Skip to main content

Skytrex Adventure Shah Alam (Extreme Challenge) - 23 Feb 2019 -

Skytrex Shah Alam ~ Ini kali kedua aku ke sini selepas dua tahun yang lepas. Plan nak ke sini sebenarnya dah lama dirancang. Namun, ada je yang menghalang. Peel kitorang kalau tak ade sape yang start dulu, memang tak jalanlah planning tu. Asyik tertangguh jer. Bile tertangguh memang tiket cepat jer lah habis sebab nak tunggu semua orang setuju.

So, nak dijadikan ceritanya memang aku tak nak dah tunggu-tunggu. Kalau ditunggu-tunggu sampai bila-bila lah tak perginya Skytrex ni. Hahaha. Aku belikan dorang tiket masuk awal giler. Sebulan awal. Dapat gaji je bulan 1 tempoh hari terus beli online. Beli online murah sikit, RM65 jimat lah RM5. Hehehe. So, yang betul-betul on waktu tu aku, Hazirah, Lydia, Yas dan Mirrah. Nabila dan Intan masih lagi berkira-kira nak pergi ke tak. Bila dah decide nak pergi, time nak beli tiket, tiket dah habis pulak. Tak ada rezeki depa berdua. Sape suruh lambat kan!!!!

Tarikh 23 Feb 2019 menjadi tarikh paling memenatkan dalam hidup aku. Boleh dikatakan hari yang moody lah buat aku. Kesian budak-budak ni tengok muka ketat aku. Bukan apa ~ penat giler lah wei buat challenge yang level extreme ni. By the way, kitorang decide nak try level extreme challenge. Level paling tinggi dalam skytrex adventure ni. Ni sume Lydia punya pasal. Moody tu bila tang petang tu jer. Pagi tu masa seronok panjat tangga, flying fox semua seronok bukan main. Bila dah habis tu baru rasa macam berpinar kepala hotak ni. Hahaha.


Nak dijadikan ceritanya, malam sebelum tu kitorang pergi tengok rakaman I Can See Your Voice Malaysia Musim ke-2 kat Seri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Lepas tu mengeteh pulak minum teh dan makan roti tisu tinggi. Sampai rumah dah pukul 1 pagi. Aku tak tido lagi sebab nak membalut pulak hadiah wedding si Syahirah Atiqah. Sudahnya pukul 3.30 pagi jugaklah baru aku dapat lelapkan mata. Pukul 7 pagi dah bangun. Huhuhu. Puying sekejap.

Tapi memang best lah buat skytrex ni. Level paling extreme tu. Tapi jujur bagi aku yang pernah try level intermediate iaitu Big Thrill, aku rasa Big Thrill lagi best. Sebab Big Thrill lagi pelbagai obstacles nye. Compare dengan Extreme Challenge, obstacles nye sentiasa berulang-ulang, cable walk, flyfox, cable walk, laluan net, ladder dan berulang lagi benda yang sama. Huhuhu. Bosan. Obstacle paling mencabarnye mungkin masa panjat ladder tu. Seriously ahh!! Penat giler. Tinggi kot. Ketinggian menyamai ketinggian bangunan 4 tingkat. Mungkin di situ lah tahap ke'extreme'annye. Pada ketinggian. Tingi tak tinggi, sikit tak sikit halangannya, mengah jugak lah nak perabihkan semua tu. Mujur tak keluar chicken exit.

Alhamdulillah, we ollss setelkan semua halangan pada pukul 12 tengah hari plus minus. Tak dan nak snap pic kat setiap halangan sebab risau memasing phone jatuh. Hahaha...So, ini je lah gambar yang dapat dijadikan kenangan. Plannye nak ke wedding Syah kat Banting, namun tak kesampaian since kitorang keluar Taman Botani pun dah pukul 2 petang. So, memang tak dan lah nak pergi. Hadiah wedding ngan duit kutipan bagi masa office hour je lah nanti. Hehehe...Tapi sempatlah pekena ABC Pegaga kat Seksyen 2 dan makan tengah hari. Lapar gile bhaii!!! Tak bercakap aku. Bila makanan dah masuk perut, barulah ada suara nak bercakap. Hahaha..



