Skip to main content

Habis cuti dah!!!!

Aku masih lagi di atas jalan raya menuju ke Terminal Bersepadu Selatan. Sudah tiba masanya aku kembali ke dunia realiti, bekerja mencari rezeki. Meninggalkan mak ayah di kampung mengejar cita-cita. Sekejap sangat rasanya dapat bersama mak ayah dan adik-adik di kampung tu. Cuti 5 hari dirasakan sepantas kilat berlalu. 

Kini aku berada di dalam bas S&S yang terus bergerak tenang dan kadang kala berhenti disebabkan kesesakkan lalu lintas. Mungkin saja mereka yang lain telah pulang ke bandar selepas cuti tahun baru cina yang lama. Mujur jugak aku beli tiket pukul 10.30 pagi tadi. In sha Allah, mungkin dalam pukul 5 nanti aku tiba lah di TBS. Cuba saja kalau aku beli tiket pukul 12.30 tengah hari??? Mungkin saja aku akan sampai TBS malam. Huhuhu. Esoknya dah bekerja pulak..

Lupa pulak nak wish Selamat Tahun Baru Cina buat mereka yang menyambutnya. Moga ceria dan gembira bersama-sama seluruh kaum keluarga.



Esok aku dah start bekerja. Seperti biasa, boss aku terus cuti panjang. Task, shipment dan ordering telah menunggu aku tu. Huhuhu. Tapi, bila boss tak ade ni syiokk lah sikit. Boleh lah ngular barang seminit dua. Hahahaha.....

Boss ade jugak tanya, aku tak ambil cuti seminggu terus ke? Sebab katanye, kalau aku apply cuti minggu ni, dia akan hold dulu semua shipment masuk dan ordering keluar. Tapi aku cakap aku tak apply cuti. Aku nak simpan cuti. Cuti Hari Raya Aidilfitri nanti, aku nak cuti panjang. Seminggu terus aku amik. Baru lah best.. Hehehe....

Wahhh!!! Macam makin teruk je jem ni. Bila gamaknya aku nak sampai ni. Dah lah perut bunyi kriuk..kriukk tanda lapar ni. La ni baru tiba Senawang/Seremban/K.Pilah. Lapar!!!Cepatlah sampai.

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...