Skip to main content

Gunung Rajah via Chamang Daypack

Date: 27 Oktober 2019 (Late Entry)
Tempat: Gunung Rajah via Chamang, Bentong, Pahang
Starting Point: Air Terjun Chamang
Ketinggian: 1685m (5526ft) 
Tahap Kesukaran: Difficult, Long Track
Distance: 23KM
Tempoh on trek: 8 jam naik, 6 jam turun



Personally, pengalaman yang sangat-sangat berharga. Gunung yang paling tinggi setakat ini yang pernah di daki oleh seorang gadis bernama Cik Siti Faiross Shariff selepas Gunung Nuang. Daypack pulak tu. Sempatlah jugak study serba sedikit trek Rajah ni. Awal-awal lagi dah disajikan dengan pelbagai jenis pengalaman hikers yang pernah mendaki one of gunung yang ada di area negeri Pahang ini. Kebanyakkan entri yang aku baca adalah camping trip. Ada satu entri je yang aku jumpa buat Rajah daypack. 24 hours dalam hutan bhai. Memang cuaklah. Di tambah pulak katanya trek yang panjang dan cukup memenatkan. So, depa suggest untuk buat camping je kalau nak naik Rajah ni.
Tetapi...pada tanggal 27 Oktober 2019, finally seorang gadis bernama Siti Faiross Shariff berjaya jugak membawa dirinya sampai hingga ke puncak Gunung Rajah. Tapi, perasaan sebelum nak decide naik tu memang macam-macam rasa ada. Ada rasa takut, cuak, tak yakin, seram, seriau, malas dan tak bersemangat.



GUNUNG RAJAH ✅


Cik CT di atas puncak Rajah akhirnya..

Kite teruskan kenapa seorang Siti Faiross Shariff cuak sangat nak naik Gunung Rajah ni. Before tu, ni log perjalanan kami tempoh hari. Log ni ikut pace orang terakhir.


2.00 am: Berkumpul di Air Terjun Chamang
3.00 am: Naik powil (keputusan untuk naik powil memang sangat-sangat membantu)
4.00 am: Tiba di pintu gerbang
6.00 am: Tiba di Lata Naning (rest dan solat subuh)
7.00 am: Tiba di Kem Batu Hijau
9.00 am: Tiba di Permatang Guntong ~ false peak (rest, cuci-cuci mata)
11.00 am: Tiba di Last Waterpoint
12.30 pm: Tiba di Peak Rajah
2.00 pm: Start turun
3.00 pm: Tiba di Last Waterpoint
4.00 pm: Tiba di Permatang Guntong
4.45 pm: Tiba di Kem Batu Hijau
5.00 pm: Tiba di Lata Naning (Rest, solat)
5.30 pm: Angkat sauh
8.00 pm: Tiba di pintu gerbang
8.15 pm: Naik powil
9.00 pm: Tiba di Air Terjun Chamang

Not bad mehh!! 

Masuk gelap, keluar pun gelap. Hahaha. Target memang under 24 hours on trek. On trek 14 hours ni kire padu lah jugak kan. Tak masuk waktu ngonyeh2 lah. Hahaha.

Kembali semula kepada tajuk utama kenapa Cik Siti Faiross mengalami pelbagai perasaan sebelum decide nak naik Rajah ni. Umum semua tahu bila dah dekat-dekat nak hujung tahun ni, musim tengkujuh bakal tiba kan?? Hari sokmo hujan je. Kat Subang pun petang je mesti hujan lebat. Kilat pulak sambar menyambar diiringi dengan bunyi guruh. So, bila plan nak naik Rajah pada waktu yang macam ni, perasaan takut itu pasti ada. Aku tak kisah kalau basah lencun kena hujan pun dalam hutan tu. Tapi, yang sangat merisaukan aku kalau kilat, petir guruh tu semua. Seorang Siti Faiross sangat phobia dengan semua bunyi letupan atau pun dentuman termasuklah bunyi guruh dan kilat. Bab ni aku memang tak boleh nak consider langsung. Silap-silap aku boleh menangis tengah on trek tu. Hahaha. Seriau weh. Dah lah, pada time aku berkira-kira nak join ke tidak abang Fizul inform yang hutan gunung Rajah tu adalah kawasan famous kilat menyambar. Allahu, lagi lah aku rasa seriau. Huhuhu. So, aku mintak pandangan abang Fizul patut ke aku teruskan niat aku atau lipak sahaja. Tapi, tak dibalasnya DM aku tu. Hahaha. Hati aku masih berbelah bahagi lagi. Rasa seram sejuk, rasa perut memulas, rasa macam nak demam tapi tak demam. Hahaha. (Punyerlah cuak nak naik Rajah tu). Aku whatsapp adik aku mintak tanyakan mak dan ayah sekali lagi sama ada mereka berdua benar-benar bagi keizinan aku pergi ke tidak. Kalau depa berdua kata tak yah lah pergi, on the spot aku lipak jugak. Namun, adik aku tak reply pun whatsapp aku. Padahal aku boleh jer call rumah kan. Kahkahkah. 

