Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

Review Novel: KOC 13

Novel: KOC 13 Novelis: Naim Tamdjis Rate: 7/10 Tarikh Pembacaan: 10 - 18/7/2019 "Aku harap biarlah ini yang terakhir" Sinopsis Kulit Belakang: Raiqal, pengembara mistik berada di Stesen Keretapi Dabong yang terbiar sejak pembinaan rel baru pada tahun 2030. Tujuannya hanyalah satu, menaiki Koc 13 yang akan membawa dia ke dunia lain. Pertemuan dengan Aiman Aklaken, penulis seram bestseller antarabangsa di stesen yang sama membawa mereka mengembara ke dunia penuh misteri. Bermula dengan tiket bertulisan jawi yang datangnya entah dari mana hinggalah kemunculan Koc 13 tepat pada waktunya menyebabkan Urban Legend yang dianggap khayalan kini berada di hadapan mata mereka. Koc 13 yang tiada pemandu membawa mereka ke dunia khayalan seperti Pengkalan Kubur, menentang kerasukan zombie, menghadapi ahli sihir tua, menghadapi perang robotik dan tinggal semalaman di dunia hospital berpuaka. Mereka harus melepasi cabaran itu atau tetap terperangkap di dunia berpu

Review Novel: Mak Datin, Isteri Cikgu

Novel: Mak Datin, Isteri Cikgu Novelis: Dannie Sofea Rate: 5/10 Tarikh Pembacaan: Hampir sebulan "Hadirmu menghancurkan hidupku, hadirmu jua mengembalikan kebahagiaanku.." Sinopsis Kulit Belakang: Ayra, seorang gadis yang ceria mula berubah sikap dengan kehadiran SMS daripada seseorang yang tidak dikenalinya. SMS yang diterimanya itu jelas menunjukkan bahawa si pengirim itu mengetahui kisah silamnya yang cuba dilenyapkan dari kotak ingatan. Dia bukan pembunuh! Itu hanyalah satu kemalangan! Dia tidak akan membiarkan lelaki itu berlumuran darah dan menanggung kesakitan jika lelaki itu tidak melayannya bak seorang tawanan. Segalanya sudah terlambat. Jalan penyelesaiannya ialah dengan melarikan diri dan cuba membina hidup baru di perantauan. Kehadiran seorang lelaki seiras wajah insan yang paling dibencinya suatu ketika dulu mengeruhkan lagi keadaan. Sudikah Ayra menerima Shahin Adiy kembali setelah segala kekusutan dileraikan? Sanggupkah dia melukaka