Skip to main content

Revongen Chinese New Year 2019 Feast

Hi..Assalamualaikum..

Aku nak story ler sikit pasal jamuan ringan Revongen sempena sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan pada hari Jumaat semalam, 1 Feb 2019. Memo keluar hari Khamis tu dah, makan-makan akan diadakan pada waktu lunch. Baru Sherene, staff Revon Risk nak keluar lunch sama-sama dengan kitorang. Tapi dah Revongen buat makan-makan haruslah join. Rezeki jangan ditolak. Dah boss nak belanja kan, sape yang nak menolaknye.

Pukul 12 tengah hari masing-masing turun ke auditorium. Masing-masing pàkai baju warna merah. Aku sememangnya tak terkecualilah. Gigih aku balik keje Khamis tu, terus gosok baju dengan tudung. Blouse merah, tudung pun merah hitam. Siot betol budak2 opis panggil aku tanglung bergerak. Hahaha....



Banyak gak makanan yang dah disediakan. Jamuan kali ni di handle sendiri by Paulownia Cafe. Mr Law bagi jer duit, depa pandai-pandai lah nak order catering mane. Antara menu yang ada, nasi goreng yang aku kire agak tawar, bihun goreng yang nampk pucat tapi sedappp, lauk kari ayam yang memang sedap dan ayam berempah yang kitorang pada mulanya ingat ditempah khas dari nasi kukus mok sube, tapi rupenye tidak sebab ayam berempah mok sube lagi sedap. Hahaha.  



Menu sampingan yang lain kuih karipap, kuih seri muka yang sedapp giloss ~ rugi tak makan banyak, mini burger yang bagi aku pedas namatey, buah tembikai dan jugak air sirap.

Menu wajib bila meraikan sambutan Tahun Baru Cina Revongen tentu saje lah, Lou Sang. Acara lambung tinggi Lou Sang beramai-ramai diadakan dengan meriah. Mr Law kate lambung tinggi-tinggi, biar ade ong company kite nnti. Tahun lepas ade jugak Lou Sang ni, dalam dulang yang besar dan ade chopstick yang sangat besar untuk kite lambung-lambung dengan penuh semangat. Tapi, kali ni agak tak berapa nak tinggi lambungannye. Hehehe. Dulangnya kecik, pastu chopstick pun kecik. Habis bersepah-sepah Lou Sang tu. Tapi apa-apa pun sedap Lou Sang yang mana Paulownia Cafe jugak yang sediakan.



Before makan start, mcm biasa kitorg dengar sepatah dua kata dari Mr Law. Our big boss mintak kami lebih berusaha memajukan company. Ade certain company dah memang dalam red zone (company yang teruk prestasinya) dan berkemungkinan staff company red zone tak akan dpt bonus untuk tahun 2018. Uhukuhuk...Sedeyyy....Kite tunggu dah lihat next month punye salary. BSTM berada dalam zone yang mane. Huhuhu.



Kitorang abaikan seketika pasal bonus tu, yang penting bab makan. Perghh, kenyang giler kot dan banyak giler makanan lebih. Apalagi, tapau bawak balik lah. Rugi ohhh.....

Mr Law dengan baik hatinya jugak, kasi kitorang release awal Jumaat tu. Kul 4 dah boleh balik. Yabedabedu..Mujur aku tak bawak beg balik kampung aku. Hahaha....






Sampai takat ni jer lah story jamuan CNY Revongen semalam. Selalunye, Rev buat lepas cuti tapi tahun ni awal pulak. Dan ini tahun ke-6 aku sama-sama celebrate CNY dengan Revongen. Bapak lah lame weeiiii....Tak teringin ke nak sambut CNY kat company lain pulak Cik CT oiiiii....Hahahahaha....





Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...