Skip to main content

Novel Review : Saifudin Jalis - Musafir Cinta Meraga Sukma

Novel: Saifudin Jalis - Musafir Cinta Meraga Sukma

Novelis: Tuan Ramlee Awang Murshid

Rate: 10/10

Tarikh Pembacaan: 2 minggu yg lepas...❤


Sinopsis Kulit Belakang:

Perjuangan menuju keamanan kali ini dirasakan berlainan sekali. Tidak seperti sebelumnya, terlalu banyak perselindungan perlu dilakukan sebelum sengketa dilerai.

Ujian buat Saifudin sama ada mendahului amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Wali Sufi atau mengutamakan keselamatan diri yang sentiasa diancam marabahaya sepanjang bermusafir. Mulut seakan terkunci rapat, tangan dan kaki terikat erat. Namun kebenaran harus dinyatakan tanda keimanan sejati kepada Yang Maha Esa.

Salju yang menemani Saifudin Jalis bermusafir meraga sukma dengan penuh rasa cinta.

"KITA MEMANGGILMU...SALJU. DAN KITA SALING MEMBAHU SEBAGAI MAKHLUK ALLAH."

Adakah ini penamat musafir atau ia cerita yang belum diceritakan?

SAIFUDIN JALIS kembali dalam MUSAFIR CINTA MERAGA SUKMA.
.
.
.
.
.
Komen Cik CT:

Semestinya aku takkan pernah menyesal dengan semua hasil karya Tuan RAM. Karya yang memang sangat dinanti-nantikan oleh peminat setia beliau. Saifudin Jalis Musafir Cinta Meraga Sukma, karya terbaru beliau yang pastinya membuatkan semua pembaca tak sabar-sabar nak tahu apa pulak dugaan dan cabaran yang bakal dilalui oleh Laksamana Sunan ini.

Aku sangat-sangat teruja bila novel ini sampai ke tangan aku sebulan yang lalu. Buat pengetahuan korang sume, novel ini takkan dipasarkan dipasaran. Hanya boleh didapati dan dibeli melalui laman FB dan IG RAMFC STORE. Gigih aku beli tau tempoh hari. Ada yang nak pinjam bace novel ni??? Hehehe. PM tepi. 

Aku taknak bercerita lebih lah pasal novel ini. Tapi apa yang dapat ku katakan, novel ni best gilerrrrr...😍😍 dan pastinya karya ini punya sambungannya sebab di akhir cerita Wali Sufi dan Saifudin Jalis didatangi si Ekong, Raja Suir. Ingat siapa Raja Suir??? Watak dalam Anding Ayangan. Oppsss!!!

Comments

  1. blh x jual pada sy.. cari merata x dpt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sis..tak dapat nak jual...

      Delete
    2. Kalau sis nak pinjam boleh je...hehehe..sis duk mane?

      Delete
  2. patutlah cari tak jumpe...adudu kena tengok di FB dan IG lah pasti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...tak de jual kat kedai buku. sis kene follow rapat2 page RAMFC..dorang akan sentiasa update kalau ade naskhah baru dr Tuan RAM. dah pre-order lum Carlos-Case Closed?

      Delete
  3. Ikut timeline laksamana sunan, novel ni cerita kat awal ke akhir?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...