Monday, 11 March 2013

Manu Suka-Suka (part 1)

BAB 1
Suasana rumah banglo dua tingkat itu riuh dengan suara kanak-kanak yang sedang riang gembira menantikan acara yang paling ditunggu-tunggu apabila menyambut hari lahir iaitu acara memotong kek. Tetapi, perasaan itu tidak timbul langsung dalam diri seorang gadis pintar yang comel dengan gaun putih itu. Hatinya sedih kerana insan yang ditunggu-tunggu tidak ternampak langsung akan kelibatnya. Puas sudah dia menunggu di depan pintu pagar rumah banglo itu menunggu insan yang paling disayanginya. Panggilan daripada rakan-rakan yang hadir langsung tidak diendahkan.
Kelihatannya seorang wanita dalam lingkungan 50-an, perlahan-lahan menapak menuju ke arah gadis pintar dan comel yang sedang resah menanti di depan pagar.
“Dian....Dian buat ape kat sini? Masuklah, kawan-kawan Dian semua tunggu Dian kat dalam tu. Meh, kita masuk sayang!” ujar wanita tua itu dengan lembutnya.
Namun, gadis yang dipanggil Dian itu langsung tidak menghiraukan ujaran wanita tua itu. Dia hanya menggelengkan kepalanya perlahan.
“Dian, mungkin papa lambat sikit kot balik. Dia ada hal lah tu...Kita tunggu papa kat dalam ye. Sini panaslah sayang.” Ujar wanita tua itu lagi sambil matanya memandang ke langit yang sedang menyinarkan cahaya matahari yang terik.
“Dian nak tunggu papa kat sini Wan. Sampai hati papa lewat balik rumah. Papa tak tahu ke hari ni hari apa. Hari ni kan birthday Dian...” ujar gadis pintar dan comel itu sayu.
Sedih hatinya apabila insan yang ditunggu-tunggu untuk sama-sama meraikan hari lahirnya yang ke-11 tidak bersamanya. Papanya terlalu sibuk dengan urusannya di pejabat.
“Jangan cakap macam tu sayang. Kejap lagi papa baliklah tu. Papa ada hal yang perlu diselesaikan. Dian anak yang baik kan. Dian kena sabar. Papa tak lupa hari lahir Dian.” Pujuk wanita tua itu lembut dengan senyuman yang cukup manis.
Kasihan pula dia melihat cucunya itu menantikan kepulangan papanya. Manalah pulak perginya papa Dian ni.
“Kita masuk dulu ye Dian. Tak baik tinggalkan kawan-kawan Dian kat dalam tu. Kawan-kawan semua tunggu Dian tau.” Ujar wanita tua itu lagi dan memegang tangan gadis comel itu masuk ke dalam rumah.
Tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah banglo dua tingkat itu. Lantas, gadis comel itu menoleh ke belakang. Senyuman gembira jelas terukir di bibir mongelnya. Wanita tua itu juga menoleh ke arah yang sama.
“Anak papa sayang...Lama tunggu papa? I’m sorry sayang. Papa ada hal sikit kat pejabat tadi.” Ujar seorang lelaki kacak yang segak berpakaian kemeja keluar dari kereta menuju kearah gadis comel itu sambil tangan sebelahnya memeluk sebuah anak patung ‘teady bear’ yang besar.
Gadis pintar yang comel itu dengan riang meluru laju ke arah lelaki itu dan memeluknya erat.
“Mana papa pergi ni? Lama Dian tunggu papa tau. Dian ingat papa dah lupa hari lahir Dian.” Petah gadis comel itu berkata kepada papanya.
“Eh, mana boleh papa lupa hari lahir puteri papa ni. Dah, yok kita masuk dalam potong kek. Mesti kawan-kawan Dian semua dah tunggu.” Kata lelaki itu kepada anaknya yang comel dan pintar itu.
Gadis comel dan pintar itu menganggukkan kepalanya gembira. Akhirnya, mereka berdua sama-sama masuk ke dalam rumah dan meneruskan majlis hari jadi yang tergendala sebentar tadi.

BAB 2
Gadis pintar dan comel itu di beri nama Dian Adrianna Bt Luqman Hakimi. Berumur dalam lingkungan sebelas tahun. Seorang anak gadis yang comel, riang dan petah dalam berkata-kata. Menjadi penawar dan penyeri dalam keluarganya. Amat disayangi oleh papa dan neneknya. Namun, di dalam keriangan dan kelincahannya, gadis pintar dan comel yang dipanggil Dian itu sebenarnya tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu.
Dian hanya dilimpahkan kasih sayang daripada papa tersayangnya, Luqman Hakimi dan nenek kesayangannya yang di panggil Wan iaitu Puan Salina. Mamanya, Arina Natasya meninggal dunia ketika melahirkan Dian. Namun, kasih sayang yang diberikan oleh papa dan neneknya tidak berbelah bahagi. Dian ditatang bagaikan minyak yang penuh. Disayangi dengan penuh kasih sayang.
Majlis hari jadi Dian di sambut dengan meriah sekali walaupun terlewat beberapa minit disebabkan kelewatan Luqman pulang ke rumah. Banyak hadiah-hadiah yang diterima oleh Dian daripada kawan-kawannya yang datang. Tidak lupa juga hadiah daripada neneknya dan juga ‘teady bear’ besar pemberian papanya. Dian berasa amat gembira sekali.
Dian keseorangan di dalam bilik tidurnya bersama-sama dengan hadiah yang diterimanya tadi. Namun, ada lagi satu hadiah istimewa yang ditunggu-tunggu olehnya. Iaitu hadiah daripada mamanya. Lantas, Dian mencapai sebuah kotak yang berbentuk segiempat tepat yang berbalut kemas. Dian membuka pembalut kotak itu dengan berhati-hati.
Dengan cermat Dian membuka penutup kotak itu. Terserlahlah di dalamnya sepucuk surat yang berwarna biru. Itulah surat yang ditunggu oleh Dian. Surat yang kelima daripada mamanya. Selalunya setiap kali sambutan hari lahirnya, surat pemberian mamanya akan dibacakan oleh papanya. Dian mengetahui hal-hal mengenai mamanya melalui surat-surat itu. Dian dapat merasakan mamanya berada di sisi setiap kali dia membaca surat-surat itu semua.
Dan surat kelima ini adalah surat yang terakhir daripada mamanya. Dian ingin membacanya sendiri. Di dalam kotak itu juga ada disertakan tiga keping gambar iaitu gambar papanya, gambar mamanya dan juga gambar seorang wanita.
“Siapa perempuan ni ye?” desis hati Dian.
Dian pelik melihat gambar wanita itu. Dian tidak mengenalinya.
“Kawan mama dengan papa agaknya ni.” ujar Dian perlahan.
“Baik Dian baca je surat yang mama tulis ni. Mungkin Dian akan dapat sesuatu daripada isi surat ni.” ujar Dian lagi.
Dian meletakkan ketiga-tiga gambar itu disisinya. Dengan lafaz Bismillah, Dian memulakan pembacaannya.