Wajah-wajah excited. Safety harness tu kene pakai dan wajib tahu macam mana nak gunakannya. Setiap challenge level, akan ada instructor yang akan briefing sebelum kita memulakan aktiviti ber'skytrex'.


By the way, ni gambo lepas setel beraktiviti. Wajib bergambo kat mercu tanda SKYTREX ni. Hahahaha..


We did it to face all the challenges.


Gambar di atas di ambil dihadapan pintu depan Skytrex Adventure Shah Alam. Awal kami sampai waktu ni. Kami tiba di pintu depan Taman Botani Shah Alam lebih kurang pukul 9 pagi. Slot kami bermula pada pukul 10 pagi. Okay lah. Tak ade lah rushing sangat.


Sesampai je kami kene berjumpa dengan PIC pihak Skytrex dan kami diminta untuk menaiki shuttle bas yang telah disediakan di perkarangan pintu masuk Taman Botani. Jalan sikit ke depan dan ada nampak satu kedai makan kat situ. Haaa!! naik bas kat situ lah. Uncle Maniam nama driver yang bawak kami ke pintu depan Skytrex Adventure tu. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 10 minit dengan jarak sejauh 3.5KM. Berlari???? Ehhhh..boleh aje nak berlari, tapi idokler teman nak memanjat lepas tu. Hahaha.




Gambar ni di ambil masa tengah tunggu turn. By the way, time tu slot untuk 10 pagi penuh ye. Group di hadapan kami pulak adalah sebuah group yang besar. So, sempat lah kami membawang sementara menunggu giliran nak mulakan aktiviti. Lebih kurang sejam lebih gak lah tunggu. Habis masa kat menunggu jer. Hailaa!! Mereput!!!


Mujur ambil gambar masa pakai safety harness. Cuba amik masa kitorang dah setel buat semual obstacles tu. Memang tak ade lah gambo jawabnye. Wajah pun tak seceria dan semanis ini lah. Hahaha..


Okay!! Aku tak tahu ape name menatang halangan ni. Tapi giler ahh!! Lenguh segala urat sendi aku. Suara Mirrah bukan main kuat bila dia lalu menatang halangan ni. Nak turun balik memang tak boleh lah dik non oiii.. Kami sebagai rakan ni lah yang kene support dia untuk terus maju ke hadapan. Banyak lagi obstacles nak kene lalu. By the way, ade satu lagi group besar belakang kami berlima. Memang bertabahlah mereka semua menunggu giliran. Kuang..Kuang..Kuangg.. berhasap je kepala tengok peel kami. Hahaha...


Hangin je aku tengok si Yas ni panjat ladder tu. Macam ringan jer. Macam senang jer. Bukan main laju. Iye lah, mane taknye. Budak tu kalau tak pegang kuat ladder tu mahu melayang si Yas ni diterbangkan angin bayu. Hahaha..



Stop jap kat platform, untuk halangan yang seterusnya. Setiap platform hanya dibenarkan 2 atau 3 orang dalam satu masa. Bagi mengelakkan platform runtuh kot. Tapi hari tu, aku tengok satu platform tu boleh je ade 4 orang. Huhuhu.


Alolololo...Macam siksa sangat je tu sis..


Allahu..melendut tali flying fox tu. Hahaha..





Haruslah bergambar kat papan tanda Extreme Challenge level ni.


Alhamdulillah, berjaya mengharungi semua cabaran tanpa ada sebarang masalah atau pun kecederaan. Cuma bila balik rumah tu, malamnya mula lah lengan bahu lenguh. Sakit weeiii..Rasa nak pulas je lengan aku tu. Hohoho..

By the way, memang satu aktiviti lasak yang menyeronokkan. In sha Allah, next time nak pergi Escape Penang pulak. Katanya lagi best...Hehehe

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...