Ehh, aku awal-awal dah inform mak dan ayah yang aku dan kawan-kawan hikers nak naik Rajah ye. Tapi cuma tulah, bila dah dekat-dekat tarikh tu rasa cuak pulak. Bila dorang tak respon pertanyaan aku, aku yang masih lagi hati berbelah bahagi teruskan jugak planning tu. Iyerlah, Lydia dah mai rumah, kitorang siap beli kasut hiking baru lagi. Jajan pun banyak dah. Hanim pun dah on the way ke Subang. Perut aku rasa memulas-mulas lagi. Lydia tanya aku okay ke tidak ni. Kalau rasa tak sedap badan jangan dipaksa. Aku boleh jer nak naik tapi tu lah..perasaan cuak tu still ada. Jam pukul 10.30 malam kitorang bergerak jugak ke LRT Gombak. Meeting point semua line up Gunung Rajah via Chamang Daypack.



Lest start it...


Welcome to Gunung Rajah


Saranghae Rajah...ehhh!!!

Aku ingat aku sorang je rasa nak lipak, rupa-rupanya dorang pun rasa nak lipak jugak. Haha. Tapi, kitorang dah separuh perjalanan kan. Nak tak nak teruskan jer. Actually, masing-masing sangat lemau pagi tu. Hahaha. Tapi masih lagi mampu tersenyum. Kitorang sampai Air Terjun Chamang pada pukul 2 pagi. Time datang tu parking memang penuh. Sebab ade jer group lain yang memang dah bermalam kat atas sane tu. Ada satu group jugak tengah prepare untuk naik. Nampak gaya dorang bercamping. Menurut Keyrol, group kami jer yang buat Rajah Depek hari tu. Fuhh.. cayalah line up #akuadageng ni. Hahaha. Keputusan untuk menaiki powil sangatlah meringankan beban dan perasaan kami. Jauh jugak wei kalau nak menapak trek balak yang sepanjang 5KM tu. Budak-budak ni pun kata, kalau Keyrol & Sam tak book powil memang memasing tak nak pegi dah. Aku pun weiii.

Ohh ya..Line up Gunung Rajah Depek Deepavali kali ini seramai 11 orang sahaja. Jie lipak di saat-saat akhir. Pendakian diketuai oleh Keyrol dan di sweep oleh adik Sam. Anak jati Bentong. Tak terkira banyaknya kali naik Rajah ni. Hehehe. Kebanyakkan line up kali ini semuanya muka-muka baru. Yang aku kenal cuma Lydia, Keyrol dan Ayu. Line up yang lain baru aku kenal hari tu. Semuanya rakan-rakan hikers Keyrol. Tapi best kan. Dengan adanya aktiviti-aktiviti sebegini, kita dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru. Mungkin jodoh jugak???? Hohoho.

Perjalanan kami berjalan dengan lancar. Part naik powil agak mencabar, terhuyung hayang badan kiri kanan, sakit punggung den. Tapi, itu kebaraian yang sangat nipis kalau nak dibandingkan dengan menapak 5KM ke pintu gerbang ditambah pulak dengan trek yang turun naik dan lecak. Tak mahu den. Barai bersepah. Hahaha.Selepas itu pendakian kami agak sedikit mendatar, turun naik dan berhati-hati melalui tepi curam. Tiba satu part, kami kene menyeberangi sungai untuk ke seberang. Semangat kerjasama dapat dilihat ketika ini ye. Di mana, disinilah pertolongan seorang lelaki diperlukan untuk membantu kami-kami yang gegadis ini. Aliran air sungai sangat deras pada waktu itu ditambah pulak suasana masih lagi gelap. Sam decide untuk tidak meredah air sungai tapi kami harus menapak batu-batu sungai yang ada. Bunyik air sungai agak kuat dan memyeramkan. Sorang-sorang kami melalui batu-batu sungai dengan penuh hati-hati. Tapi, sempat jugaklah aku terduduk kat satu batu. Ingatkan dah betul-betul stabil. Rupa-rupanya, batu licin wei. Sakit punggung aku.