BAB 3
            “Luq, kita nak pegi mana ni? Kelas Encik Nordin dah nak start ni Luq. Kau jangan buat gile Luq.” Ujar Dian Atiqah cemas.
            Gerun dia apabila mendengarkan nama pensyarah komputernya itu. Seorang yang tidak bertimbang rasa langsung. Datang lewat seminit pun tak dibenarkan masuk ke dalam kelas langsung. Tak patut betullah. Selalunya, Luq dan Dianlah yang memang kena dengan dia. Bukan apa pun. Semuanya sebab mereka berdua juga. Yang pergi merayap lagi masa kelas nak mula apa pasal.
            “Eh, kau ni. Boleh diam tak Dian. Kau ikut aje lah. Hari ni kita nak buat plan baik punya.” Sengih Luq pada Dian. Mereka laju berlari ke arah bilik dekan.
            “Wei Luq..kau nak buat apa kat bilik dekan ni wei? Gila kau nak buat dajal dengan orang tua ni. Kalau dia dapat tahu mampus kita Luq.” Ujar Dian lagi terperanjat apabila Luq dengan selamber badaknya masuk ke dalam bilik dekat fakulti mereka itu.
            “Wei, mana kau dapat kunci bilik Encik Rahim ni Luq?” tanya Dian terperanjat. Terkejut dia kerana dengan sewenang-wenangnya si Luq ni membuka pintu bilik Encik Rahim.
            “Hahaha...itulah kau. Engkau tak tahu Dian. Aku ni kan genius lagikan geliga otak. Aku rembatlah kunci bilik Encik Rahim ni masa dia tak ada kat dalam bilik dia hari tu. Lepas tu, aku buatlah kunci pendua dia. Amacam? Bijak tak aku?” tanya Luq lagi sambil tersengih menayangkan giginya yang putih itu.
            “Hahaha...gilerlah kau Luq. Kau ni memang geniuslah. Otak kau tu kan boleh buat batu cincin daaa..” lawak Dian pula sambil menepuk kuat bahu sahabat baiknya itu.
            “Tengok kakilah beb..Weh, yok kita masuk cepat. Kita teruskan plan kita tu. Lepas ni aku confirmlah Encik Rahim akan menjerit satu fakulti ni..Hahaha..” gelak Luq jahat apabila terbayangkan aksi manja yang akan dilakukan oleh dekan mereka yang lembut itu disebabkan kedajalan makhluk dua orang ni.
            Petang itu dibilik dekan.......
“Luqman!!!!!!!!!Dian!!!!!!!!!”
            Suasana fakulti digamatkan dengan suara nyaring dekan mereka, Encik Rahim. Semua pelajar-pelajar dan pensyarah-pensayarah yang ada disitu terperanjat mendengarkan jeritan nyaring seumpama petir dilangit itu. Hanya Luqman dan Dian sahaja yang sudah tersengih panjang memandang sesama sendiri.
            Di dalam bilik dekan pula...
            “Ni mesti kerja budak dua orang ni..Eeee, geramnya saya. Raihana, awak panggil budak dua ekor ni masuk bilik saya sekarang juga.” Arah Encik Rahim tegas. Hilanglah pula kelembutannya.
            Luq dan Dian menundukkan wajah masing-masing. Tetapi di dalam hati bagai nak rak cuba menahan ketawa dari keluar.
            “Apa yang awak berdua buat ni ha? Awak berdua tahu tak kesalahan yang awak lakukan ni besar? Mendajalkan dekan. Awak berdua boleh digantung kuliah tau tak.” nyaring suara Encik Rahim memarahi Luq dan Dian.
            “Awak berdua ni memang tau. Saja je nak kenakan saya ye. Berani awak letak gam gajah ni atas kerusi empuk saya ni. Punyalah payah saya nak bangun tadi. Apa nak jadi kamu berdua ni ha?” kata Encik Rahim garang sambil menunjukkan kerusi empuknya yang sudah dipenuhi dengan gam gajah angkara Luq dan Dian.
Hilanglah pula kelembutan Encik Rahim ni. Nampak garanglah pulak. Memang marah betul ni. Dian dan Luqman hanya tersengih menampakkan barisan gigi mereka yang putih dan bersih itu. Dah macam buat iklan ubat gigi pula budak dua orang ni.
“Saya nak tanya ni...siapa punya kerja semua ni?” tanya Encik Rahim geram.
“Dian, prof...”
“Luq, prof...”
Dian dan Luq masing-masing menudingkan jari ke arah yang berlawanan. Dian tuding jari pada Luq. Luq pula tuding jari pada Dian. Masing-masing tak mahu mengaku salah.
“Eh..eh..kau yang buat semua ni  ye Luq...Bukan aku ye...” ujar Dian mempertahankan dirinya.
“Banyak kau punya cantik Dian. Kau pun sama gak ea Dian. Kau pun terlibat sekali ye.” Ujar Luq pula tak puas hati.
Masing-masing sudah bertolak bahu tak nak mengalah.
“Dah..dah...cukup tu. Saya tak mahu dengar apa-apa alasan lagi. Dua-dua salah. So, sebagai hukumannya saya nak awak berdua bersihkan kawasan fakulti kita ni. Selama seminggu. Kira awak berdua ditugaskan untuk melakukan kerja amal. Okey? Ada sebarang bantahan? Kalau ada bantahan pun ada saya kisah...” ujar Encik Rahim sambil tersenyum sinis memandang mereka berdua.
Eh..eh..dekan diorang ni buat lawak pula. Macam tak seriuslah pula dia ni. Dekan diorang  memang macam tu.
Dian dan Luq memandang sesama sendiri. Ala, setakat nak pastikan kawasan fakulti ni bersih je, apa ada hal. Kacang sangat kerja tu. Tak mencabar langsung. Sememangnya fakulti mereka ni  memang diantara fakulti yang paling bersih dan cantik dalam universiti ni.
Dian dan Luq masing-masing sudah tersengih lebar.
“Hehehe...no hal Prof. Kerja senang je ni. Don’t worry. Kami akan pastikan fakulti kita ni sentiasa bersih dan cantik.” Janji Luq sambil mengangkat tiga jari belakangnya menandakan ‘tak de hal lah’. Dian di sebelahnya pula sudah tersengih macam kerang busuk. Sama je dorang berdua ni.
Satu fakulti sudah sedia maklum dengan perangai giler-giler dua sahabat dunia akhirat ni. Sebut je apa plan nakal dan jahat yang diorang berdua tak pernah buat. Dari makcik cleaner sampailah ke dekan habis dorang berdua buat bahan. Asyik nak mengenakan orang je.
Tetapi disebabkan kedajalan dan kenakalan diorang berdua nilah, fakulti seni bina tidak lekang langsung dengan keriuhan dan kegembiraan. Fakulti ini adalah antara falkuti yang paling meriah dan ceria disebabkan adanya makhluk dua orang ni. Hehehe..
