Thursday, 28 February 2019

Review Novel: Anding Ayangan II

Novel: Anding Ayangan II

Penulis: Ramlee Awang Murshid

Rate: 9/10

Tarikh Pembacaan: 22 Feb - 28 Feb 2019



Tatkala Dongeng Itu Bercerita. Dunia Di Sebalik Hijab Pun Terus Bernyawa.

Sinopsis Kulit Belakang: 

Dunia dikatakan mempunyai beberapa lapisan kehidupan yang berbeza-beza tanpa sebarang pertembungan. Bagaimanapun.....Furqan Ayyubi, Nyian dan Damit telah terlanggar larangan itu tanpa sengaja. Sekaligus menembusi hijab antara dua dunia. Maka berlakulah kekacauan dan kebejatan yang sukar diterima akal.

Di dunia fana - Furqan Ayyubi berjuang untuk membunuh Datuk Johar yang dipercayai disarungi seekor makhluk yang pernah menumpangi jasad Raja Tabakbauta'. Sejenis makhluk yang sangat menyukai kuasa. Bagaimanapun hasrat Furqan Ayyubi itu dipandang songsang sehingga dia dipercayai mengalami gangguan mental.

Di dunia dongeng - Nyian mendapati dirinya adalah seorang penglipur lara yang mempunyai kuasa sakti. Kesaktiannya bergantung kepada lisan yang dipertuturkan untuk membaca dan mengubah cerita sebuah dongeng sehinggalah dia bercita-cita menjadi raja di dunia ini.

Masa silam - Pangeran Haji Durrahman dan Pengeran Haji Bolhassan berusaha mencari penawar pada sakit yang dialami Salleh secara mendadak. Anak asuhan itu diyakini telah terkena jampi seorang penyihir. Sekali gus membuatkan hubungan cinta Salleh dan Dang Bisai menghadapi gendala. Sakit misteri itu telah mengheret Salleh ke pintu maut.
.
.
.
.
Review Cik CT:

Hohohohohohoho!!!!! Bersambung lagi nampaknye novel Anding Ayangan ni. Lepas ni kite semua kena sabar menunggu pulak lah kehadiran naskhah Anding Ayangan III. Please Tuan Ram!!! Cepat-cepatlah keluarkan sambungan citer Anding Ayangan ni. Huhuhu....

Okay..pandangan ikhlas aku tentang sambungan kedua Anding Ayangan. Tuan Ram kata pembaca harus FOKUS bile membaca novel ini. Even penulis dah tekankan supaya tetap fokus dalam Anding Ayangan pertama lagi. 

Fokus pada tiga lapisan yang terdapat didalam penceritaan novel ini. Pertama, peristiwa yang berlaku pada Abad ke-18, Pantai Barat Selatan, Tanah Borneo Utara. Diceritakan watak Pangeran Haji Durrahman, Pangeran Haji Bolhassan, Salleh, Dang Bisai dan penduduk di permukiman Anding. Dan disini lah jugak bermulanya pembinaan tembok bertampik.

Kedua, dunia di lapisan hijab yang dinyatakan sebagai sebuah dogengan, iaitu pada tahun hijrah 1438. Latar masa dan tempat bagi watak Nyian, Damit, Chahaya, Yungku Kelangar, Raja Suir dan pa'tua. Kesinambungan cerita pada Anding Ayangan yang pertama dulu.

Ketiga, yang terakhir juga adalah cerita yang dipersembahkan pada masa kini di mana Furqan Ayyubi yang dulunya putera Raja Tabakbauta', Betatar tercampak ke dunia realiti.

Memang jelas penamat cerita Anding Ayangan tergantung. Episod 1 telah berakhir. Padahal banyak lagi persoalan yang belum terjawab. Mane perginya Raja Mutajassad selepas menyarungi jasad Datuk Johar? Tubuh badan siapa lagi yang akan dia sarungi? Berjaya ke Furqan Ayyubi mengyakinkan mereka yang dia datang dari dunia dogengan? 

Memang tak sabar nak tahu sambugannye. Silap-silap Anding Ayangan ni bakal bersambung-sambung macam novel Laksamana Sunan. Hehehehe. Memang tak rugi aku beli novel ni masa jualan Gudang Karangkraf tempoh Hari. Pada mulanya, niat memang tak nak beli, tapi dah nampak harga murah takkanlah aku begitu bodoh tak grab je kan. hahahaha. Mujur lah aku ni bijak orangnya. kalau tak memang nyesallah sebab x beli je novel ni. Hahahaha.

