Alhamdulillah, sekali lagi berjaya menamatkan larian 5KM Kuala Lumpur Standard Chartered 2019 yang diadakan pada 28 Sep yang lalu bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Iye, buat 5KM jer. Beriya-iya sungguh nak join larian ni tau. Gigih register. Fee pun boleh tahan mahal jugak lah, RM65 untuk 5KM Fun Run. Aku berlari sendirian je untuk larian KLSCM2019 ni. Penyertaan larian ini dipilih melalui sistem undian. Kita register dulu nama then baru undian akan dilakukan. Ini disebabkan terlalu ramai penyertaan untuk KLSCM2019 kali ni. So, tak sangka jugak nama aku terpilih. Alhamdulillah. So, bila nama dah terpilih baru lah buat pembayaran.
Event diadakan selama 2 hari iaitu 28 Sept & 29 Sept 2019. Kategori 5KM Speed & Fun Run dan 1KM, 3KM Kid Dash diadakan pada hari Sabtu, 28hb. Manakala untuk kategori 10KM, HM dan FM diadakan pada hari yang seterusnya, Ahad 29hb. Race collection pulak pada 26, 27 dan 28hb bertempat di PWTC. Gigih aku amik half day wei. Hahaha..Aku menamatkan larian 5KM dalam masa 51 minit. Not bad ahh kan. Hahaha. Actually, mengah jugak ahh nak perabihkan 5KM ni. Dah lama rasenya tak berlari.
Menarik jugak ahh event KLSCM2019 ni. Di sepanjang larian akan terdapat beberapa orang sukarelawan yang akan memberikan kata-kata semangat kepada para-para pelari.
"Yehhh, you can do it kak, adik, bang... "
Sempatlah jugak aku mintak tolong sorang volunteer amikkan gambo aku. Iyer lah, dah ko berlari sorang haruslah memandai beramah mesra nak mintak tolong. Hahaha. Selain itu, ada jugak sekumpulan busker team duk berbusking tepi jalan tu. Menyanyikan lagu kata-kata semangat kepada para pelari. Macam kelakar pun iye jugak. Event ni memang standard international jugak ahh. Hadiah pun boleh tahan lumayan jugak.
So, review ikhlas aku, ini 1st time aku join KLSCM2019. Bagi aku sama je seperti event larian yang pernah aku sertai. Cuma medal memang nice. Nampak bergaya giteww..So, layan jer lah gambo yang sempat diambil. Oh ya, dalam tengah duduk sorang2 tu terjumpalah sorang kawan baru, Farhana nama diberi. Die pun run solo jugak. Patutnye kawan dia ada sekali join tapi nama kawan dia tak terpilih. So, nak tak nak pergi jer lah sendiri. Sebab dengar ceritanya, kalau kita reject larian KLSCM2019 ini walaupun nama kita dah terpilih, kebarangkalian untuk nama kita diblacklist untuk sesi yang akan datang sangat tinggi. Iyerlah, ramai kot lagi participant yang nak join tapi ko tak dapat hadirkan diri. At least, jual jelah bib tu kat sape2 kan.
Comments
Post a Comment