Walaupun perangai si Luq dan Dian ni kadang-kadang buat semua kawan-kawan, pensyarah-pensyarah pening kepala, tapi mereka merupakan top student di fakulti itu. Otak bijak dan bergeliga. Mereka berdua juga memegang jawatan yang tinggi di dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa. Aktif dalam kokurikulum. Pendek kata, mereka berdua ni memang ‘versatile’lah. Semua benda boleh buat. Sampaikan fakulti-falkuti lain gerun dengan mereka berdua ni.
Kira Luq dan Dian ni anak emas falkutilah. Sebab tu dekan pun bagi hukuman yang ringan-ringan aje. Sebab Encik Rahim tahu budak dua orang ni bukan jenis orang yang makan saman pun. Hari ni dah kena denda, tapi esok buat balik. Alahai............
Begitulah peel dua sahabat baik ni......

BAB 4
Kemunculan seorang gadis comel berbaju kurung moden hijau, berikat rambut ekor kuda menarik perhatian pelajar-pelajar lelaki di fakulti itu. Mata masing-masing tidak mahu berkelip dari terus memandang makhluk ciptaan Tuhan itu.
Gadis comel lote itu dengan penuh lemah lembutnya dan sopan berjalan di hadapan sekumpulan pelajar lelaki itu yang sedang berbual-bual. Sempat lagi gadis comel itu melemparkan seukir senyuman umpama madu kepada mereka. Apalagi, lemah longlailah kepala lutut kaum-kaum Adam tu menerima hadiah senyuman dari gadis yang cantik dan comel.
“Mak aii...anak siapalah ni ye? Comelnya dia...” ujar seorang dari kalangan mereka.
“Ishh, kalau jadi awek aku ni bahagia sungguh seh...Sumpah aku tak cari yang lain dah.” Ujar pula yang seorang lagi sambil tersengih-sengih.
“Bawak balik jumpa orang tua aku ni corfirm lepas buat menantu ni. Hahaha...” ujar yang seorang lagi pula.
Yang lain hanya tergelak kuat dan menganggukkan kepala mereka tanda bersetuju. Suasana sekitar menjadi riuh seketika dengan gelak ketawa pelajar-pelajar lelaki itu.
Gadis comel lote yang bernama Arina Natasya Amiruddin itu meneruskan langkah kakinya menuju ke bangunan pentadbiran fakulti seni bina untuk urusan pendaftaran. Senyuman kecil jelas terukir di bibirnya mengingatkan kembali kerenah pelajar-pelajar lelaki yang dilemparkan senyuman olehnya tadi. Dasar lelaki memang macam tu. Pantang tengok perempuan cantik dan lawa.
“Eh..eh..lawa ke aku ni?” desis hati Arina lagi sambil tersenyum.
“Lawalah. Kalau tak lawa kenapa mata budak-budak lelaki tadi tak nak lepas dari terus memandang aku kan.” Ujar Arina perlahan memuji diri sendiri.
Arina Natasya, namanya yang cantik itu memang secantik orangnya juga. Berkulit kuning langsat. Tinggi lampai orangnya. Berambut ikal mayang kalau dilepaskan. Sesiapa yang memandangnya pasti akan tertawan dengan keayuan dan kesopanannya. Bak kata pujangga Melayu, gadis Melayu ni memanglah teramat menawan. Hehehe...
Sedang Arina tersenyum keseorangan menaiki tangga menuju ke tingkat atas yang menempatkan pejabat pentadbiran fakulti itu, tiba-tiba bahunya seperti di tolak kasar oleh seseorang. Hampir sahaja dia mahu jatuh tergolek. Namun, di saat itu juga tangannya sempat dipegang oleh sepasang tangan lembut.
“Gilerlah kau ni Luq. Jalan tu tengoklah depan sikit. Tak pasal-pasal kan dah langgar orang. Buatnya jatuh tangga kan nyaya je.” Bebel Dian pada Luq yang sedang tersengih-sengih macam kerang busuk tu.
“Cik tak ada pape ke? Ada cedera kat mana-mana tak? Maaflah, member saya ni sewel sikit orangnya. Mata dia letak kat kepala lutut. Tu sebab jadi macam ni. Sorry ye cik..” ujar Dian laju sambil meneliti Arina kot-kot mana tahu ada yang tercedera.
Arina sudah tersenyum-senyum melihat aksi Dian yang asyik terpegang-pegang dia tu. Nasib baiklah perempuan. Kalau lelaki tadi dah lama kena back hand dengan Arina. Hampir sahaja dia terkejut melihat reaksi Dian tadi. Dah macam budak lelaki minah ni.
“Keletuk”
Luq meluku kepala Dian membuatkan Dian terus memegang kepalanya yang terasa sakit diluku oleh Luq.
“Wei..mangkuk!!” jerit Dian kuat.
Amboi, suara perempuan ni kalah suara orang lelaki. Kuat bukan main. Tak mustahillah Dian juga merupakan seorang komander dalam skuad Palapis universiti ini. Tak padan dengan budak perempuan minah sorang ni.
“Hahaha..Sedap tak? Apa rasa? Ada rasa asam pedas macam mama aku buat tak?” tanya Luq lagi sambil menekan perutnya menahan gelak.
Dian buat muka cencurut.
“Alololo...janganlah merajuk wei..Aku main-main aje lah. Tapi sesedap mulut kau je ea cakap aku mamat sewel. Tak sayang mulut betullah kau ni Dian.” Ujar Luq lagi sambil memeluk leher Dian dari belakang.
Dian terkapai-kapai mencari udara untuk bernafas. Kuat sangatlah pulak si Luq ni peluk.
Arina yang sedari tadi melihat kerenah dua sahabat di hadapannya ini hanya tersenyum manis. Nampak kasar betul diorang ni bergurau. Eh, ni bergurau ke bergaduh?
“Ehhm...saya tak ada apa-apa. Saya okey. Saya pun nak minta maaf kat awak berdua. Saya jalan tadi pun tak pandang depan. Sebab tu kita berlanggar.” Ujar Arina lagi sopan cuba meredakan suasana. Kasihan dia melihat Dian yang terkapai-kapai inginkan udara untuk bernafas. Ganas sungguh Luq ni bergurau.
Luq masih lagi memegang kejap leher Dian. Namun, kejapannya itu sekejap sahaja kerana terpersona mendengarkan kelunakan suara si Arina tadi.
Mengah Dian dibuatnya apabila Luq melepaskan kejapan di lehernya tadi.
“Bengong punya member. Lemas aku dibuatnya.” Bebel Dian di dalam hati sambil tangannya ligat mengemas kolar kemejanya yang renyuk angkara anak pakcik Radzi ni.
Luq pula sudah tersengih-sengih memandang Arina di hadapannya. Arina pula naik segan apabila dipandang sebegitu oleh lelaki di hadapannya itu. Mata mereka berdua bertatapan buat seketika. Masing-masing merasakan ada aliran elektrik mengalir di dalam badan mereka. Terasa seram sejuk pula. Mata mereka masih lagi terus bertatapan. Sepertinya hanya mereka berdua sahaja yang berada disitu tanpa gangguan sesiapa.
Tetapi, lamunan itu terhenti kerana terjahan dari minah tomboy yang seorang ni. Siapa lagi kalau bukan Dian....
