Skip to main content

Cendol Mahabbah Viral

Balik kampung ni sokmo makan jer aku. Cik Ani pun bising dah tu awat badan aku dah makin membesar. Huhuhu. Dah lah Cik Ani masak sedap. Tak leh nak kata tidak lah.

Pulak tu, boleh pulak aku ngajak Cik Ani ngan adik2 pegi makan cendol yang baru-baru ni viral kat FB. Seriously, memang menggodalah gambar yang dipaparkan kat FB tu. Itu yang buat aku teruja nak mencubanye. Kihkihkih. Ayatttt.....

Sampai-sampai je memang ramai dah orang. Mujur jugak ade tempat kosong. Kitorang order cendol mangga, cendol oreo, cendol kacang tumbuk dan cendol kacang merah. Tambahan order, jus mangga dan rojak petis.

Cendol Mangga - Yang ni aku order. Bagi aku sedap jugaklah. Mangga die manis. 


Cendol Oreo - Mungkin satu kesilapan order cendol versi ni. Tak sedap di anak tekak langsung. Tak kene weii cendol ngan biskut oreo tu, rase kembang anak tekak. Hahaha. Ibab pun tak habis makan. Kitorang bungkus bawak balik.


Cendol Kacang Tumbuk - Yang ni Cik Ani order. Sedapp. Aku suke. Cik Ani pun suke. Laju kitorang habiskan. Siap tapau sebungkus bawak balik. Kombinasi kacang tumbuk dengan cendol serasi. Kene dengan tekak.


Cendol Kacang Merah - Boleh aku katakan yang ni original cendol. Jujur aku katakan yang original ni lagi best. Hahaha.. Sedap weii cendol die. Santan, gula merah, memang umpphhh lah. 
Baru betul namanye cendol...


Bila cendol yang dah dihipsterkan ni rase pure cendol dah hilang. Huhuhu..

Jus Mangga - Rasa jus nya macam agak bergas. Mungkin letak aiskrim soda kot. Hopefully tak sakit peyut lah. Hahaha. Hirisan mangga die pun banyak. Bagus gerai ni, tak kedekut.

Rojak Petis - Cik Ani nak makan ni tadi. Tapi tunggu punye tunggu tak sampai-sampai. So, kitorang mintak bungkus jer. Makan kat umah jer. Cik Ani simpankan aku sikit tadi. Perghh sedap lah. Rugi tak order sepinggan lagi. Hahaha...

Overall, aku puas hati lah. Banyak lagi menu yang lain. Tapi tak dan nak cube. Gemoklah kalau sume nak cube. Bukan setakat gemoks, rabak dompet. Kahkahkah..

Jumlah makan tadi semuanya RM29. Okay lah...

Kalau korang nak datang, type je Cendol Mahabbah kat Waze atau pun Google Maps. Ade je keluar nanti. Dari umah aku, perjalanan ambil masa 20 minit. 

Cendol Mahabbah Checked ✅


Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...