Skip to main content

Seniman Run 2.0 - 16 Feb 2019 -

Hi korang semua!!!

Lama aku tak update entri baru. Kali ni aku nak update entri xtvt larian aku pulak. Kan aku pernah tulis, yang aku nak join sekurang-kurangnya satu larian untuk setiap bulan. So, untuk larian bulan Feb aku join Seniman Run 2.0 yang dianjurkan oleh Persatuan Seniman yang bertempat di Dataran Merdeka pada hari Sabtu yang lepas.


Larian kali ini hanya aku dan Syuhada je yang join. Kawan-kawan aku yang lain tak dapat nak join. Tak pe lah. Dua orang pun dua orang lah. Macam tak biasakan. Lama dah aku register larian seniman ni. Tak silapnye, aku register pada akhir tahun yang lepas dengan harga RM70 untuk jarak larian 10KM. 1st 10KM untuk tahun 2019 ini. Hehehe. Last aku buat 10KM adalah pada tahun 2017, masa tu aku join larian The Performance Series kat Setia City Shah Alam. Tak silap aku dapat buat 1 jam 28 minit 9 saat. Pace larian aku dah tak ingat dah. Itu lah satu-satunya larian 10KM aku.


 10KM DONE


Melompat tinggi bila berjaya tamatkan larian

Ehh, tak lah.. kan aku dah buat lebih kurang 13KM larian untuk Penang Bridge International Marathon last year. Hahaha. Alaa, yang tak dan nak buat sampai 21KM tu. Hohoho. So, tahun 2019 ni aku start 10KM untuk larian Seniman 2.0 lah. Race kit hari tu amik kat Kompleks Sukan Olimpik kat Jalan Hang Jebat, KL. Naik MRT jer dengan Uji hari tu. Dalam race pack dapat bip no. dengan baju running je wei. Baucer ape pun semua tak ade. huhuhu. Padahal mahal jugak tu bayar. Takperlah, event larian charity kan.

So, pada hari yang dijanjikan...aku gerak dari rumah agak lewat untuk ke LRT Taipan. AKu terlajak tidur. Alih-alih dah pukul 5.55 pagi. Kelam kelibut aku mandi dan bersiap. Perjalanan LRT dari Taipan nak ke Masjid Jamek ambil masa lebih kurang 45 minit. Flag off untuk 10KM pada pukul 7 pagi. Huhuhu. Sempat ke ni???  Alhamdulillah, sempat jugak sampai di starting line. Sempat lah jugak buat sedikit regangan sebelum nak berlari tu. Peserta dah ramai dah berkumpul. Lautan kuning semuanya. Flag off untuk 5KM pada pukul 7.15 pagi. So, memang penuhlah starting line tu dengan peserta 5KM. Adda aku dah tak jumpa dah. Dia dah kehadapan dulu.

Lepas je acara perasmian, kitorang dilepaskan. Startlah aku berlari. Prestasi aku sangat baik pagi itu. Ikut pada perkiraan apps Strava aku, aku buat 5KM pertama dalam masa hanya 30 minit jer. Satu prestasi yang membanggakan jugaklah. Sebab biasanya aku berlari 5KM tu dah ambil masa hampir sejam. Hahaha. Tapi sayangnya di 5KM kedua. Aku dah semput sempat kebanyakan route Seniman Run 2.0 berbukit. Huhu. Memang tak lah aku nak berlari kan. Tertinggal punggung dibelakang. Tapi bila je ade route menuruni bukit, apalagi berlari lah aku.


Sikit jer lagi ni.

Alhamdulillah, aku berjaya jugak tamatkan larian 10KM dalam masa 1 jam 37 minit 15 saat pada ranking keseluruhan 588.


Boleh tahanlah kan..Hehehe..


Medal 10KM Seniman Run 2.0


Oh ya!! Kali ni aku berlari dengan kasut baru.


We did it!!!

Semua orang ingat bila larian anjuran persatuan seniman ni akan banyak artis-artis yang join kan?? Tak pun!! Yang ada presiden seniman tu lah, Zed Zaidi. Membesar dengan jayanya die ye. Hehehe. Mayb adelah jugak artis lain tapi aku tak kenal sangat kot. Ingat rupa tapi aku tak tahu nama-nama dorang. Yang aku kenal cuma Fasha Sanda dan tunangnya tu, Aidil Aziz kalau tak silap namanya. 

Tak terasa pulak nak ambil gambar dengan dia. Hahaha. Sebab aku pun dah penat kot. Dengan laparnya lagi. Dengan rasa ngantoknya lagi. Tapi memang best lah hari tu. Dapat keluarkan peluh, dapat jalan-jalan tengok sekitar KL. Baru lah tahu ooh, kat sini ke Tugu Negara, ooh, kat sini ke Padang Merbok, oohh, kat sini ke jalan nak ke Bukit Tunku. Ohhh, Kat sini ke Quill City Mall. Biasa aku buat 5KM jer. Mana nak jumpa semuanya tu.