“Wah, bukan main tenung kau yer Luq. Macam nak terkeluar biji mata tu aku tengok.” Ujar Dian mengejek pada Luq yang sudah memerah pipinya. Wajah Arina juga kemerah-merahan menahan malu.
Dian memalingkan mukanya ke arah Arina.
“Awak ni nak kemana sebenarnya?” tanya Dian kepada Arina. Rasanya mereka bertiga ni dah lama berdiri kat tepi tangga ni. Baru si Dian ni nak tanya Arina kemana nak pergi. Dian..Dian..
“Saya nak ke pejabat pentadbiran. Saya student baru kat fac ni.” terang Arina lagi pada Dian. Senyuman tak pernah lepas dari bibirnya.
Luq pula hanya mendengar. Terbuau dia mendengar suara Arina yang merdu itu.
“Oh, student baru ke? Masuk kelas Landscape 1 kan?” tanya Dian lagi.
            Memang dia tahu dari member-membernya yang lain, mereka akan menerima seoarang pelajar baru. Mungkin inilah pelajar baru tu kot.
            “A’ah, betullah tu..” ujar Arina gembira.
            Dian pun turut tersenyum. Luq yang berada di belakang mereka hanya mengekor sahaja. Aikk, diamlah pula mamat ni hari ni...
            Setelah segala urusan Arina selesai, mereka bertiga menuju ke kafetaria untuk makan tengah hari. Baik pula hati makhluk dua orang ni nak menunggu Arina menyelesaikan urusan pendaftarannya. Kiranya, sekarang ni Luq dan Dian akan jadi ‘tourist guide’ pada Arinalah. Lagipun budak dua orang ni tak ada kelas hari ini. Tu yang merayap je kojenye.
            Mereka mengambil tempat duduk masing-masing di kafe itu. Luq dan Dian pula duduk sebelah menyebelah. Arina pula duduk dihadapan mereka berdua.
            “Eh, kita tak tahu lagi nama masing-masing kan. Dah lama kita berbual-bual tapi nama masing-masing tak tahu lagi. Hehehe.” ujar Dian setelah mereka bertiga selesai memesan makanan.
            “Nama saya Dian Atiqah Adnan. Panggil aje Dian.” Mula Dian memperkenalkan dirinya.
            “Saya pula Arina Natasya Amiruddin. Panggil aje Rina.” Ujar Arina pula.
            Kemudian, mata masing-masing memandang Luq yang masih lagi berdiam diri. Masih memandang asyik wajah Arina.
            “Woi, Luq..Ya Allah, mamat ni. Udah-udahlah tu tenungnya.” Tegur Dian kuat membuatkan Luq tersentak. Apalagi tersengih macam kerang busuklah dia.
            “Okey Arina..Awak jangan layankan sangat peel si Luq ni. Buat pening kepala je. Okey, makhluk sewel depan awak ni namanya Luqman Hakimi Radzi.”
            Tapi belum sempat Dian menghabiskan ayatnya, Luq sudah masuk menyampuk.
            “Arina boleh panggil saya Luq..tak pun abang Luq je.” Sengih Luq menampakkan barisan giginya yang putih.
            “A’ah, panggil abang Luq Sewel.” Sampuk Dian sambil ketawa besar.
            “Keletuk...”
            Aduh, Dian kene luku lagi dengan Luq..
            “Lemak ea kau Dian....” ujar Luq sambil buat muka marah yang tak berapa nak menjadi.
            “Uwekkk..aku tak takut..” Dian pula menjelirkan lidahnya pada Luq.
            Arina ketawa kecil menlihat kerenah dua sahabat baru yang ada di hadapannya itu. Mereka nampak mesra dan rapat sangat.
            Dan bermula dari pertemuan itulah, Dian, Luq dan Arina menjadi sahabat baik. Ke mana sahaja mereka pergi, ketiga-tiganya mesti pergi sekali. Cuma Arina taklah seekstrem Dian dan Luq ni yang suka mengenakan orang. Seluruh fakulti menggelarkan mereka ‘three stooges’.
            Namun, mereka bertiga tidak tahu bahawa akan wujud satu konflik di antara mereka. Konflik yang bisa meretakkan hubungan persahabatan mereka lebih-lebih lagi persahabatan yang telah lama terjalin di antara Dian dan Luq.


BAB 5
            “Dian, mana Luq dengan Arina? Selalunya korang bertiga mesti berkepit je mamanjang. Hari ni awat kau seorang pulak?” tanya Fidah yang duduk di sebelahnya di kafe itu.
            Hari ini Dian makan tengah hari bersama dengan Fidah aje. Nasib baiklah juga ada Fidah yang sudi menemankan dia makan tengah hari. Kalau tak sorang-soranglah dia makan tengah hari hari ni.
            Nasi goreng yang baru hendak disua kemulutnya tidak jadi hendak di makan. Tiba-tiba seleranya hilang. Sejak kebelakangan ini, Dian perasan yang Luq dan Arina kalau ke mana-mana hanya mereka berdua sahaja. Ke kelas berdua, ke kafe berdua, kadang-kadang ke bandar pun berdua je. Tak diajaknya pun Dian. Dian sudah tidak ada lagi untuk menyertai mereka berdua. Dian rasakan dirinya seolah-olah telah disisihkan oleh sahabatnya sendiri. Lebih-lebih lagi dengan Luq.
            Sekarang ni pun Luq lebih banyak menumpukan perhatiannya kepada Arina. Apa yang dilakukannya semua bersama Arina. Luq juga tidak lagi melakukan aktiviti menyakat orang lagi sejak kebelakangan ini. Itu Dian tidak kisah sangat. Dia bersyukur sangat kalau Luq sudah berubah. Tapi, Dian rasa sedih bila Luq bagaikan menjauhkan diri daripadanya.
            “Dian..Dian..” Fidah menguatkan sedikit suaranya mematikan lamunan Dian tadi. Tersentak Dian dibuatnya.
            “Ishh, mengelamun pulak dia.” Ujar Fidah lagi.
            Dian hanya tersenyum hambar.
            “Fidah, aku keluar dululah. Ada hal sikit. Sorry ye. Jumpa kat kelas nanti.” Dian cepat-cepat meminta diri daripada Fidah. Tiba-tiba dia rasa cukup sedih dan sayu dengan perbuatan Luq itu. Dian kecil hati.
            Dian terus keluar dari kafe tanpa sempat menjamah sedikit pun nasi gorengnya itu. Fidah memandang sahabatnya itu keluar dengan perasaan yang terperanjat.
            “Aku salah tanya soalan ke tadi?” fikir Fidah di dalam hati.
            Dian menghenyakkan tubuhnya di atas katil. Matanya tajam memandang kipas yang sedang ligat berputar. Fikirannya menerawang memikirkan tentang perhubungannya dengan Luq dan Arina.
            Kenapa dia perlu rasa sakit hati apabila melihat Luq berbual mesra dengan Arina?
            Kenapa pula dia rasa sedih sangat apabila Luq lebih menumpukan perhatiannya kepada Arina?
