Skip to main content

Review Novel: Anding Ayangan

Novel: Anding Ayangan

Penulis: Ramlee Awang Mursyid

Rate: 9/10

Tarikh Pembacaan: 18 Feb - 21 Feb 2019

Sinopsis Kulit Belakang:


Review Cik CT:

Actually, aku dah lama habis baca novel Anding Ayangan I. Rasanya tahun lepas lagi. Ke dua tahun yang lepas? Aku dah tak ingat dah. Nak dijadikan ceritanya, novel ni ada sambungannya iaitu Anding Ayangan II. Novel terbaru karya Tuan Ramlee Awang Mursyid selepas Kasyaf Ain. Novel ke-30 yang dinukilankan oleh beliau yang sememangnya terkenal dengan penulisan-penulisan thriller. 

Semestinya aku mempunyai semua koleksi novel-novel beliau. Hahaha..

Berbalik semula pada novel sambungan Anding Ayangan ini, aku beli novel ni di Jualan Gudang Karangkraf yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam pada hari Ahad yang lepas. Aku pergi bersama-sama dengan Mirrah. Memang rambang mata dibuatnya. Ada novel yang berharga RM1, RM2, RM5 dan juga diskaun sehingga 50% untuk setiap novel. Habis jugak lah duit aku RM50 beli novel-novel tu. Penuh bakul. Mujur tak gaji jer. Kalau gaji tak tahu lah apa yang akan jadi. Hahaha.

Salah satu novel yang aku beli ialah sambungan novel Anding Ayangan yang bertajuk Anding Ayangan II. Actually, aku nak start bace novel ini. Tapi bila mengenangkan aku dah lupa sangat plot cerita dan watak-watak dalam novel sebelumnya, aku mengambil keputusan untuk repeat baca Anding Ayangan yang pertama dulu. So, malam semalam baru habis baca. Untuk start baca novel Anding Ayangan II, pembaca dikehendakki fokus dengan jalan cerita yang sepertinya diterbalikkan. Jadinya, aku perlu lah tahu siapa Furqan Ayyubi, siapa Nyian, siapa Raja Tabakbauta', Chahaya, Damit dan lain-lain watak lagi. Barulah aku boleh faham bila baca Anding Ayangan II nanti. Walaupun Hanis kata aku tak perlu pun repeat baca Anding Ayangan I, tapi aku tetap jugak nak baca. Hahaha..

Pandangan aku terhadap novel Anding Ayangan I ini, novel ini sangat best dan terbaiklah. Aku kagum giler dengan insan yang bernama Ramlee Awang Mursyid ni, macam mana lah dia boleh menggarap dengan baik dan real novel ini. Pendek kata semua karya-karya beliau lahh. Mana datangnya idea yang mencurah-curah untuk menghasilkan karya yang superb ni. 

Anding Ayangan, sebuah dongeng yang akhirnya terkeluar ke dunia nyata. Pencerita dongengnya adalah Nyian, seorang lelaki "keliru" yang ditemui terapung di Sungai Papar. Ingatan masa silam semuanya lenyap. Tapi bila bercerita tentang dongeng Anding Ayangan kelihatan beliau bersungguh-sungguh sehingga menghayati setiap watak dalam dongeng itu. Pada mulanya, aku rasa mungkinlah Nyian salah seorang watak dalam dongeng itu yang terkeluar ke alam realiti. Mungkin Betatar, mungkin jugak Raja Suir. Tapi tidak lah pulak. Huhuhu. 

Dipenghujung cerita, Furqan Ayyubi termasuk ke dunia nyata, Damit dan Nyian masuk pulak ke dunia dongeng Anding Ayangan tu. Kesinambungannya tentu sajalah di teruskan dalam Anding Ayangan II kan. 

Anding akhirnya berjaya dimusnahkan kerana terdapatnya seorang munafik yang menghasut mereka untuk melupakan Allah. Diceritakan betapa bahayanya seorang munafik dikalangan masyarakat. Jalan cerita novel ini agak berbelit. So, kefokusan sangatlah diperlukan untuk aku faham apa yang cuba disampaikan. Kalau korang rasa tengah terganggu ke, sedih putus cinta ke, baik tak payah baca novel ni. Nanti korang tak faham dan pening. Hahaha. Aku kadang-kadang pun confuse, ehh ni sape, tahun bila pulak ni. Tak pasal-pasal kene selak balik helaian yang sebelumnya tu. Hahaha..

Tak sabar aku nak baca Anding Ayangan II. Bila Furqan Ayyubi tercampak ke dunia realiti, aku teringat pada watak Laksamana Sunan aka Saifuddin. Dia pun tercampak ke dunia yang nyata dan meneruskan perjuangan dia menentang kejahatan.

Bila aku nak start baca ni???? Hurmm...Malam ni tak boleh nak start lagi. Mirrah ajak aku ngan Intan p Sri Pentas tengok rakaman I Can See your Voice Malaysia Musim ke-2. Esok pulak kitorang pergi main Skytrex Shah Alam then pergi kenduri Syah kat Banting. So, bilenye?? Mungkin hari Ahad ni lah kot. Eeee!! Tak sabar nak baca. Hahaha


Anding Ayangan II

Comments

  1. Anding ayangan 2 mcm borink skit

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye ke. sy tengah on going baca. Pening gak la plot citer die. hahaha

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...