Teringin nak bergambo kat sini tapi teman segan..Hikhikhik


Plaza Tugu Negara

Lepas je habis event tu, aku dan Adda p lah berjalan area dataran tu. Kitorang singgat sat kat Countdown Clock  Ade aku bace details pasal Countdown Clock ni tapi aku dah lupa dah. Hahaha.


Kita boleh masuk kat dalam tu. Orang kata masuk situ cantik kalau waktu malam. Lampunya berwarna-warni. Dah pergi siang nak nampak apanye!!!


Waktu Operasi Jam Detik


Dalam perjalanan nak balik semula ke Masjid Jamek, kitorang ditegur oleh seorang pakcik ni. Pakcik ni mintak kitorang belas ihsan duit barang seringgit dua. Katanya nak buat makan. Datang dari jauh ke KL nak mencari kerja. Aku dan Adda menghulurkan bantuan seikhlas mungkin untuk pakcik tu dan mendoakan moga pakcik tu dapat kerja di KL ni. Pada mulanya takut-takut gak kitorang bila tiba-tiba ditegur macam tu. Iyer lah, risau buatnya dipukaunye kitorang berdua ni. Nyaya jer. Tapi, bila nampak pakcik tu wajahnya sedih jer, aku jadi kasihan. Nampak di wajah pakcik itu, betapa gembiranya dia menerima wang yang kami berikan pada dia. Gembira kitorang melihatnya. Tak henti-henti dia mengucapkan terima kasih pada kami berdua.

Selepas pakcik tu pergi kitorang berdua duk bersantai di kerusi berhadapan dengan Masjid...(alamak, lupa pulak nama masjid yang ada kat LRT Masjid Jamek tu)


Tiba-tiba, kami didatangi semula oleh pakcik yang kami berikan wang tadi. Dia bagitahu, dia dah dapat kerja dah. Katanya, mungkin dia akan bawa teksi. Pakcik tu mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada kitorang berdua. Gembiranya rasa hati aku ni bila dapat bantu orang yang dalam kesusahan. Dan aku mendoakan agar pakcik itu sentiasa sihat dalam menjalankan tugasnya mencari rezeki yang halal. Aminn...

Kitorang berdua menuju pulak ke KFC untuk mengisi perut yang tengah berbunyi. Aku just order Curry Rice Bowl manakala Adda order Signature Box kalau tak silap aku lah. Kitorang makan di bahagian atas KFC. Tak ramai pun orang. Tengah-tengah makan tetiba datang seorang lelaki yang aku kira kurang siuman ke tempat kami. Weiii, aku dah cuak dah ni. Dia nampak macam tak betul. Macam gaya orang hisap gam pun iye jugak. Dia datang ke meja kami dan berkata dalam bahasa yang tak aku dan Adda faham. Kitorang dah cuak dah. Apasal ni kan??? Dan tak semena-mena dia pergi ambilnya air teh ais aku dan dituangnya air tu ke dalam cawan pelanggan di meja hadapan kitorang. Wajah chinese girl tu nampak ketat dan takut. Cepat-cepat dia bangun dan beralih tempat. Mujur jugak air dia dah habis diminum. 

Lelaki kurang siuman tu datang lagi ke meja kami berdua. Masih lagi bercakap dalam bahasa yang langsung kitorang tak faham. Tak semena-mena lagi sekali, dicapainya pulak ayam goreng Adda. Kesian Adda. Dah lah orang tu lapar sebab baru lepas berlari. Ayam goreng pulak dirembat. Sadis sungguh!!! 

Mujur jugak kitorang tak letak barang-barang berharga atas meja tu. Aku dah start bengang dah. Tak ada sesiapa yang cuba nak menghalau lelaki kurang siuman tu. Aku cakap dengan Adda, jom lah adda turun bawah, kita bagitahu staff KFC ni. Aku masa tu memang dah tak lalu nak makan. 

Finally, lelaki kurang siuman tu dihalau keluar dari premis KFC tu. Kitorang berdua makan je kat area bawah KFC, merasakan kat situ lagi selamat kalau terjadi apa-apa. Hahaha. Aku tak kisah sangat kalau orang tu lapar dan nak mintak makanan dari kitorang. Tapi kalau gaya meminta pun macam dah menakutkan dan menggumam dalam bahasa yang dia sendiri je faham, aku jadi lagi takutlah. Sorang kakak tu yang juga pelanggan KFC kat situ bagitahu, kat area Masjid Jamek tu memang ramai je orang giler dik. Itu apa yang akk tu cakaplah. hisshh!!! Seriau pulak aku.

Lepas makan tu, aku dan Adda berpisah nak balik ke rumah masing-masing pulak. Aku balik semula ke USJ dan Adda balik ke Gombak. 

Satu pengalaman yang pertama kali aku lalui bertemu dengan orang kurang siuman. Huhuhu. Dan juga satu pengalaman berlari yang menyeronokkan. 

Next running aku pada bulan hadapan, bulan Mac iaitu Doctor Run. Hehehe...


I managed to run 10KM 

Hisshh, lori DBKL pun nak enterframe jugak



We did it!! My Running Buddie, Adda


Haila, gini ke gaya aku amik gambo.. Hahaha


Seniman Run 2019


Jumpe di Doctor Run, Adda!!






Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...