            Tiab-tiba Dian rasa geram dan sakit hati dengan Arina. Dia rasa Arina seola-olah sedang merampas Luq daripada dirinya. Dian bukan sahabat karib Luq lagi.
            “Ishh, kenapa aku boleh berfikir macam ni?” cepat-cepat Dian mengelengkan kepalanya mengusir semua bayangan-bayangan negatifnya mengenai Arina dan Luq.
            ***************************
“Dian....” sergah Luq tiba-tiba kepada Dian membuatkan dia melatah. Tercampak pen yang dipegangnya tadi.
            Ketika itu Dian sedang duduk-duduk di gazebo sedang menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Encik Nordin. Tiba-tiba datang pula Luq entah dari mana menyergahnya dari belakang. Luq mengambil tempat di hadapan Dian. Asyik dia memandang Dian yang sedang menulis sesuatu. Lama benar dia tak berbual-bual dengan Dian. Rindu pula rasanya pada Dian.
            “Lama aku tak pandang kau Dian. Lama-lama aku tengok kau ni cun jugak ye Dian.” Kata Luq memuji Dian.
            Bagai nak terkeluar gula-gula yang sedang dihisap oleh Dian tadi.
            “Aikk, apa hangin mamat ni puji-puji aku pulak.” Desis hati Dian di dalam hati. Dia memandang Luq dengan pandangan yang pelik lagi hairan.
            Namun, jauh di sudut hatinya, Dian senang hati dan gembira mendengar pujian daripada Luq itu. Perasan pula Luq yang Dian ni sememangnya cun dan comel. Mungkin dari segi luarannya Dian nampak agak kasar dengan perwatakan yang dibawanya itu. Tetapi, seorang gadis itu tetap seorang gadis.
            “Lama tak nampak muka kau Luq...Almaklumlah, orang tu dah ada kawan baru. Kawan lama dah dilupakan terus.” Rajuk Dian.
            Luq yang sedang membuka plastik gula-gula memandang Dian hairan.
            “Apa yang kau merepek ni Dian? Kau demam ke?” tanya Luq sambil meletakkan tangannya ke dahi Dian.
            Dian menepis cepat tangan Luq.
            “Ishh, apa kau ni Luq..Aku tak demamlah sewel. Aku sihat walafiat. Yerlah, bukan ke kau selalunya dengan si Arina tu. Pergi sana dengan Arina. Pergi sini dengan Arina. Kau orang berdua kan dah macam belangkas. Asyik berkepit je. Tinggallah aku seorang belangkas lama ni kat belakang.” Rajuk nada suara yang dituturkan oleh Dian itu.
            Luq jadi geli hati dan terus ketawa kecil.
            “Alahai, dia dah pandai merajuklah. Eh, ni merajuk ke jeles ni?” tanya Luq pula sambil tangannya mencuit lembut hidung mancung Dian.
            “Ishh, kau ni kan Luq..Tak ada maknanya aku nak cemburu-cemburu ni. Aku tak cemburu langsung tau. Please lah...” ujar Dian gugup. Tiba-tiba dia rasa hatinya berdegup kencang. Apa dah jadi denga Dian ni ye?
            Luq ketawa geli hati dengan tingkah Dian yang nampak berlainan hari ini. Nampak serba tak kena.
            “Dahlah, aku balik dululah. Nak study pun tak senang. Kau asyik ngacau je. Dah, aku blah dulu Luq.” Ujar Dian lalu terus meninggalkan Luq di gazebo itu berseorangan.
            “Apa kena dengan minah sorang ni? Datang bulan ke?” desis hati kecil Luq. Hairan melihat tingkah Dian itu.
            Sesampai di bilik, Dian mencampakkan begnya di atas katil. Dia duduk dikerusi belajarnya memandang ke luar tingkap.
            “Kenapa dengan aku ni ye? Betul ke aku tak cemburu? Tapi apa sebab pula aku nak cemburu dengan si Luq dan Arina tu? Biarlah kalau Luq dengan Arina nak couple ke apa. Kalau si Luq tu pun dah suka dengan Arina, aku sebagai sahabat kenalah approve. Kenalah sokongkan. Tapi, kenapa pula hati aku ni tiba-tiba je rasa sedih, rasa sakit. Pedihlah sangat aku rasa. Aku ni ada pape perasaan dengan Luq ke? Ishh, tak mungkinlah aku jatuh hati pada mamat sewel tu.” bicara Dian dalam hatinya.
            Cepat-cepat Dian menggelengkan kepalanya. Kusut masai rambut dibuatnya.
            “Wei, kau ni apahal? Macam orang tak betul je aku tengok. Angau ke hapa?” tiba-tiba kedengaran suara Jasmin, teman sebiliknya sekaligus memecahkan lamunannya tadi.
            Bila masa pulak si Jasmin ni masuk. Tak perasanlah pulak tadi.
            “Kau ni dah kenapa Dian? Aku tengok kusut semacam je. Selalunya kau tak macam ni tau. Kau ni macam orang yang tak ada masalah langsung. Sentiasa ceria aje aku tengok. Tapi sekarang ni, kau dah tak macam dulu. Kau nampak tak tentu hala. Apa yang kau fikirkan tu? Ker semua ni pasal si Luq dan Arina yang buat kau jadi macam ni?” soal Jasmin panjang lebar pada Dian.
            Risau dia tengok keadaan Dian yang nampak serabut tu.
            “Aku tak tahulah Min kenapa dengan diri aku ni. Aku rasa macam ada benda yang dah hilang. Aku dah tak rasa happy macam selalu.” Luah Dian sedih kepada sahabat biliknya itu.
            “Aku rasa kau mesti tengah makan hati ni.” ujar Jasmin lagi membuatkan Dian terpinga-pinga.
            “Apa? Makan hati? Apasal pula aku nak makan hati. Aku tak suka hatilah Min. Kalau pedal tu aku sukalah juga.” Ujar Dian bendul.
            “Allah...” Jasmin menepuk dahinya dengan perangai lurus bendul Dian ni.
            “Kadang-kadang kau ni bendul juga ye Dian...Hahaha...” gelak besar Jasmin. Sempat lagi dia menekan perutnya kerana geli hati melihat wajah Dian yang dah macam ayam terberak kapur tu.
            “Woi..sedap-sedap kau je cakap aku bendul. Aku mana ada bendullah. Kau tu..cakap dengan aku ni biar clear. Jangan guna bahasa kias-kias. Macam kau tak tahu aku ni...” marah Dian pula. Berhangin dia apabila Jasmin mengatakan dia lurus bendul.
            Dian ni kalau nak bercakap dengan dia kena straight to the point. Tak paham dia bahasa-bahasa kiasan ni.
            “Marah pula bila aku guna bahasa kiasan kat kau. Suruh aku straight to the point. Tau pulak kau tak faham. Kau tu yang perlu straight to the point dengan Luq. Terus-terang dengan dia.” Terang Jasmin sambil tangannya ligat menyuapkan twisties ke dalam mulutnya.