Kalau ditanya mane lagi best antara novel yang pertama dan kedua??? Aku pilih kedua-duanya sekali. Sebab apa? Sebab aku suka kedua-dua jalan ceritanya. So, memang x ade sebab untuk aku kene pilih antara duanya tu mane yang best. Lagipun, semua novel-novel Tuan RAM ni memang best-best belaka. Hahaha....
.
.
.
Aku banyak lagi novel yang tunggu giliran untuk dibaca. Ade lebih kurang 15 buah novel lagi. Hihihi. So, Lepas habis Anding Ayangan ni, nak sambung baca ape pulak??? Sebab kite dah berhempas pulas memerah otak dan fokus baca Anding Ayangan II, kite kenelah rehatkan otak dengan jalan cerita novel yang lebih ringkas dan santai. 

So, pilihan Cik CT untuk pembacaan seterusnya ialah............SONATA CINTA AFRO.....

Bace sinopsis pun dah buat aku tergelak. Hahaha....


Wednesday, 27 February 2019

Skytrex Adventure Shah Alam (Extreme Challenge) - 23 Feb 2019 -

Skytrex Shah Alam ~ Ini kali kedua aku ke sini selepas dua tahun yang lepas. Plan nak ke sini sebenarnya dah lama dirancang. Namun, ada je yang menghalang. Peel kitorang kalau tak ade sape yang start dulu, memang tak jalanlah planning tu. Asyik tertangguh jer. Bile tertangguh memang tiket cepat jer lah habis sebab nak tunggu semua orang setuju.

So, nak dijadikan ceritanya memang aku tak nak dah tunggu-tunggu. Kalau ditunggu-tunggu sampai bila-bila lah tak perginya Skytrex ni. Hahaha. Aku belikan dorang tiket masuk awal giler. Sebulan awal. Dapat gaji je bulan 1 tempoh hari terus beli online. Beli online murah sikit, RM65 jimat lah RM5. Hehehe. So, yang betul-betul on waktu tu aku, Hazirah, Lydia, Yas dan Mirrah. Nabila dan Intan masih lagi berkira-kira nak pergi ke tak. Bila dah decide nak pergi, time nak beli tiket, tiket dah habis pulak. Tak ada rezeki depa berdua. Sape suruh lambat kan!!!!

Tarikh 23 Feb 2019 menjadi tarikh paling memenatkan dalam hidup aku. Boleh dikatakan hari yang moody lah buat aku. Kesian budak-budak ni tengok muka ketat aku. Bukan apa ~ penat giler lah wei buat challenge yang level extreme ni. By the way, kitorang decide nak try level extreme challenge. Level paling tinggi dalam skytrex adventure ni. Ni sume Lydia punya pasal. Moody tu bila tang petang tu jer. Pagi tu masa seronok panjat tangga, flying fox semua seronok bukan main. Bila dah habis tu baru rasa macam berpinar kepala hotak ni. Hahaha.


Nak dijadikan ceritanya, malam sebelum tu kitorang pergi tengok rakaman I Can See Your Voice Malaysia Musim ke-2 kat Seri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Lepas tu mengeteh pulak minum teh dan makan roti tisu tinggi. Sampai rumah dah pukul 1 pagi. Aku tak tido lagi sebab nak membalut pulak hadiah wedding si Syahirah Atiqah. Sudahnya pukul 3.30 pagi jugaklah baru aku dapat lelapkan mata. Pukul 7 pagi dah bangun. Huhuhu. Puying sekejap.

Tapi memang best lah buat skytrex ni. Level paling extreme tu. Tapi jujur bagi aku yang pernah try level intermediate iaitu Big Thrill, aku rasa Big Thrill lagi best. Sebab Big Thrill lagi pelbagai obstacles nye. Compare dengan Extreme Challenge, obstacles nye sentiasa berulang-ulang, cable walk, flyfox, cable walk, laluan net, ladder dan berulang lagi benda yang sama. Huhuhu. Bosan. Obstacle paling mencabarnye mungkin masa panjat ladder tu. Seriously ahh!! Penat giler. Tinggi kot. Ketinggian menyamai ketinggian bangunan 4 tingkat. Mungkin di situ lah tahap ke'extreme'annye. Pada ketinggian. Tingi tak tinggi, sikit tak sikit halangannya, mengah jugak lah nak perabihkan semua tu. Mujur tak keluar chicken exit.

