Skip to main content

Novel Review: Encik Abangku Romantik

Novel: Encik Abangku Romantik

Novelis: Elee Mardiana

Rate: 8/10

Tarikh Habis Baca: 8 Oct 2019

                  " Kau kejar aku lari, aku berhenti kau menyepi...."


KAHWIN??? Minta maaflah! Widelia mahu jadi lawyer dan mak andam glamor terlebih dahulu. Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan, die tetap tidak akan terima. Dia ada alasannya tersendiri.

Tetapi.....lelaki bernama Haikal tu lain daripada yang lain. Walaupun Widelia jawab tak suka, dia terus kejar dan paksa gadis itu jatuh cinta padanya. Agresif betul mamat tu! Muka temboklah katakan....

Iqbal juga sukakan Widelia, tetapi simpan dalam hati saja. Tak berani konon! Helo, encik abang....zaman sekarang kalau sudah tangkap cinta kenalah terus kata suka. Nanti melepas....gigit jari, baru padan muka.

Masalahnya sekarang...Widelia tetap kata, jangan buang masa. Buatlah apa pun, dia belum nak tukar status! Tetapi Haikal terus push, push, push! Iqbal pula.....entahlah.

Widelia...apa sebenarnya yang kau mahu???
.
.
.
.
Review Cik CT:

Novel ini ternyata memang best. Tapi tu lah seorang siti faiross sentiasa busy dengan xtvt2 beliau yg lain. Tak dan nak bace novel. Tak silap, dekat sebulan jugaklah novel ni duk terperuk atas meja tu. Hahaha. So, hari selasa ri tu aku habiskan jugak baca. 

Penulis membawakan genre komedi romantis dalam karya beliau. Menonjolkan watak utama iaitu Widelia Harun sebagai seorang gadis muda yang berpijak dibumi yang nyata, memahami tanggungjawabnya sebagai seorang anak, penuntut dan hamba Allah.

Widelia, seorang gadis yang bagi aku seorang yang tegas, bercita-cita tinggi, bersemangat dalam melakukan apa jua yang dia sukai. Suka membantu orang lain jugak. Mungkin sebab dia bakal peguam, mungkin.

Perkahwinan di antara Widelia dan Haikal memang tak disangka2 penyebabnya. Pada mulanya, aku sendiri tak percaya yag Widelia ni jadik kahwin dengan Haikal. Aku ingatkan Iqbal yang akan berkahwin dengan Widelia. Tu lah Iqbal, slow sangat lah. Kan dah melepas. Tapi takpe, Iqbal jugak menemui kebahagiaanya sendiri.

Aku seronok baca novel ni sebab penulis bukan saja bercerita pasal kisah Widelia dan Haikal yang menempuhi ujian berumahtangga apabila Haikal Jr. Haikal bermasalah. Hahaha. Tapi jugak menceritakan bagaimana bila seseorang itu terlalu obses dengan orang lain sehingga sanggup bersekongkol dengan syaitan untuk menganiayai orang yang didendaminya itu. Akhirnya, penganiayaan itu berbalik pada diri sendiri. Meremang jugaklah baca part Wid dirasuk dan part Tasha dirasuki oleh jin yang dijagai sebelum itu.

Kejengkelan melanda bila terkenangkan watak Insyirah yang bagaikan tidak mengenang budi diatas layanan baik abangnya, Iqbal dan makcik Jamilah. Namun aku bersimpati dengan nasib yang menimpa Insyirah. Tak sangka kisah diwaktu kecilnya sungguh menyayat hati. Mungkin sebab tu lah jugak die berpewatakan seperti itu bila dewasa. 

So, overall aku puas hati dengan novel ini. Tidak membosankan so, aku bagi 8 untuk karya Elee Mardiana 

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...