            “Nak terus terang apa pulak pada Luq tu?” tanya Dian lagi tidak faham.
            “Kau ni kan Dian...sampai bilalah kau nak pendam perasaan kau tu. Cuba kau berterus terang aje dengan si Luq tu. Bukan pada dialah dulu. Pada diri kau sendiri. Cuba kau tanya hati kau tu, apa perasaan kau kat Luq?” tanya Jasmin sambil menunjukkan jarinya ke hati Dian.
            “Err...errr...” Dian jadi gagap tiba-tiba.
            “Jangan kau nak ter’err’..’errr’. Kau dengar dulu apa aku nak cakap ni.”
            Dian terdiam.
            “Apa rasa hati kau bila sekarang ni Luq lebih rapat dengan Arina? Kau sakit hati kan? Kau rasa sedih kan? Yer lah, selama ni satu fakulti tahu kau dengan Luq tu BFF. Kemane aje mesti korang berdua. Dah macam belangkas. Kalau fac kita ni buat prom night, korang berdua mesti jadi king and queennya. Kitorang semua dah anggap korang berdua ni the best of couple. Tapi, sejak adanya si Arina tu hubungan korang berdua dah tak macam dulu lagi. Tak banyak pun mesti sedikit kau ada rasa tersisih kan Dian? Aku tahu Dian kau memang ada hati dengan si Luq tu. Kau sayangkan dia kan?” tanya Jasmin dengan panjang lebarnya.
            “Yer...memang aku sayangkan dian Min. Tapi, perhubungan kitorang berdua berlandaskan persahabatan.” Ayat itu hanya terkeluar di hati Dian sahaja.
            “Tak semestinya korang akan jadi sahabt untuk selamanya Dian. Ada je kan percintaan itu terbitnya dari persahabatan. Kau kena jujur dengan hati kau sendiri Dian. Ikut kata hati kau tu. Kau kena luahkan apa yang kau rasa tu pada Luq. Bagi dia tahu apa isi hati kau terhadap dia. Aku tahu kau cintakan Luq. Aku tak nak tengok kau sedih. Kau fikirlah baik-baik Dian apa yang aku cakap ni.” tepuk Jasmin perlahan bahu sahabatnya itu.
Macam tau-tau je Dian sedang fikirkan persahabatannya dengan Luq. Tapi bolehkah ikatan persahabatan itu berubah menjadi sebuah percintaan. Dian hanya diam terpaku...Memikirkan kata-kata Jasmin itu. Dian harus membuat keputusannya sendiri. Demi masa depannya.

BAB 6
Hari ini Dian tekad untuk meluahkan perasaan yang telah lama disimpannya kepada Luqman. Dian tidak mahu lagi berahsia dengan hatinya sendiri. Juga tidak mahu berahsia dengan Luq lagi. Dia perlu juga meluahkan apa yang dirasakannya. Samaada Luq menolak atau menerimanya itu belakang cerita. Dian sudah tidak berupaya lagi untuk menyimpan rasa hatinya pada Luq. Hari ini adalah penentu untuk segala-galanya.
Panggilan telefon daripada Luq memudahkan lagi proses luahan perasaan Dian pada Luq. Luq juga ingin berjumpa dengan Dian. Katanya ada perkara yang perlu diberitahu pada Dian. Perkara yang akan disampaikan ini amat penting dan ia akan menentukan masa hadapan mereka.
Dian rasa gembira dan teruja. Di dalam hatinya berbunga-bunga. Adakah Luq juga mempunyai rasa apa yang dirasakannya. Adakah selama ini Luq juga menyimpan perasaan kepadanya. Dian jadi tidak sabar-sabar hendak berjumpa dengan Luq.
Seperti masa dan tempat yang dijanjikan, Luq dan Dian berjumpa. Bersua muka. Jelas sekali wajah kegembiraan terpancar di raut wajah mereka berdua.
“Dian, aku ada benda penting nak beritahu kau ni. Ini antara hidup dan mati aku Dian. Dah lama aku pendam rasa hati ini Dian. Aku nak kau orang pertama yang tahu.” Jelas Luq dengan suara yang teruja memandang Dian.
Dian tersenyum bahagia. Dia seperti tahu apa yang ingin disampaikan Luq kepadanya.
“Aku pun sama Luq. Aku pun nak beritahu kau sesuatu. Penting sangat. Tapi, kau beritahulah dulu Luq.” Ujar Dian meminta Luq memulakan bicaranya.
“Kau pun nak beritahu aku sesuatu? Key..key...aku beritahu dulu ye..” kata Luq lagi tidak sabar-sabar.
Dian jadi tidak sabar untuk mendengar luahan perasaan Luq kepadanya.
“Sebenarnya.....” wajah masing-masing penuh dengan keceriaan.
“Sebenarnya..aku dah jatuh cinta pada Arina. Aku nak lamar dia jadi awek aku wei. Kau rasa dia setuju tak Dian?”
Bagaikan satu dentuman petir di langit, ayat-ayat yang terkeluar dari mulut Luq membuatkan hati Dian bagaikan retak seribu. Terus layu bunga-bunga yang sedang berkembangan tadi. Dian jadi terkedu. Tergamam mendengarkan ayat-ayat yang baru keluar dari bibir Luq.
“Dian, i’m in love Dian. Aku benar-benar dah jatuh hati pada Arina. Kau rasa dia pun cintakan aku tak?” tanya Luq lagi membuatkan hati Dian bagaikan menangis sedih.
Namun, kesedihan yang dirasai Dian kini tidak digambarkan diwajahnya. Dian cuba mengukirkan senyuman semanis boleh dihadapan Luq. Dian cuba untuk berlagak seperti biasa.
“Serius ni Luq? Mamat sewel macam kau ni dah jatuh cinta? Bapak kelakarlah kau ni. Macam tak percaya je..” Gelak Dian lagi. Tapi, gelak Dian nampak sangat palsu. Nampak seolah-olah dibuat-buat.
“Amboi..ingat aku ni tak pandai jatuh cinta ke? Nasib baiklah aku jatuh cinta dengan Luq. Kalau dengan kau tak dapat aku nak bayangkan. Hahaha.” Gelak Luq lagi dengan kuatnya.
Sedih Dian dibuatnya. Dalam hatinya terfikir kalau dia meluahkan rasa cintanya pada Luq tadi tentu sekali dia akan diketawakan oleh Luq. Nampak sangat Luq tidak pernah menyimpan apa-apa perasan kepadanya. Hati Dian menangis pilu.
“Apa-apa pun aku ucapkan tahniah. Kau dengan Arina memang sesuai sangat. Aku confirm Arina pun sukakan kau juga Luq.” Tutur Dian perlahan sambil cuba tersenyum.
Hatinya kini bagaikan ditoreh dengan sebilah pisau yang amat tajam sekali. Teramat ngilu rasanya.
“Ye ke? Aku harap Arina dapat terima aku. Kau doakan aku bahagia ye Dian.” Pinta Luq ceria. Berseri-seri wajahnya kini.