Alhamdulillah, we ollss setelkan semua halangan pada pukul 12 tengah hari plus minus. Tak dan nak snap pic kat setiap halangan sebab risau memasing phone jatuh. Hahaha...So, ini je lah gambar yang dapat dijadikan kenangan. Plannye nak ke wedding Syah kat Banting, namun tak kesampaian since kitorang keluar Taman Botani pun dah pukul 2 petang. So, memang tak dan lah nak pergi. Hadiah wedding ngan duit kutipan bagi masa office hour je lah nanti. Hehehe...Tapi sempatlah pekena ABC Pegaga kat Seksyen 2 dan makan tengah hari. Lapar gile bhaii!!! Tak bercakap aku. Bila makanan dah masuk perut, barulah ada suara nak bercakap. Hahaha..



Wajah-wajah excited. Safety harness tu kene pakai dan wajib tahu macam mana nak gunakannya. Setiap challenge level, akan ada instructor yang akan briefing sebelum kita memulakan aktiviti ber'skytrex'.


By the way, ni gambo lepas setel beraktiviti. Wajib bergambo kat mercu tanda SKYTREX ni. Hahahaha..


We did it to face all the challenges.


Gambar di atas di ambil dihadapan pintu depan Skytrex Adventure Shah Alam. Awal kami sampai waktu ni. Kami tiba di pintu depan Taman Botani Shah Alam lebih kurang pukul 9 pagi. Slot kami bermula pada pukul 10 pagi. Okay lah. Tak ade lah rushing sangat.


Sesampai je kami kene berjumpa dengan PIC pihak Skytrex dan kami diminta untuk menaiki shuttle bas yang telah disediakan di perkarangan pintu masuk Taman Botani. Jalan sikit ke depan dan ada nampak satu kedai makan kat situ. Haaa!! naik bas kat situ lah. Uncle Maniam nama driver yang bawak kami ke pintu depan Skytrex Adventure tu. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 10 minit dengan jarak sejauh 3.5KM. Berlari???? Ehhhh..boleh aje nak berlari, tapi idokler teman nak memanjat lepas tu. Hahaha.




Gambar ni di ambil masa tengah tunggu turn. By the way, time tu slot untuk 10 pagi penuh ye. Group di hadapan kami pulak adalah sebuah group yang besar. So, sempat lah kami membawang sementara menunggu giliran nak mulakan aktiviti. Lebih kurang sejam lebih gak lah tunggu. Habis masa kat menunggu jer. Hailaa!! Mereput!!!


Mujur ambil gambar masa pakai safety harness. Cuba amik masa kitorang dah setel buat semual obstacles tu. Memang tak ade lah gambo jawabnye. Wajah pun tak seceria dan semanis ini lah. Hahaha..


Okay!! Aku tak tahu ape name menatang halangan ni. Tapi giler ahh!! Lenguh segala urat sendi aku. Suara Mirrah bukan main kuat bila dia lalu menatang halangan ni. Nak turun balik memang tak boleh lah dik non oiii.. Kami sebagai rakan ni lah yang kene support dia untuk terus maju ke hadapan. Banyak lagi obstacles nak kene lalu. By the way, ade satu lagi group besar belakang kami berlima. Memang bertabahlah mereka semua menunggu giliran. Kuang..Kuang..Kuangg.. berhasap je kepala tengok peel kami. Hahaha...


Hangin je aku tengok si Yas ni panjat ladder tu. Macam ringan jer. Macam senang jer. Bukan main laju. Iye lah, mane taknye. Budak tu kalau tak pegang kuat ladder tu mahu melayang si Yas ni diterbangkan angin bayu. Hahaha..



Stop jap kat platform, untuk halangan yang seterusnya. Setiap platform hanya dibenarkan 2 atau 3 orang dalam satu masa. Bagi mengelakkan platform runtuh kot. Tapi hari tu, aku tengok satu platform tu boleh je ade 4 orang. Huhuhu.


Alolololo...Macam siksa sangat je tu sis..


Allahu..melendut tali flying fox tu. Hahaha..





Haruslah bergambar kat papan tanda Extreme Challenge level ni.


Alhamdulillah, berjaya mengharungi semua cabaran tanpa ada sebarang masalah atau pun kecederaan. Cuma bila balik rumah tu, malamnya mula lah lengan bahu lenguh. Sakit weeiii..Rasa nak pulas je lengan aku tu. Hohoho..

