Skip to main content

Hiking Gunung GAP & Gunung Ulu Semangkok


Date: 05 Oktober 2019 (Late Entry)
Tempat: Gunung Gap & Gunung Semangkok, KKB Selangor
Starting Point: The Gap Resthouse
Ketinggian: 1183m (3868ft) Gunung Gap, 1394m (4558ft) Gunung Ulu Semangkok
Tahap Kesukaran: Moderate
Distance: Mungkin dalam 3KM kot. Hahaha.
Tempoh perjalanan: 1 jam ke Gunung Gap, plus 2 jam ke Gunung Ulu Semangkok


Assalamualaikum...

Selamat pagi dan Salam Jumaat....

Entri kali ini aku nak bercerita sedikit tentang pengalaman mendaki aku bersama Gunung Hub ke Gunung Ulu Semangkok.

Sekali lagi aku dan rakan-rakan yang lain join trip hiking ke GAPGUS dibawah kelolaan Gunung Hub. Ini kali ke-4 selepas Silipat, Bukit Kutu dan CBL bersama mereka. Trip hiking ini adalah trip untuk mengejar sunrise di puncak Gunung Ulu Semangkok. Sebelum sampai ke GUS, kita perlu melepas Gunung GAP dahulu. Sebab itulah trip ini dikenali dengan nama Trans GAPGUS.

Bagi aku, trek dipermulaan awal-awal die dah bagi pacak. No discount at all. Hampir sejam jugaklah layan pacak. Mujur jugak naik awal pagi. Tak lah mental sangat tengok trek tu. Kalau tak silap, kitorang naik around pukul 4.30 pagi.



Trip GAPGUS kali ini, from USJ hanya aku, Lydia, Adda dan Keyrol jer yang join. Macam biasa meeting point memang di rumah aku dahulu. Keyrol datang dari Nilai dan park kereta kat area rumah aku. Kami berempat sama-sama gerak ke Bukit Fraser dalam pukul 12.30 tengah malam. Oh ya..meeting point di Fazlina Maju, KKB. Perjalanan ke Bukit Fraser dari Fazlina Maju mengambil masa selama lebih kurang 45 minit. Jalan pulak memang bersimpang siur bagaikan ular kena palu. Mujur jugak tak terkeluar balik makanan yang aku makan pagi tu. Untuk mendivertkan rasa mual itu, kami memandang ke luar jendela dan disajikan dengan pemandangan bintang-bintang di dada langit. Subhanallah...cantik giler bhai!! Kekononnya nak lah rakam moment-moment tu, tapi tak nampak jelas kat phone pulak. Huhuhu. Driver pagi tu ialah Keyrol.













Seramai lebih kurang 66 orang line up termasuk krew GH yang terlibat dalam trip kali ini. GH memang suka bawak line up ramai-ramai. Hehehe. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut prestasi dan stamina masing-masing. Aku memilih untuk berada di kumpulan yang ke-2 bersama dengan Lydia. Adda pulak memilih untuk berada di kumpulan yang ke-3. Keyrol pulak tentu sahaja di kumpulan #cucukguide, yang pertama.

Kami dijaga oleh 6 orang krew Gunung Hub iaitu Shun, Roro, Abg Hassan, Amir, Syahmi dan Sue. Bagi kumpulan pertama, guider diketuai oleh Syahmi yang sememangnya sangat laju berdesup, disweep pulak oleh Amir yang boleh tahan laju jugak. Memang aku tak terkejar kalau follow belakang budak berdua ni tau. Untuk kumpulan kedua, guider diketuai oleh Roro dan disweep oleh Shun. Dan kumpulan ketiga pulak diketuai oleh Sue dan disweep oleh Abang Hassan. Dalam setiap kumpulan pulak ada seramai 20 orang line up. Agak payah jugakkan nak jaga line up seramai itu. Tapi tak mengapa sebab dorang dah biasa. Hahaha.

Bagi mereka yang rasa tak terkejar orang depan boleh je masuk group belakang. Tak lari lah gunung kalau dikejar. Puncak sentiasa berada di atas tu. Hehehe.

