Happy Birthday Kak Siti & Intan...Semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki....💞💞💞
Alhamdulillah, celebration birthday Intan dan Kak Siti berjaya diadakan di opis Revongen. Tapi, before tu kitorang dah sambut birthday Intan kat Makan Heritage. Kenapa Makan Heritage??? Bukan nak pergi Soru ke??? Ni yang nak story ni...
Plan baik punye nak g celebrate birthday Intan kat Soru. Actually pilihan Soru ini adalah pilihan dari aku sendiri. Hahaha. Teringin benar rasanye nak makan kat sini. Menu-menu yang disediakan buat aku terliur. Ehh, birthday siapa yang dirai sekarang ni. Hahaha. Nak dijadikan ceritanya, lepas habis waktu kerja, aku, Intan, Nabila, Mirrah dan Lydia bersiap-siap terus gerak ke Kota Damansara. Solat Maghrib sat kat masjid yang ada disitu then terus menuju ke tempat yang dituju. Kami naik 2 buah kereta sebab nanti Intan akan terus balik Saujana Utama dan kami berempat balik Subang semula. Sesampainya di hadapan restoran Soru, suasana gelap. Allahu, Soru tutup. Kecewanya rasa. Hohoho. Bila dicheck kat Google barulah tahu yang Soru tidak beroperasi pada hari Isnin. Ohmaiiii....
Google lah kitorang restoran yang ada di area Kota Damansara tu. Takkan nak balik Subang atau pun Shah Alam sebab memasing pun dah lapar giler. So, Mirrah dan Nabila decide untuk makan di sebuah restoran yang namanye diberi Makan Heritage. Tak jauh dari Soru. Maka, pergilah kami menuju ke sana dengan rasa sedikit terkilan sebab tak check waktu operasi Soru. Dah tak de rezeki kitorang malam tu.
Masuk Makan Heritage, 1st impression urmmm...not bad meh..okay lah. Sedikit hipsturrr...Tengok menu pun banyak pilihan makanan dari masakan melayu, ala carte, western food, desert dan air. Jangan tak tak tahu ye, Makan Heritage masuk Jalan Jalan Cari Makan kat TV3. Kat sini pun okay lah. Nice environment. So, kitorang order menu pilihan masing-masing. Dalam pada menunggu order haruslah sesi bergambo kene ada.
Ini lah birthday girl yang dirai pada malam itu. Kak Siti tak dapat nak join sebab dia ada hal kat rumah. Takpe, kitorang dah buat kat opis jugak esoknye. Itu ke decoration celebration birthday untuk Intan??? Mesti lah tidak. Hahaha. Intan ngan Mirrah kate itu decoration celebration birtday Nora Danish n Fasha Sandha.. opss, betul ke tu??? Hahaha.
Tak lama kemudian, hidangan yang ditunggu sampai.
Dried Chilli Chicken pilihan Intan - RM 14.90
Sweet & Sour Fish pilihan Mirrah - RM 15.90
Kambing Salai Das, Ali dan Baba pilihan Nabila - RM 14.90
Beef Salai Masak Lomak pilihan Yus - RM 14.90
Thai Chicken Fried Rice pilihan Lydia - RM 13.90
Crushes Blended Frezzy Mango - RM8.90
Chilli Cheese Fries - RM10.90
So, total kami berlima makan malam itu adalah RM104.80.
Okay lah kan. Bagi aku semua hidangan kat sini boleh tahan menarik dan sedap. Perut masing-masing kenyang walaupun tak dapat Soru. Hahahaha.
Makan Heritage
No.17, Jalan Camar 4 5A
Kota Damnsara
W.Persekutuan 47810 KL
Recomended Restaurant....
Comments
Post a Comment