By the way, memang satu aktiviti lasak yang menyeronokkan. In sha Allah, next time nak pergi Escape Penang pulak. Katanya lagi best...Hehehe

Friday, 22 February 2019

Misteri Dilaila ada 2 ending????

Perghh, apa yang tengah kecoh sangat kat laman sosial sekarang ni korang??? 

Elehh, aku dah tahu dari last week lagi. Hahaha. Ni semua pasal filem terbaru arahan Syafiq Yusof lah. Yang bertajuk Misteri Laila. Filem ni kecoh sebab dikatakan mempunyai 2 ending yang berbeza. Fuhh!! Bukan biasher..biasher ni. Hahaha. Aku tahu awal dah sebab aku dah baca review filem ni kat blog Hanshanis. Dia dah buat review untuk kedua-dua versi ni pun. 


Dalam blog bro ni ada jugak dia bagi hint macam mane kita nak tahu yang sedang kita tonton tu versi 1 atau pun versi 2. Aku sendiri pun belum tengok cerita ni lagi. So, tak tahu nak komen ape.

Filem dibintangi oleh Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri, Dato Rosyam Nor dan Namron ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth Tan) yang bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser. Ketika menginap di banglo tersebut, Jefri telah diganggu kejadian aneh. Tiba-tiba isterinya menghilangkan diri. Hasil bantuan Imam Aziz (Namron), isterinya berjaya ditemukan semula namun Jefri terkejut apabila wanita yang muncul itu bukan isterinya.

Pulak dah!!! Boleh tak ingat rupa isteri pulak ye. Hehehe. 

Adakah strategi Syafiq Yusof dengan menampilkan dua versi Misteri Dilaila ini menarik minat kaki wayang diluar sana tu? Kita tengok nanti kutipan yang berjaya dikumpul oleh filem ini.

Dan aku sendiri??? Macam tertarik nak tengok filem ni. Hurmm!! Nanti aku ajaklah budak-budak ni Rabu depan. So, bila dah dua ending ni kenelah tengok dua kali kan??? Hurmm, pandai produksi. Suruh kami keluar duit. Hahaha...Nak tunggu keluar Youtube atau Astro First sah-sahlah lambat lagi ni. Ntah-ntah tak keluar pun. Hohoho..

Korang, kalau ade yang dah tengok share lah komen korang kat aku ea.. Hehehe..

Review Novel: Anding Ayangan

Novel: Anding Ayangan

Penulis: Ramlee Awang Mursyid

Rate: 9/10

Tarikh Pembacaan: 18 Feb - 21 Feb 2019

Sinopsis Kulit Belakang:


Review Cik CT:

Actually, aku dah lama habis baca novel Anding Ayangan I. Rasanya tahun lepas lagi. Ke dua tahun yang lepas? Aku dah tak ingat dah. Nak dijadikan ceritanya, novel ni ada sambungannya iaitu Anding Ayangan II. Novel terbaru karya Tuan Ramlee Awang Mursyid selepas Kasyaf Ain. Novel ke-30 yang dinukilankan oleh beliau yang sememangnya terkenal dengan penulisan-penulisan thriller. 

Semestinya aku mempunyai semua koleksi novel-novel beliau. Hahaha..

Berbalik semula pada novel sambungan Anding Ayangan ini, aku beli novel ni di Jualan Gudang Karangkraf yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam pada hari Ahad yang lepas. Aku pergi bersama-sama dengan Mirrah. Memang rambang mata dibuatnya. Ada novel yang berharga RM1, RM2, RM5 dan juga diskaun sehingga 50% untuk setiap novel. Habis jugak lah duit aku RM50 beli novel-novel tu. Penuh bakul. Mujur tak gaji jer. Kalau gaji tak tahu lah apa yang akan jadi. Hahaha.

Salah satu novel yang aku beli ialah sambungan novel Anding Ayangan yang bertajuk Anding Ayangan II. Actually, aku nak start bace novel ini. Tapi bila mengenangkan aku dah lupa sangat plot cerita dan watak-watak dalam novel sebelumnya, aku mengambil keputusan untuk repeat baca Anding Ayangan yang pertama dulu. So, malam semalam baru habis baca. Untuk start baca novel Anding Ayangan II, pembaca dikehendakki fokus dengan jalan cerita yang sepertinya diterbalikkan. Jadinya, aku perlu lah tahu siapa Furqan Ayyubi, siapa Nyian, siapa Raja Tabakbauta', Chahaya, Damit dan lain-lain watak lagi. Barulah aku boleh faham bila baca Anding Ayangan II nanti. Walaupun Hanis kata aku tak perlu pun repeat baca Anding Ayangan I, tapi aku tetap jugak nak baca. Hahaha..

