Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

Yeayy!! Balik Kampung

Yeayy...balik kampung....🙆‍♀️🙆‍♀️🙆‍♀️ 8.30 malam nanti bas Mayang Sari akan bertolak ke Pontian. Harapnye bas on time, jalan tak jem dan sampai rumah awal.  La ni tengah tunggu ketibaan bas Mayang Sari di Gate 13. Mujur tak ramai mana orang. Minggu cuti hujung minggu sampai ke hari Isnin disebabkan 31 Ogos dan Awal Muharram. Minggu ni wajib balik kg sebab kat kg ade majlis yang sangat penting. Majlis ape tu??? Kene lah tunggu. Wajib balik sebab kalau tak ada aku tak jalanlah majlis tu nanti. Hahaha  Lapar. Tak sabar nak sampai rumah cepat. Nak makan. Ape gamaknye masakan kat rumah nanti ye??? Curious pulak nak tahu. Mesti sedap2 ni. Menu esok mesti lagi sedap. Mak long lena yang masak wajiblah sedap kan...🥰🥰 Disebabkan minggu ni balik kampung, so sebarang aktiviti lain dibatalkan. Rajin berjalan ke sana ke sini, daki gunung tu gunung ni tapi balik kampung jumpa mak ayah x nak pulak ye. Anak durhaka namanye tu. Aku tak nak jadi anak durhaka, makanya aku kene ba

Blogger Challenge 13 : Three Things That Cross Your Mind A Lot

Pertama ~ Bila Siti Faiross nak berkahwin???? Hahaha..Persoalan ini sering menjadi gangguan dan dilema di dalam pemikiran aku ni. Nak kahwin tapi macam tak nak kahwin. Tak ada calon lagi. Tapi bila dah ada calon yang dicari nanti, macam tak berapa nak ready pulak mengharungi cabaran berumah tangga. Tapi kalau tak ready, bila lagi masanya?? Umur makin meningkat. Arghhh!! Stress bila memikirkan persoalan ini. Okay!!! Cari calon dulu, next step kita decide kemudian. Kedua ~ Bila Siti Faiross nak resign dari kerja yang sekarang ni???? Ini pun lagi satu hal. Entah bila lah nak move on dari kerja yang sekarang ni. Terlalu selesa sangat. Tapi sampai bila. Nak cari kerja pada zaman sekarang memang agak sukar. Bergantung pada nasib semata. Tapi tak cuba manakan nak tahu kan. Huhuhu. Ketiga ~ Apa lagi ye???? Apa lah nak jadi dengan si Siti Faiross ni. Hahahaha Done Blogger Challenge 13

Hiking Gunung Datuk 2.0

Date:  29 September 2019 (Late Entry) Tempat:  Gunung Datuk Starting Point:  Hutan Lipur Gunung Datuk Ketinggian:  855m / 2900 ft Tahap Kesukaran:  Easy - Moderate Distance:  Mungkin dalam 2KM. Hahaha.                         Tempoh perjalanan:   2 jam  naik,  1 jam 05 minit untuk turun Alhamdulillah, planning antara aku, Lydia dan Afiq untuk naik Gunung Datuk finally terlaksana jugak. Kali ini, Adda tidak dapat turut serta disebabkan kekangan waktu. Gunung Datuk ....Ini kali ke-dua aku ke sini selepas 4 tahun yang lalu. Lama benarkan? Last aku naik bersama-sama dengan Kak Dayah dan Kak Haiza bertiga. Dah banyak pembaharuan yang telah dilakukan bagi memudahkan semua pendaki. Apa yang berubah ialah kaunter pendaftaran tidak lagi di kawasan parking dan di hadapan dewan Hutan Lipur Gunung Datuk. Kena jalan sikit menuruni anak-anak tangga, kita akan tiba di kaunter pendaftaran yang baru. Makin kemas. Dulu serasanya berselirat dengan akar-akar kayu trek nak ke situ

Hiking Bukit Denai Tiga Puteri - Night View -

Assalamualaikum... Hari ni hari Jumaat. Hari yang dinantikan oleh semua orang yang bekerja. Seharusnya, kena lah balik awalkan? Tapi sebelum aku balik rumah, aku nak update dulu entri aku mendaki Bukit Denai Tiga Puteri hari Selasa baru-baru ni. Aku naik malam okay. Hahaha. Actually, dah lama dah plan nak naik denai ni sebenarnya. Ramai kata trek nye sangatlah santai. Budak-budak pun boleh naik lah senang kata. Kebetulan pulak Pa'an, rakan hiking CBL dulu plan nak naik denai tu malam selasa, 20/08/2019. So, apa lagi, inform Lydia lah. Bukit Denai Tiga Puteri ini terletak di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Bakal menyajikan pemandangan hijau, highway NKVE ~kalau tak silap aku~ dan juga view sekitar area Damansara. Nak ke sini mudah je, korang taip jer lah "Kota Damansara Community Forest Reserve" , sampailah kome-kome nanti.  View malam from Bukit Denai Tiga Puteri Perjalanan kami berdua malam tu mengambil masa selama lebih kurang 27 minit dari USJ12. P