“Ye Luq...aku sentiasa doakan kebahagiaan kau. Walaupun kau tak tahu apa perasaan aku terhadap kau, tapi aku tak kisah. Biarlah cinta ini ku rasakan seorang diri asalkan dapat melihat kau bahagia aku turut bahagia. Mungkin kita memang ditakdirkan hanya untuk menjadi sahabt sampai bila-bila.” Tutur Dian Cuma di dalam hati. Hati Dian menangis pilu.
“Eh, Dian...tadi rasanya kau pun nak beritahu aku sesuatu jugakkan? Cakaplah apa dia?” tanya Luq dengan senyuman dibibir.
Dan aku hanya tersenyum hambar memandangnya...


BAB 7
Panggilan ibu dari kampung mengenai surat untuk Dian cukup menggembirakan hatinya. Surat itu mengatakan juga bahawa permohonan Dian untuk membuat research bagi program Masternya di Sydney telah diluluskan. Surat itu mengatakan lagi bahawa Dian perlu mendaftarkan diri sebulan lebih dari sekarang.
“Arghh, singkatnya masa nak urus itu ini. Sempat ke ni?” tutur Dian perlahan selepas menamatkan perbualan dengan ibunya tadi.
“Nampak gaya aku kene uruskan secepat yang mungkin. Nanti tak sempat pulak. Tapi, apa aku nak buat dulu ye?” fikir Dian di dalam hatinya.
Perkhabaran Dian mendapat tawaran membuat research nya di Sydney masih belum lagi diketahui oleh Luqman. Hanya teman sebilik Dian iaitu Jasmin sahaja yang mengetahui akan hal itu. Bukan Dian tidak mahu memberitahu hal itu pada Luq, tapi sejak kebelakangan ini Luq sudah lama tidak ditemunya. Orang sedang mabuk bercintalah katakan.
Sebulan lebih hampir berlalu. Kini tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi untuk Dian berangkat ke Sydney. Kebetulan hujung minggu itu juga, Jasmin berada dirumahnya.
“Dian, tak lama lagi kau dah nak fly. Kau taknak beritahu Luq ke?” tanya Jasmin tiba-tiba.
Dian yang sedang sibuk memasukkan pakaiannya ke dalam bagasi berhenti seketika. Dia hanya memandang wajah sahabat baiknya itu. Sejak dia tidak lagi dengan Luq, Jasminlah tempat dia meluahkan perasaan. Tempat dia gelak ketawa.
“Aku memang nak sangat beritahu dia Min. Tapi, aku dah lama tak jumpa dia.” Tutur Dian perlahan.
Kesibukannya menguruskan urusan pemindahannya membuatkan dia tidak sempat untuk berjumpa Luq. Kalaupun dia mempunyai masa, dia masih juga tidak dapat berjumpa dengan Luq.
“Biarlah Min. Kalau ada rezeki nanti kau aje yang beritahu dia ye. Sampaikan salam aku buat dia. InsyaAllah, kalau ada jodoh, kami berdua berjumpa jugak.” Ujar Dian pilu.
“Dian, tak salahkan kalau aku kata kau pergi ni untuk pulihkan luka di hati kau kan? Kau kecewa kan Luq berkasih dengan orang lain? Dengan kata lain kau tak sanggup nak tengok dia dengan perempuan lain kan?” pertanyaan Jasmin itu menyentakkan hati Dian.
Tetapi, benarkah begitu?
“Tak tahulah Min. Mungkin ye mungkin juga tidak. Mungkin memang dah tak ada jodoh aku dengan Luq. Aku hanya dapat doakan kebahagiaan dia dan Arina.” Tutur Dian dengan seikhlasnya. Memang itu harapannya untuk melihat insan yang disayanginya bahagia.
Jasmine hanya menganggukkan kepalanya apabila mendengar Dian berkata begitu. Di dalam hatinya, berdoa semoga Dian dapat memulihkan kembali hatinya yang telah terluka itu. Doa Jasmin lagi semoga Dian mendapat seorang lelaki yang akan mencintai dirinya dengan sepehuh jiwa dan raga.
*****************
“Min...”
Tiba-tiba satu suara garau lelaki memanggil Jasmin yang sedang berjalan bersama rakan-rakannya ke tempat parkir. Jasmin menoleh kebelakang. Kelihatannya sesusuk tubuh seorang lelaki sedang berlari anak-anak menuju ke arahnya. Dibelakangnya pula seorang gadis beramput panjang berbaju kurung moden berjalan laju cuba mengiringi lelaki tadi.
“Min..tunggu kejap!!” laung lelaki itu lagi.
Oh, rupa-rupanya si Luq. Jasmin hanya berdiri tegak ditempatnya menunggu Luq datang kepadanya.
“Min, Dian mana? Dian nak pergi mana Min? Aku dapat tahu dari member-memebr kita semua Dian dak fly ke Sydney. betul ke ni Min?” tanya Luq kelam kabut. Tercungap-cungap nafasnya. Gadis yang dibelakangnya tadi, Arina sudah berdiri di sebelah Luq. Jasmin hanya mendiamkan dirinya sahaja. Kalau diikutkan hati, Jasmin nak ketuk aje kepala mamat sewel dihadapannya itu.
Baru nak ditanya perihal member lama dia. Sebelum ni bukan main asyik benar berkepit.
“Min, apasal kau diam pulak ni? Cakaplah..Betul ke Dian nak pergi Sydney?” tanya Luq lagi. Sedikit tinggi nada suaranya apabila dilihat Jasmin tidak memberikan sebarang respon kepada soalannya tadi.
“Ish mamat ni...nak beritahu ke tidak ni ye? Padan muka dia. Sekarang baru nak tanya pasal Dian.” Geram Jasmin tapi cuma di dalam hatinya sahaja.
“A’ah, betul..Dian nak fly ke Sydney. Hari ini dia fly. Ni kitorang nak pergi airportlah ni. Nak jumpa dia. Okeylah, kitorang chow dululah.” Lepas sahaja Jasmin berkata begitu dia terus masuk ke dalam kereta yang sudah ditunggu oleh rakan-rakannya tadi. Dari cermin sisi, Jasmin tengok wajah Luq nampak kusut. Mungkin dia terkejut agaknya tu. Biar padan dengan muka kau Luq.
Luq hanya berdiri kaku di situ. Tiba-tiba dia rasa sedih sangat. Kenapa dia orang yeng terakhir tahu akan pemergian Dian ke Sydney. Dia mesti bertemu dengan Dian sekarang juga. Luq nekad...
Arina yang berada disebelahnya juga berasa bersalah. Kenapa dengan Dian? Betulkah apa yang difikirkannya selama ini? Yang Dian sebenarnya mencintai Luq dan Luq juga sebenarnya begitu..mencintai Dian??

BAB 8
“Dian, jaga diri baik-baik masa kat sana ye. Jaga tatasusila kamu sebagai seorang muslim dan juga rakyat Malaysia. Belajar betul-betul. Jangan main-main tau.” Pesan Puan Syamsiah, ibu Dian ketika menghantarnya ke lapangan terbang. Semua keluarga Dian, Jasmin dan rakan-rakan mengiringi keberangkatan Dian ke Sydney.