Inilah team sweeper. Biar lambat asal sampai.


Padu giler Hanim ni. Itu pun sebab die injured kat peha masa nak naik. Kalau tak berdesup jugak minah ni.


Uhukuhuk. Rasa nak nangis bila sampai atas ni. Tak percaya sampai jugak.


View 360 darjah dari puncak Rajah.


Kata Sam, kalau view clear x dilitupi awan, memang boleh nampak ada 3 buah tasik dari situ.


Sayangnya, banyak pulak awan berkepuk-kepuk time tu.


Wherever pun, aku sangat berpuas hati dengan pemandangan yang disajikan.

Keyrol, dak2 ni panggil dia Apak. Ketua bagi ekspedisi kali ini.


Lydia comel, hiking buddy guwe. Tak sampai die, maka tak sampai jugak lah aku

Selepas semua line up berjaya mengharungi sungai, kami meneruskan perjalanan semula. Alhamdulillah, sampai di Lata Naning around pukul 6. Sementara nak tungu solat Subuh, kitorang merehatkan badan di atas hamparan batu tepi sungai. Ya ampun bhai, sejuk giler. Kalau aku tahu aku bawak je sleeping bag or emergency blanket. Terketap-ketap gigi aku pagi tu. Yana, one of line up start hypothermia. Kitorang bungkus die dengan ape yang kitorang ada. Hahaha. Bagi badan dia rasa hangat sikit. Patutnye peluk ramai-ramai kan. Hahaha. Time nak amik wuduk, nak solat Subuh part yg paling giler. Sejuk gilerrr air sungai die bhai. Dah macam ais. Hohoho. Mengigil wei. Setel semua solat, kami terus angkat sauh. Perjalanan jauh lagi ni.

Pada ketika ini, kumpulan kami telah terbahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama diketuai oleh Keyrol diikuti oleh Yana, Burn, Ayu dan Lydia. Kumpulan kedua, kumpulan #adagengsweeper, Sam, Hanim, Aiman, Ajim dan aku. Kitorang bertemu di Permatang Guntong semula. Fuhh, mase tiba sini rasa macam nak marah jer sebab tengok puncak Rajah dah ade depan mata. Tapi kau harus menapak lagi beberapa jam untuk sampai ke sana. Kan best kalau ade cable car terus ke puncak sana. Hahahaha. Tapi, part paling best bile hikers2 lain yang kitorang selisih wish good luck n say kitorang ni padu giler buat Rajah depek. Rasa bangga kejap wei. Rasa megah gituww..padahal x sampai puncak lagi ni. Kahkahkah. 



Perbualan antara Hanim dan Yus

Yus : Mana puncak Rajahnya Nim? Dah nak sampai kan.

Hanim : Hanim harap yus kental ea, tu kat depan tu puncak Rajah...

Yus : %&##**#(¥¥*##
🤣

Masih lagi mampu tersenyum walaupun ko tahu ko belum lagi sampai puncak even puncak dah ade depan mata.


Ramai kata femes CP ni. Iye ke..


Chill2 leks2 sebelum kembali on trek..

Tiba di Last Waterpoint CP, aku dah start pewai namateyy. Aku dah rasa aku tak leh nak teruskan. Sebab aku dah banyak guna energy masa memanjat batu hampar. Aku dah barai giler waktu ni. Aku rasa tak nak teruskan lagi. Time tu, Sam dan Aiman sweep aku. Ajim dan Hanim dah ke hadapan. Yang lain tentu dah sampai puncak. Sam memberikan kata-kata semangat pada aku. Sikit je lagi pendakian kami. Depan tu jer. Aiman pulak tolong bawakkan beg aku. Dengan langkah yang sangat longlai aku meneruskan jua pendakian. Alhamdulillah, aku berjaya jugak sampai ke puncak Rajah. Syukur sangat-sangat. Lepak-lepak makan maggi, biskut, brownies dan minum kopi Vietnam. Lepas tu kitorang take a photo group. Haruslah kan. Dah sampai atas kot.