Kalau ikut iti yang diberikan:

2.00 am: Meeting point KKB
3.30 am: Start Hiking
6.30 am: Reach peak/Solat Subuh
8.30 am: Start Turun
11.00 am: Tiba di parking

Tapi apa yang terjadi pada hari kejadian ialah, 2 pagi semua dah duk berkumpul di Fazlina Maju. Namun, macam biasa tak semua yang datang on time. Macam kami yang memang awal dah sampai sempatlah makan dulu, tapau lunch dan keluar masuk toilet. Hahaha. After semua line up dah sampai, barulah ada sedikit briefing dari Shun dan Roro. Around pukul 3.30 pagi macam tu barulah kami semua sampai di pintu masuk trail GAPGUS. Pintu masuknya hanya di tepi jalan jer. So, kene berhati-hati kot-kot tetiba ada kereta lalu kan. Sedikit regangan badan dan bacaan doa sebelum pendakian bermula.





Aku ringkaskan jer, kumpulan aku sampai ke puncak Gunung GAP around pukul 5.30 pagi macam tu. Berhenti solat subuh disini. Lydia pulak meneruskan pendakian dengan kumpulan 1. Hampir pukul 6.15 pagi barulah team 2 bergerak. Alhamdulillah, kitorang sampai ke puncak Ulu Semangkok dalam pukul 7.50 pagi. Trek ke GUS boleh dikatakan agak mencabar. Tapi takde lah terus menerus layan pacak. Trek turun dan naik. Trek pun single je, one way dan jelas. Follow je trail yang dah disediakan. Jangan melencong ke arah lain pulak.






View puncak Gunung Ulu Semangkok very the ohsem. Pada ketika ini matahari dah naik, kalau aku sampai awal sikit berkemungkinan nak dapat sunrise itu ada. Tak ape lah, apa yang aku dapat hari tu pun dah cukup menggembirakan hati ini. Dapat jugak merasa melihat keindahan awan carpet. Apalagi, memang sesi bergambarlah atas tu. Walaupun trip kali ini ramai tapi kami sangat harmoni. Walaupun tak semua yang aku kenal tapi kami jadi rakan IG dan FB.







Puas bergambar kami melepak sat kat ground yang memang telah disediakan sambil pekena kopi buatan crew Amir. Time cuaca sejuk-sejuk gini memang asyuklah dapat hirup kopi panas. Around pukul 10 pagi, kami semua start turun. Bila turun tentu sajalah langkah agak laju. Alhamdulillah, sampai bawah around pukul 12 tengah hari. Lydia dan Keyrol dah lama sampai. Lydia sempat tido lagi. Hahaha.















Tak sempat nak say bye bye pada semua orang. Mana yang dan je hari tu. Kami meneruskan perjalanan balik ke USJ semula. Tapi, singgah sat p makan cendol kat area pekan KKB. Kat sini perut aku mula masuk angin. Habis makanan yang aku makan keluar balik. So, aku tak berapa nak menikmati keenakkan cendol jagung yang aku order tu dengan penuh kenikmatan. Huhu. Mungkin lain kali nampaknya ni. Hahaha.

Alhamdulillah, kami sampai USJ around pukul 3 petang. Keyrol teruskan perjalanan balik ke Nilai. Pengalaman mendaki yang sangat mengujakan dan menyeronokkan. View yang disajikan selepas penat mendaki jugak very the ohsem dan sangat cantik. Trek jugak boleh tahan mencabar mental dan fizikal. Ada turun naik. Tapi semua itu dapat kami hadapi dengan penuh keyakinan dan kejayaan.








Lepas naik GAPGUS tu, selang 2 minggu aku naik Gunung Rajah pulak. Actually, pelbagai perasaan dan rasa yang di alami sebelum nak decide naik Rajah ni. Bila terbacakan review betapa hazabedahnya trek Rajah, hati ini bagaikan dipagut rasa gelisah dan resah. Sebelah hati menidakkan perasaan itu dan sebelah hati lagi mengiyakan kegelisahan itu.

So, ape cerita seterusnya tentag Rajah?? Nantikan entry terbaru Blog Cik CT tak lama lagi. Yuhuuu...




Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...