Blogger Challenge 11 : Share A Difficult Time In Your Life

Difficult time in my life ya..... Aku pernah melalui satu hari yang agak menyukarkan dan membodohkan diri sendiri. Hari di mana aku ditipu dan duitku berjumlah hampir RM3K lesap begitu sahaja. 😭 Ya...aku tertipu dengan scam yang menjanjikan barang-barangan mewah seperti kasut, jam tangan, eksesori wanita, perfume, beg tangan dan wang yang bernilai hampir setengah juta RM. Gilerkan!!! Kalau dipikir logiknya siapa yang baik hati sangat nak bagi semua hadiah tu macam tu je kan??? Tapi itulah yang terjadi pada diri aku. 😖😞 Kisah perit itu aku dah coretkan di dalam entri link di bawah ini ~ https://ctfaiross.blogspot.com/2015/08/sesal-sesesal-sesalnya.html Bagi aku, itu adalah saat-saat yang sangat kritikal pada aku. Aku berada di dalam keadaan yang sangat-sangat tertekan. Sedih mengenangkan kebodohan diri sendiri.. . . . Pernah juga suatu ketika dahulu aku disuruh untuk membuat pilihan sama ada keluarga atau si dia. Aku tak pernah ceritakan kisah ini kepada se

Novel Review : Pilihan Hati Mr. Millonaire

Novel: Pilihan Hati Mr. Millionaire Novelis: Fara Hana Rate: 7/10 Tarikh Pembacàan: Sebulan yang lalu, baru setel last week " Berlalulah sang hujan, kumenanti sang pelangiku..." Sinopsis Kulit Belakang TENGKU DENNIS....bagai bulan jatuh ke riba. Begitulah perumpamaan bagi kehadiran lelaki itu dalam hidup Lisa. Kedudukan dan kemewahan yang dimiliki lelaki itu telah mengubah kehidupan Lisa sepenuhnya bagaikan malam berganti siang. Atas bawah kiri kanan dihiasi dengan kemewahan sehinggakan Lisa turut hanyut dalam dunia yang dicipta oleh lelaki itu. LISA...apalah sangat dengan perempuan kampung itu, buat enjoy waktu muda ni okeylah. Begitulah niat yang disimpan oleh Tenku Dennis terhadap Lisa pada awalnya. Tapi, kuat mana aje hati jantan dia tu? Lama-kelamaan, jadi berat hati pula nak melepaskan perempuan kampung itu dari hidupnya. "Awak tipu! Saya tahu awak yang ambik. Kalau bukan awak siapa lagi? Tengah-tengah laut pula tu. Takkanlah ad

Faiross mesti gembira.....

Malam ini aku bersedih lagi....hati aku sebak memikirkan perjalanan jodohku... Jangan bersedih Faiross....Ko mesti kuat...Pasti Allah dah tentukan yang terbaik untuk kau.... Ceriakan hati kau esok...Berjogging ke..atau tido sahaja sehingga ke petang...hahaha..menonton Boboiboy sekali lagi mungkin...🥰🥰😝😝 Yang penting kau happy..

Blogger Challenge 10 : If You Could Have Any Job In Te World, What Would It Be?

Ada tak profession as a penganggur??? Tapi duit masuk je. Tak yah buat ape2 pun, tapi duit masuk every month. Hahaha. Ada tak? Kalau ada aku nak keje tu. 🤣 Actually ade je kan. Cuma rajin tak rajin je. Tapi problemnya  aku nak keja yang langsung tak payah buat ape2. Celik mata, pejam mata je kojenye. Alih2 hujung bulan check akaun gaji dah masuk.  Kalau ada bgtahu lah ea... Huntongler kalau ada kije rope gitu...🤭🤭

Blogger Challenge 9 : How You Stay Positive

How i stay positive?? Not really i'm always stay positive. Sometimes banyak sangat benda -ve dalam pale hotak aku ni. Cuma aku layan tak layan je. Kang aku layan rasa -ve tu, mahu jadi sewel pulak nanti. 🤣🤣 So, apa yang aku buat untuk divert rasa -ve aku tu? Camne nak +ve kan kembali keadaan itu? 🤔🤔 Aku lebih kepada untuk tidak memikirkan benda yang -ve tu. Aku buat benda yang menggembirakan hati aku sehingga aku lupa pada semua masalah yang sedang aku hadapi. Aku berkawan dengan orang yang sentiasa +ve dan ceria. Aku suka ketawa. Bila aku ketawa dapat menghilangkan rasa stress. Aku juga suka hiking. Bagi aku, bila hiking ni kau akan melupakan terus masalah yang kau hadapi kat luar sana. Sebab kau tengah memikirkan bila kau nak sampai ke puncak cepat. Hahaha. Kau layan rasa pewai mendaki sampai tak terpikir dah masalah yang kau tinggalkan kat belakang. I means, kat luar dr kawasan gunung or bukit. 😂 Apa yang menyebabkan kita rasa sangat -ve? Kita rasa banyak s

Bukit Kutu 1.0 with Gunung Hub

This is 3rd times aku join xtvt hiking under Gunung Hub. 1st time aku join trip Silipat 9.0, memang terbaik giler servicenye. Ko bayar mahal haruslah kau dilayan bagaikan maharani. Gitewww!!!  Ohh, entri untuk trip Silipat x hupdate2 lagi ekk. Hahaha. 2nd trip with Gunung Hub ialah ekspedisi Chemerong, Berembun, Lansir @ nama glamornye CBL. Percutian 3H2M trip ni benar2 memberikan aku pengalaman yang sangat luar biasa. Hohoho. Entri untuk trip ni pun tak hupdate2 lagi. Hahahaha. Itsokay, disebabkan aku tengah free waktu lunch ni (Cik CT kene pose makan lunch 4 hari since die kene cover duit terbeli Nasi Lemak McD with Ayam Spicy semalam..hahaha), so aku update lah dulu entri Bukit Kutu bersama Guung Hub yang berlangsung pada 04 Ogos 2019 yang lalu. View Batu Tedung.... Laluan trek Lepak-lepak lu pekene teh o One of tinggalan British..Chimney... View from atas bukit nak tuju ke puncak batu Cik CT ke Bukit Kutu Tiba jua ke sini ye buat