Pandangan aku terhadap novel Anding Ayangan I ini, novel ini sangat best dan terbaiklah. Aku kagum giler dengan insan yang bernama Ramlee Awang Mursyid ni, macam mana lah dia boleh menggarap dengan baik dan real novel ini. Pendek kata semua karya-karya beliau lahh. Mana datangnya idea yang mencurah-curah untuk menghasilkan karya yang superb ni. 

Anding Ayangan, sebuah dongeng yang akhirnya terkeluar ke dunia nyata. Pencerita dongengnya adalah Nyian, seorang lelaki "keliru" yang ditemui terapung di Sungai Papar. Ingatan masa silam semuanya lenyap. Tapi bila bercerita tentang dongeng Anding Ayangan kelihatan beliau bersungguh-sungguh sehingga menghayati setiap watak dalam dongeng itu. Pada mulanya, aku rasa mungkinlah Nyian salah seorang watak dalam dongeng itu yang terkeluar ke alam realiti. Mungkin Betatar, mungkin jugak Raja Suir. Tapi tidak lah pulak. Huhuhu. 

Dipenghujung cerita, Furqan Ayyubi termasuk ke dunia nyata, Damit dan Nyian masuk pulak ke dunia dongeng Anding Ayangan tu. Kesinambungannya tentu sajalah di teruskan dalam Anding Ayangan II kan. 

Anding akhirnya berjaya dimusnahkan kerana terdapatnya seorang munafik yang menghasut mereka untuk melupakan Allah. Diceritakan betapa bahayanya seorang munafik dikalangan masyarakat. Jalan cerita novel ini agak berbelit. So, kefokusan sangatlah diperlukan untuk aku faham apa yang cuba disampaikan. Kalau korang rasa tengah terganggu ke, sedih putus cinta ke, baik tak payah baca novel ni. Nanti korang tak faham dan pening. Hahaha. Aku kadang-kadang pun confuse, ehh ni sape, tahun bila pulak ni. Tak pasal-pasal kene selak balik helaian yang sebelumnya tu. Hahaha..

Tak sabar aku nak baca Anding Ayangan II. Bila Furqan Ayyubi tercampak ke dunia realiti, aku teringat pada watak Laksamana Sunan aka Saifuddin. Dia pun tercampak ke dunia yang nyata dan meneruskan perjuangan dia menentang kejahatan.

Bila aku nak start baca ni???? Hurmm...Malam ni tak boleh nak start lagi. Mirrah ajak aku ngan Intan p Sri Pentas tengok rakaman I Can See your Voice Malaysia Musim ke-2. Esok pulak kitorang pergi main Skytrex Shah Alam then pergi kenduri Syah kat Banting. So, bilenye?? Mungkin hari Ahad ni lah kot. Eeee!! Tak sabar nak baca. Hahaha


Anding Ayangan II

Thursday, 21 February 2019

Seniman Run 2.0 - 16 Feb 2019 -

Hi korang semua!!!

Lama aku tak update entri baru. Kali ni aku nak update entri xtvt larian aku pulak. Kan aku pernah tulis, yang aku nak join sekurang-kurangnya satu larian untuk setiap bulan. So, untuk larian bulan Feb aku join Seniman Run 2.0 yang dianjurkan oleh Persatuan Seniman yang bertempat di Dataran Merdeka pada hari Sabtu yang lepas.


Larian kali ini hanya aku dan Syuhada je yang join. Kawan-kawan aku yang lain tak dapat nak join. Tak pe lah. Dua orang pun dua orang lah. Macam tak biasakan. Lama dah aku register larian seniman ni. Tak silapnye, aku register pada akhir tahun yang lepas dengan harga RM70 untuk jarak larian 10KM. 1st 10KM untuk tahun 2019 ini. Hehehe. Last aku buat 10KM adalah pada tahun 2017, masa tu aku join larian The Performance Series kat Setia City Shah Alam. Tak silap aku dapat buat 1 jam 28 minit 9 saat. Pace larian aku dah tak ingat dah. Itu lah satu-satunya larian 10KM aku.


