Skip to main content

Review Novel: Anding Ayangan II

Novel: Anding Ayangan II

Penulis: Ramlee Awang Murshid

Rate: 9/10

Tarikh Pembacaan: 22 Feb - 28 Feb 2019



Tatkala Dongeng Itu Bercerita. Dunia Di Sebalik Hijab Pun Terus Bernyawa.

Sinopsis Kulit Belakang: 

Dunia dikatakan mempunyai beberapa lapisan kehidupan yang berbeza-beza tanpa sebarang pertembungan. Bagaimanapun.....Furqan Ayyubi, Nyian dan Damit telah terlanggar larangan itu tanpa sengaja. Sekaligus menembusi hijab antara dua dunia. Maka berlakulah kekacauan dan kebejatan yang sukar diterima akal.

Di dunia fana - Furqan Ayyubi berjuang untuk membunuh Datuk Johar yang dipercayai disarungi seekor makhluk yang pernah menumpangi jasad Raja Tabakbauta'. Sejenis makhluk yang sangat menyukai kuasa. Bagaimanapun hasrat Furqan Ayyubi itu dipandang songsang sehingga dia dipercayai mengalami gangguan mental.

Di dunia dongeng - Nyian mendapati dirinya adalah seorang penglipur lara yang mempunyai kuasa sakti. Kesaktiannya bergantung kepada lisan yang dipertuturkan untuk membaca dan mengubah cerita sebuah dongeng sehinggalah dia bercita-cita menjadi raja di dunia ini.

Masa silam - Pangeran Haji Durrahman dan Pengeran Haji Bolhassan berusaha mencari penawar pada sakit yang dialami Salleh secara mendadak. Anak asuhan itu diyakini telah terkena jampi seorang penyihir. Sekali gus membuatkan hubungan cinta Salleh dan Dang Bisai menghadapi gendala. Sakit misteri itu telah mengheret Salleh ke pintu maut.
.
.
.
.
Review Cik CT:

Hohohohohohoho!!!!! Bersambung lagi nampaknye novel Anding Ayangan ni. Lepas ni kite semua kena sabar menunggu pulak lah kehadiran naskhah Anding Ayangan III. Please Tuan Ram!!! Cepat-cepatlah keluarkan sambungan citer Anding Ayangan ni. Huhuhu....

Okay..pandangan ikhlas aku tentang sambungan kedua Anding Ayangan. Tuan Ram kata pembaca harus FOKUS bile membaca novel ini. Even penulis dah tekankan supaya tetap fokus dalam Anding Ayangan pertama lagi. 

Fokus pada tiga lapisan yang terdapat didalam penceritaan novel ini. Pertama, peristiwa yang berlaku pada Abad ke-18, Pantai Barat Selatan, Tanah Borneo Utara. Diceritakan watak Pangeran Haji Durrahman, Pangeran Haji Bolhassan, Salleh, Dang Bisai dan penduduk di permukiman Anding. Dan disini lah jugak bermulanya pembinaan tembok bertampik.

Kedua, dunia di lapisan hijab yang dinyatakan sebagai sebuah dogengan, iaitu pada tahun hijrah 1438. Latar masa dan tempat bagi watak Nyian, Damit, Chahaya, Yungku Kelangar, Raja Suir dan pa'tua. Kesinambungan cerita pada Anding Ayangan yang pertama dulu.

Ketiga, yang terakhir juga adalah cerita yang dipersembahkan pada masa kini di mana Furqan Ayyubi yang dulunya putera Raja Tabakbauta', Betatar tercampak ke dunia realiti.

Memang jelas penamat cerita Anding Ayangan tergantung. Episod 1 telah berakhir. Padahal banyak lagi persoalan yang belum terjawab. Mane perginya Raja Mutajassad selepas menyarungi jasad Datuk Johar? Tubuh badan siapa lagi yang akan dia sarungi? Berjaya ke Furqan Ayyubi mengyakinkan mereka yang dia datang dari dunia dogengan? 

Memang tak sabar nak tahu sambugannye. Silap-silap Anding Ayangan ni bakal bersambung-sambung macam novel Laksamana Sunan. Hehehehe. Memang tak rugi aku beli novel ni masa jualan Gudang Karangkraf tempoh Hari. Pada mulanya, niat memang tak nak beli, tapi dah nampak harga murah takkanlah aku begitu bodoh tak grab je kan. hahahaha. Mujur lah aku ni bijak orangnya. kalau tak memang nyesallah sebab x beli je novel ni. Hahahaha.

Kalau ditanya mane lagi best antara novel yang pertama dan kedua??? Aku pilih kedua-duanya sekali. Sebab apa? Sebab aku suka kedua-dua jalan ceritanya. So, memang x ade sebab untuk aku kene pilih antara duanya tu mane yang best. Lagipun, semua novel-novel Tuan RAM ni memang best-best belaka. Hahaha....
.
.
.
Aku banyak lagi novel yang tunggu giliran untuk dibaca. Ade lebih kurang 15 buah novel lagi. Hihihi. So, Lepas habis Anding Ayangan ni, nak sambung baca ape pulak??? Sebab kite dah berhempas pulas memerah otak dan fokus baca Anding Ayangan II, kite kenelah rehatkan otak dengan jalan cerita novel yang lebih ringkas dan santai. 

So, pilihan Cik CT untuk pembacaan seterusnya ialah............SONATA CINTA AFRO.....

Bace sinopsis pun dah buat aku tergelak. Hahaha....


Comments

  1. Baru habis baca semalam😊
    Sangat excited untuk know the ending but then,,hampa bila cerita tergantung😢bila lah pulak nak publish next book..😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....bersambung lah pulak. Memang x sabar nk tunggu sambungannye ni.hehehe

      Delete
  2. Dah baca jugak.. mmg best..klau x focus mmg pening mcm adik saya..the end dia give up nk baca..hihih..dia punya imaginasi x kuat mcm saya untuk baca karya2 tuan RAM ni..x sabar rasanya nak menunggu anding ayangan III.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeszaa. Adik sy pun..die kate complicated sgt plot citernye...x paham. Alih2 die pulangkan balik novel ni. Rugi2...hahaha

      Delete
  3. rasanya raja mutajassad telah menyarung badan setiausaha politik datuk zahim..nanti baru dia sarung pulak datuk zahim... rasanya lah... 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...mayb dalam anding ayngan 3...tak sabarnye nak tunggu....hehee

      Delete
  4. Mohon share sikit/recap penutup atau bab akhir anding ayangan 1( dh tak tau mana letak novel ni)..sbb anding ayangan 2 dah lama beli tp tak leh nk baca..sbb kalau nk baca sambungan kena ingat bab akhir...baru bleh linkkan..tolong hamba...😪

    ReplyDelete
  5. Baru abis bc.....bz dgn kja....1and 11,best! X pnh mngecewakan......

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan..dan yg paling menariknye, berkemungkinan next novel anding ayangan ade kene mengena dengan novel sunan tau . hehe..kalau dah bace novel terbaru Tuan RAM, SAIFUDIN JALIS, mesti dah tahu ni..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...