“Pesan ayah pada kamu Dian, jangan sesekali tinggal solat. Solat itu tiang agama. Jangan kamu robohkan tiang tu.” pesan Encik Adnan kepada anaknya itu. Pantang baginya kalau anak-anaknya mengabaikan solat mereka.
“Baik ibu, ayah. Dian akan sentiasa ingat pesan-pesan ibu dan ayah tu.” janji Dian sambil tersenyum memandang kedua-dua orang tuanya.
“Dian, kenapa mama tak Nampak si Luq ni? Dian tak beritahu ke Dian nak terbang ke Sydeny?” pertanyaan Puan Hasyimah, ibu Luq membuatkan Dian terkedu sekejap.
Memang sudah sedia maklum, keluarga Dian dan juga keluarga Luq memang rapat. Mereka sudah lama berkenalan. Sejak ayah dan ayah Luq di kampung lagi. Dua keluarga ini memang begitu akrab. Dian sudah dianggap seperti anak mereka sendiri. Begitu juga dengan Luq.
Dian hanya memandang redup wajah Jasmin.
“Ke..ke..kejap lagi kot ma..” jawabku tergagap-gagap.
“Jangan-jangan Dian tak beritahu pada Luq ye?” teka Puan Hasyimah membuatkan Dian sedikit terperanjat.
“Dian!!!”
Suara seorang lelaki memeranjatkan semua yang ada disitu. Sekilas mereka menoleh ke arah datangnya suara itu tadi. Kelihatannya Luq sedang berlari laju ke arah mereka semua.
Dian hanya tersenyum kecil. Namun jauh di sudut hati, hatinya kembali berlagu pilu.
“Luq, kemana aje kamu pergi ni? sahabat baik sendiri nak fly pun kamu tak tahu.” Tutur Puan Hasyimah marah kepada anak terunanya itu.
Luq tidak mengendahkan langsung teguran ibunya itu. Kakinya terus melangkah kearah Dian yang sedang memegang kejap beg trolinya. Hati Dian berdebar-debar dengan reaksi yang akan ditunjukkan Luq nanti. Arina dibelakangnya menyalami tangan kedua ibu bapa Dian dan ibu Luq. Timbul pula tanda tanya di benak mereka siapa pula gadis yang dibawa Luq itu.
“Dian, sampai hati kau ye tak beritahu aku kau nak fly  ke Sydney hari ni. Apasal aku orang terakhir yang tahu Dian? Aku ni dah tak ada makna ke dalam hidup kau. Hal macam ni pun kau tak nak beritahu aku.” kendur sahaja suara Luq berkata begitu dihadapan Dian.
Dia kecewa kerana lambat mendapat tahu hal keberangkatan Dian. Salah dia juga kerana sudah lama tidak meluangkan masanya bersama-sama dengan Dian.
Dian hanya tersengih memandang Luq di hadapannya.
“Eh, sorry lah Luq. Aku bukan tak nak beritahu kau. Aku tak nak buat kau rasa sedih. Kalau aku beritahu kau yang aku nak pergi, kau mesti tak bagi aku pergi kan?” kata Dian sambil tersengih menampakkan giginya yang putih bersih itu.
“memang kalau aku tahu, aku tak nak kasi kau pergi pun. Kan kita pernah berjanji kita takkan berpisah jauh. Aku minta maaf pada kau kalau selama ini aku dah abaikan persahabatan kita ni. kau janganlah pergi Dian. Jangan tinggalkan aku kat sini sorang-sorang. Aku dah tak ada kawan.” Rayu Luq lagi seperti budak-budak lagaknya.
Luq sememangnya tidak bersedia langsung untuk kehilangan Dian. Tidak disangkanya Dian telah membuat permohonan researchnya di Sydney tanpa pengetahuannya langsung.
“Lepas ni aku tak adalah geng nak menyakat orang lagi. Kau dah tak ada kat sini lagi. Sampai hati kau Dian tinggalkan aku kat sini. Siapa nak bergurau, nak bergaduh dengan aku lagi?” tanya Luq sedih. Dian juga turut sedih. Hampir sahaja dia ingin menitiskan air matanya.
Semua yang ada disitu juga turut sebak melihat perpisahan yang bakal berlaku diantara dua sahabat itu.
“Kau janganlah gini Luq. Aku pergi tak lama lah. Kau redhakanlah pemergian aku ni. lagipun, Arina kan ada disamping kau. Aku doakan kau dan dia bahagia.” Ujar Dian pedih.
“Sudahlah tu Luq. Biarlah Dian pergi mengejar cita-citanya. Kita doakan dia Berjaya kat sana nanti.” ujar ayahku sambil menepuk perlahan bahu Luq.
“Waktu penerbangan Dian pun dah hampir tiba. Masuklah Dian.” Ujar ayah lagi.
“Dian, nanti jangan lupa call aku tau. Kita skype ea. Aku sayangkan kau Dian.” Tutur Luq perlahan.
“Ye Luq..aku pun sayangkan kau juga..” kata Dian sedih.
Panggilan untuk berlepas sudah kedengaran. Semua penumpang penerbangan ke Sydney diminta masuk ke balai pelepasan. Dian memeluk dan menyalami tangan kedua orang tuanya, Puan Hasyimah dan juga rakan-rakannya. Tiba dihadapan Arina, mereka masing-masing tersenyum manis. Dian memeluk erat Arina. Arina membalas pelukan itu.
Tiba-tiba Dian mengeluarkan sepucuk surat dari poket baju sweaternya lalu menghulurkan kepada Arina. Arina mengambil perlahan surat itu.
“Kau jaga Luq baik-baik ye..” itu pesanan yang dititipkan Dian kepada Arina.
Arina hanya menganggukkan kepalanya. Sekali lagi mereka berpelukan.
Dian berjalan ke arah pintu berlepas. Air mata sudah membasahi pipinya. Dia melambaikan tangan kepada mereka semua. Tiba-tiba, Luq berlari ke arahnya. Petugas yang berada disitu cuba menahan Luq dari memasuki pintu berlepas.
“Dian, jaga diri kau baik-baik tau. Sentiasa ingat aku. ingat aku akan sentiasa sayangkan kau Dian. Ingat tu!!!” jerit Luq kepada Dian yang sudah melepasi pintu berlepas. Dian hanya menganggukkan kepalanya dan tersenyum manis kepada Luq. Mungkinkah ada jodoh mereka berdua untuk berjumpa lagi? Hanya Tuhan sahaja yang bisa menentukannya.....


P/S : Manu ni sampai setakat sini je baru aku buat. Aku belum rasa nak proceed lagi. Sebenarnya aku takde idea lagi nk continue manu ni macam mane. Hehehehe. So, manu ni aku hold dulu. Bila agak2 aku dah dapat idea yang mencurah-curah, bolehlah aku proceed manu ni pulak. So, berusaha dengan lebih keras dan gigih lagi Fairus. Kau boleh buat. Chaiyok!!!!...............



No comments:

Post a Comment