 10KM DONE


Melompat tinggi bila berjaya tamatkan larian

Ehh, tak lah.. kan aku dah buat lebih kurang 13KM larian untuk Penang Bridge International Marathon last year. Hahaha. Alaa, yang tak dan nak buat sampai 21KM tu. Hohoho. So, tahun 2019 ni aku start 10KM untuk larian Seniman 2.0 lah. Race kit hari tu amik kat Kompleks Sukan Olimpik kat Jalan Hang Jebat, KL. Naik MRT jer dengan Uji hari tu. Dalam race pack dapat bip no. dengan baju running je wei. Baucer ape pun semua tak ade. huhuhu. Padahal mahal jugak tu bayar. Takperlah, event larian charity kan.

So, pada hari yang dijanjikan...aku gerak dari rumah agak lewat untuk ke LRT Taipan. AKu terlajak tidur. Alih-alih dah pukul 5.55 pagi. Kelam kelibut aku mandi dan bersiap. Perjalanan LRT dari Taipan nak ke Masjid Jamek ambil masa lebih kurang 45 minit. Flag off untuk 10KM pada pukul 7 pagi. Huhuhu. Sempat ke ni???  Alhamdulillah, sempat jugak sampai di starting line. Sempat lah jugak buat sedikit regangan sebelum nak berlari tu. Peserta dah ramai dah berkumpul. Lautan kuning semuanya. Flag off untuk 5KM pada pukul 7.15 pagi. So, memang penuhlah starting line tu dengan peserta 5KM. Adda aku dah tak jumpa dah. Dia dah kehadapan dulu.

Lepas je acara perasmian, kitorang dilepaskan. Startlah aku berlari. Prestasi aku sangat baik pagi itu. Ikut pada perkiraan apps Strava aku, aku buat 5KM pertama dalam masa hanya 30 minit jer. Satu prestasi yang membanggakan jugaklah. Sebab biasanya aku berlari 5KM tu dah ambil masa hampir sejam. Hahaha. Tapi sayangnya di 5KM kedua. Aku dah semput sempat kebanyakan route Seniman Run 2.0 berbukit. Huhu. Memang tak lah aku nak berlari kan. Tertinggal punggung dibelakang. Tapi bila je ade route menuruni bukit, apalagi berlari lah aku.


Sikit jer lagi ni.

Alhamdulillah, aku berjaya jugak tamatkan larian 10KM dalam masa 1 jam 37 minit 15 saat pada ranking keseluruhan 588.


Boleh tahanlah kan..Hehehe..


Medal 10KM Seniman Run 2.0


Oh ya!! Kali ni aku berlari dengan kasut baru.


We did it!!!

Semua orang ingat bila larian anjuran persatuan seniman ni akan banyak artis-artis yang join kan?? Tak pun!! Yang ada presiden seniman tu lah, Zed Zaidi. Membesar dengan jayanya die ye. Hehehe. Mayb adelah jugak artis lain tapi aku tak kenal sangat kot. Ingat rupa tapi aku tak tahu nama-nama dorang. Yang aku kenal cuma Fasha Sanda dan tunangnya tu, Aidil Aziz kalau tak silap namanya. 

Tak terasa pulak nak ambil gambar dengan dia. Hahaha. Sebab aku pun dah penat kot. Dengan laparnya lagi. Dengan rasa ngantoknya lagi. Tapi memang best lah hari tu. Dapat keluarkan peluh, dapat jalan-jalan tengok sekitar KL. Baru lah tahu ooh, kat sini ke Tugu Negara, ooh, kat sini ke Padang Merbok, oohh, kat sini ke jalan nak ke Bukit Tunku. Ohhh, Kat sini ke Quill City Mall. Biasa aku buat 5KM jer. Mana nak jumpa semuanya tu.


Teringin nak bergambo kat sini tapi teman segan..Hikhikhik


Plaza Tugu Negara

Lepas je habis event tu, aku dan Adda p lah berjalan area dataran tu. Kitorang singgat sat kat Countdown Clock  Ade aku bace details pasal Countdown Clock ni tapi aku dah lupa dah. Hahaha.


Kita boleh masuk kat dalam tu. Orang kata masuk situ cantik kalau waktu malam. Lampunya berwarna-warni. Dah pergi siang nak nampak apanye!!!