Cube lah kalau tak de titi kayu tu, acane nak seberang kak senah oiii...


Batu hampar 80 darjah yang terpaksa kami panjat.


Tunggu turn bhai. Kat sini memang tunggu agak lama sebab ramai yang dah start turun. So, berpusu2 orang yang nak turun.


Tapi, bagilah jugak yang nak naik ke puncak ni panjat jugak. Kalau dah tunggu semua turun bila kami nak sampainye. Mujur ada Sam dan Ajim yang kawal keadaan di situ. Bergilir2 mereka naik dan turun.


See, uncle dari Kajang ni padu bhai. Katanya umur 60 tahun. Sempat lah jugak aku berborak dgn die sementara nak tunggu turn panjat. Laju berdesup die merangkak batu hampar tu. Betul ke uncle ni umur 60 tahun????? 😂



Kat batu hampar ni lah aku banyak gune tenaga, start pewai dan barai.

Around pukul 2 petang kami start turun. Perjalanan turun tak mengambil masa yang lama sangat. Masing-masing dah macam berlari nak sampai bawah. Kami ambil masa 6 jam untuk turun. Perancangan asal nak sampai ke pintu rajah before Maghrib tapi tak dan. Bahaya jalan waktu Maghrib so kitorang stop sekejap kat Resam CP pekena kopi. Mase turun jugak kami terbahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama diketuai oleh Keyrol diikuti oleh Ayu, Burn, Yana, Lydia dan aku. Yang lain bersama Sam. Alhamdulillah, sampai pintu Rajah dalam pukul 8 malam. Barai giler weeii.

Memang satu pengalaman  yang sangat mengujakan bagi aku personally. Aku suka rasa barai dan pewai itu. View Rajah pulak memang ohsem. Kalau dapat view pagi confirm cantik. In sha Allah, kalau repeat Rajah aku nak buat camping. Yeszaa.. i will do it. Line up jugak sangat best. Sporting dan giler2. Sejuta ucapan terima kasih buat mereka semua. Moga ikatan yang terjalin tidak berhenti setakat di on trek sahaja, tetap diteruskan di luar jugak. Yang paling aku bersyukur sangat-sangat, time naik cuaca sangat baik. Cantik giler awan-awan di dada langit menggebu. Tapi, time turun hujan dah start lebat masa kitorang sampai Lata Naning. Tapi, alhamdulillah tak mengangu sangat perjalanan turun kami. Tapi sempatlah jugak aku dan Lydia berdua berlari dalam hutan tu kejar si Keyrol and the geng. Hahaha...



Nak turun pun kene tunggu turn. Mujur jugak ada Sam dan Asrul. Diorang yang jaga dan awasi step kami melangkah tu. Salah step bahaya woi..bergesel ko dengan batu2 tu.
Aku kene weiii..


Ini lah Sam...



Yang ni Asrul





Nak turun pun sempat bergambo lagi. Haruslah kan...







Gambar memang tak terkira banyaknya. Nanti aku upload kat sini. Aku dan Lydia sampai rumah around pukul 4 pagi. Kitorang barai giler dan terpaksa berhenti tidur kat RNR Genting Sempah. Mujur jugak esoknye cuti wei. Kalau kerja, memang aku MC. Hahaha.

Aku suka Rajah. In sha Allah, one day Cik CT akan naik sekali lagi. 

Actually banyak lagi citer-citer menarik di sepanjang pendakian. Keyrol terduduk dalam pada membantu kitorang seberang sungai. Hanim pehanya injured, Ajim ditarik emergency blanket secara tetiba di Lata Naning, katanya juga ada benda yang mengekori kami disepanjang trek, Yana pulak kene hypothermia, aku dan Yana dicuit kat Resam CP. Semuanya itu memberikan satu pengalaman yang sangat berharga buat kitorang semua. Pastinya kenangan itu tak akan dilupakan sampai bila-bila.  Dan, Alhamdulillah kesemua 11 orang line up Gunung Rajah Daypack keluar dari hutan dengan selamatnya.


















Tu na puncak Rajahnye...hahaha


Berharap one day ade lah cable car ke sane ekk...(dalam mimpi lerr)


Team sweeper, we dit it...


We did it chuolss..thanks korang semua....


Selamat membarai...


Terus membarai.. hahaha..


Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...