atas around pukul 9.45 pagi waktu tempatan. Hahaha. Hikers yang lain memang dah ramai lah kan. Hari pun dah panas terik. Lepak sat, minum air kemenangan. Melihat keindahan alam, view NKVE highway, usha2 jodoh...oppsss, pandangan harus dijaga. Hahaha. Lepas tu sessi bergambar. Bagi aku, aku lebih sukakan view di siang hari. Nampak lebih cantik. Mayb next time, nak try naik subuh2 pulak. Matahari naik kot situ x???? 😜😜

Lepak barang sejam kat atas tu, we decided untuk turun. Perut dah start menjerit mintak diisi. Perjalanan turun memerlukan konsentrasi yang lebih tinggi bila trail semakin licin. Aku hampir2 je terduduk disebabkan trail yang licin ditambah pulak p pakai kasut yang kurang ke"grip"pannye. Memang mendapatlah. Tapi tak mendapat jugak lah sebab tak terduduk. Hahahahaha...






Sampai bawah terus beli air yang memang dah tersedia dijual kat bawah tu. Aku memilih jus tembikai buat penghilang dahaga. Alhamdulillah, nikmatnye benar2 terasa mengalir di anak tekak. Google kedai makan area Damansara dan kami terjumpa sebuah Restoran Ayam Kampung Seksyen 6. 3 minit perjalanan dari Kota Damansara Community Forest Reserved. Tak ada masa kami nak balik USJ nak makan kat sane. Perut memasing tak boleh nak bawak dibincang lagi. Alhamdulillah, sedap sangat lauk pauk restoran ni ~ mungkin kami lapar sgt kot ~ harga jugak sangat berbaloi dengan apa yang kami amik. Kalau kat Proton jangan haraplah nak dapat rege supe gitu. Kahkahkah.




Alhamdulillah, selesai sudah cerita kami ber4 hiking Denai 3 Puteri. Sememangnya kami tak menjumpai sebarang puteri pun di atas itu kerna kami adalah puteri yang sebenarnya. Cehhh!!!

DENAI TIGA PUTERI CHECKED ✅




Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...