Waktu Operasi Jam Detik


Dalam perjalanan nak balik semula ke Masjid Jamek, kitorang ditegur oleh seorang pakcik ni. Pakcik ni mintak kitorang belas ihsan duit barang seringgit dua. Katanya nak buat makan. Datang dari jauh ke KL nak mencari kerja. Aku dan Adda menghulurkan bantuan seikhlas mungkin untuk pakcik tu dan mendoakan moga pakcik tu dapat kerja di KL ni. Pada mulanya takut-takut gak kitorang bila tiba-tiba ditegur macam tu. Iyer lah, risau buatnya dipukaunye kitorang berdua ni. Nyaya jer. Tapi, bila nampak pakcik tu wajahnya sedih jer, aku jadi kasihan. Nampak di wajah pakcik itu, betapa gembiranya dia menerima wang yang kami berikan pada dia. Gembira kitorang melihatnya. Tak henti-henti dia mengucapkan terima kasih pada kami berdua.

Selepas pakcik tu pergi kitorang berdua duk bersantai di kerusi berhadapan dengan Masjid...(alamak, lupa pulak nama masjid yang ada kat LRT Masjid Jamek tu)


Tiba-tiba, kami didatangi semula oleh pakcik yang kami berikan wang tadi. Dia bagitahu, dia dah dapat kerja dah. Katanya, mungkin dia akan bawa teksi. Pakcik tu mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada kitorang berdua. Gembiranya rasa hati aku ni bila dapat bantu orang yang dalam kesusahan. Dan aku mendoakan agar pakcik itu sentiasa sihat dalam menjalankan tugasnya mencari rezeki yang halal. Aminn...

Kitorang berdua menuju pulak ke KFC untuk mengisi perut yang tengah berbunyi. Aku just order Curry Rice Bowl manakala Adda order Signature Box kalau tak silap aku lah. Kitorang makan di bahagian atas KFC. Tak ramai pun orang. Tengah-tengah makan tetiba datang seorang lelaki yang aku kira kurang siuman ke tempat kami. Weiii, aku dah cuak dah ni. Dia nampak macam tak betul. Macam gaya orang hisap gam pun iye jugak. Dia datang ke meja kami dan berkata dalam bahasa yang tak aku dan Adda faham. Kitorang dah cuak dah. Apasal ni kan??? Dan tak semena-mena dia pergi ambilnya air teh ais aku dan dituangnya air tu ke dalam cawan pelanggan di meja hadapan kitorang. Wajah chinese girl tu nampak ketat dan takut. Cepat-cepat dia bangun dan beralih tempat. Mujur jugak air dia dah habis diminum. 

Lelaki kurang siuman tu datang lagi ke meja kami berdua. Masih lagi bercakap dalam bahasa yang langsung kitorang tak faham. Tak semena-mena lagi sekali, dicapainya pulak ayam goreng Adda. Kesian Adda. Dah lah orang tu lapar sebab baru lepas berlari. Ayam goreng pulak dirembat. Sadis sungguh!!! 

Mujur jugak kitorang tak letak barang-barang berharga atas meja tu. Aku dah start bengang dah. Tak ada sesiapa yang cuba nak menghalau lelaki kurang siuman tu. Aku cakap dengan Adda, jom lah adda turun bawah, kita bagitahu staff KFC ni. Aku masa tu memang dah tak lalu nak makan. 

Finally, lelaki kurang siuman tu dihalau keluar dari premis KFC tu. Kitorang berdua makan je kat area bawah KFC, merasakan kat situ lagi selamat kalau terjadi apa-apa. Hahaha. Aku tak kisah sangat kalau orang tu lapar dan nak mintak makanan dari kitorang. Tapi kalau gaya meminta pun macam dah menakutkan dan menggumam dalam bahasa yang dia sendiri je faham, aku jadi lagi takutlah. Sorang kakak tu yang juga pelanggan KFC kat situ bagitahu, kat area Masjid Jamek tu memang ramai je orang giler dik. Itu apa yang akk tu cakaplah. hisshh!!! Seriau pulak aku.

Lepas makan tu, aku dan Adda berpisah nak balik ke rumah masing-masing pulak. Aku balik semula ke USJ dan Adda balik ke Gombak. 

Satu pengalaman yang pertama kali aku lalui bertemu dengan orang kurang siuman. Huhuhu. Dan juga satu pengalaman berlari yang menyeronokkan. 

Next running aku pada bulan hadapan, bulan Mac iaitu Doctor Run. Hehehe...


I managed to run 10KM 

Hisshh, lori DBKL pun nak enterframe jugak



We did it!! My Running Buddie, Adda


Haila, gini ke gaya aku amik gambo.. Hahaha


Seniman Run 2019


Jumpe di Doctor Run, Adda!!






Sunday, 17 February 2019

Winter Virtual Run

Yeehaa!!! Satu lagi medal virtual run aku dah sampai.


Santek tak chuollss?? Santek kan!!! Yang ni aku buat 5KM. Gigih jugaklah aku nak ngabiskan. Sehari sebelum tarikh tutup hantar result barulah aku berlari. Berlari walking kat taman biasa tu jer. Mane lagi tempat aku kalau nak berlari. hahaha..

Mulanya aku memang dah malas nak buat dah. Tapi bila pikir aku dah bayar, takkan aku nak bazirkan duit yang dah aku keluarkan tu kan. So nak tak nak kenelah jugak aku berlari. And finally, I got it. 5 KM I did it!! Medal also got it!! Syabasss Beteyy!!! Hahaha.. 

Hari tu aku buat 5KM dalam masa 58 minit. okay lah kan. Lagi satu larian walking ni jugak salah satu training aku untuk 10 KM Seniman Run 2.0 yang dah aku setelkan Sabtu baru-baru ni. Agak-agak macam mana prestasi larian aku untuk 10KM tu?? 5KM ni pun aku amik masa hampir sejam untuk tamatkan larian, inikan pulak 10KM kan. hehehe.. Story pasal Seniman Run 2.0 akan aku storykan pada entri yang lain key!!!

Next virtual run~~ Blast Off Run...

Review Novel: Aku Keliru

Novel: Aku Keliru

Penulis: Nurul Syahida

Rate: 1/10

Tarikh Pembacaan: Sebulan Yang Lepas Sehinggalah Kini..........



Teori dan praktikal dalam hubungan adalah dua benda yang berbeza

Sinopsis Kulit Belakang: Tak dan nak tahu...Hahaha..
.
.
.
.
Review Cik CT:

Aku sememangnya sejenis ulat buku yang akan tamatkan setiap pembacaan aku. Tak kisahlah jenis buku yang macam mana pun.

Namun, tidak untuk novel ini. Sehingga ke hari ini aku tak habis baca pun novel ni chuollss. Bagi aku, novel ini gagal menarik minat dan perhatian aku untuk meneruskan pembacaan sehingga ke penamat. Tersangat-sangatlah membosankan dan tak menarik langsung bagi aku. Rase menyesal pulak beli. Mujur juga RM2 je beli. Hahaha.

Ayat yang terlampau meleret dan panjang juga antara sebab utama aku gagal habiskan baca novel ini. Seriously tak leh nak go on beb. Mirrah pun kate novel ni tak best. Dia skip banyak part dalam novel ni. Aku jenis yang malas nak skip pembacaan mahupun drama yang aku tonton. Daripada skip, baik aku habiskan baca semuanya. Hahaha. Dah alang-alang tak nak baca baik tak payah baca. Kan!!!!

It's okay, la ni aku dah ada banyak giler stok novel. Karangkraf tengah buat sales chuolsss!!!! Murah-murah gilosss...aku daripada nak sekadar cuci mata je, habis rabak wallet aku wei.. Hahaha...it's okay!!! Bab novel aku memang tak berkira selain dari bab makan. Yang penting aku happy.

Aku harap novel-novel yang banyak aku borong ni sumenye best-bestlah kan. Untuk penulis novel Aku Keliru, sorry..novel anda tak berjaya buat Siti Faiross Shariff teruja. Maaf!!!!

Thursday, 7 February 2019

Virtual Run 2019 : Run To The Moon

yeehaa!!! Medal Run To The Moon dah sampai dah. Sampai pagi tadi benonye, tapi pelik awat tak de sape panggil aku. Rupe-rupenye uncle Bala yang ambil dan simpankan untuk aku. Dia ingat aku tak datang opis hari ni.


Comel je medal nye. Ade 3 koleksi medal untuk dikumpul sebenarnya. Run To The Moon salah satunya. Fee cume RM35. Penghantaran adalah percuma dan aku dapat jugak sticker dan keychain. Hari tu aku join 3KM jer. Berjaya buat dalam masa 29 minit. Aku buat sebelum nak balik raya cina hari tu. Aku berlari kat taman hutan bandar ni jer.

Next virtual run aku Winter virtual run. Tapi buat 5KM sebelum 12 Feb ni. Esok atau weekend ni aku kene tamatkan larian. Aku sekarang rajin sokmo join virtual run ni. Heehhehe...Okay lah, pembakar semangat katenye.






Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...