Thursday, 7 March 2013

BYDC - BAB 16

Suamiku dan juga keluarga mertuaku sedang sibuk menguruskan majlis menyambutku nanti yang akan diadakan empat hari lagi. Sibuk benar suamiku itu kesana kemari menguruskan majlis kami nanti. Namun, sesibuk mana dirinya sempat lagi dia menelefonku bertanyakan khabar dan mengungkapkan kata-kata rindu dan cinta. Kini, aku benar-benar rasa bahagia dan bertuah mempunyai seorang suami yang penyayang dan benar-benar mencintai diri ini.
            Akhirnya, hari yang dinanti-nanti telah pun tiba. Kali kedua diri ini akan disandingkan dengan lelaki yang tidak pernah aku jangka akan menjadi suamiku, Encik Hakimi. Tapi disaat ini, aku benar-benar yakin dan pasti dengan keputusan yang telah ku buat.
            Sehari sebelum majlis sambut menantu di rumah mertuaku, aku dan juga keluarga belahku sudah selamat sampai di rumah besar mertuaku itu. Kedatangan kami ternyata dialu-alukan. Kami dilayan dengan sangat baik. Orang yang paling gembira tentu sahaja suami tersayangku itu. Kata Rina, abang kesayangannya itu tak senang duduk menantikan ketibaanku. Aku hanya tersenyum lebar mendengar kata-kata Rina. Nampak gayanya, suamiku ini betul-betul sedang angau. Hehehehe....
            Persiapan di rumah mertuaku tidak banyak yang perlu dilakukan. Ini kerana semuanya telah di depan mata. Telah disediakan. Almaklumlah, orang berduit dan berharta. Bila ada duit semua perkara akan menjadi mudah dan senang. Hehehe..Mengata keluarga mertua sendiri ke ni??
            Majlis sambut menantu untukku benar-benar diadakan dengan meriah. Ramai saudara-mara sebelah keluarga suamiku yang datang untuk turut sama-sama meraikan hari bahagia kami berdua. Naik malu dan segan apabila mereka masing-masing memuji kecomelanku ini. Hehehe. Tapi pendek kata, aku begitu senang dan dapat menyesuaikan diri dengan keluarga baruku ini dan ternyata juga mereka semua dengan senang hati menerimaku menjadi sebahagian daripada mereka. Syukur Alhamdulillah.
            Kami beramai-ramai mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenangan. Aku rasa cukup terharu. Hampir sahaja aku menitiskan air mata apabila semua saudara mara mengucup pipiku dan mendoakan kebahagiaan rumah tangga ku dan Encik Hakimi.
            Jauh di dalam hati ini, aku memohon pada Yang Maha Esa agar memakbulkan doa-doa mereka semua buat diriku dan juga suami. Jauh di sudut hati ini juga, akan sedaya upaya aku untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang mithali di hati suamiku dan juga bakal anak-anak kami. Amin...Amin..Ya rabba alamin.
            Majlis sambut menantu akhirnya sudah berakhir. Kedua ibu bapaku, adik-adik dan juga keluarga yang menyertaiku sudah berangkat pulang ke Johor dan Alhamdulillah mereka selamat sampai pada pukul 10 tadi. Syukur Alhamdulillah kupanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana mempermudahkan perjalanan pulang orang tuaku.
            Kini, tinggal aku seorang diri di dalam keluarga yang cukup baru buat diriku. Pesan emak tadi supaya menjadi seorang isteri dan anak yang baik akan tersemat kukuh di dalam hati ini.
Aku kini berada di dalam bilik pengantinku dan juga Encik Hakimi. Cantik dan terasa keromantikannya apabila berada di dalam bilik ini. Pandai betul ibu mertuaku dan adik iparku menghias bilik ini sehingga menjadi cantik seperti sekarang. Ramai juga tetamu yang hadir tadi memuji kecantikan dan dekorasi bilik pengantin ini. Yang membuatkan pipiku bertambah merah adalah apabila ada suara makcik-makcik ini yang mengusikku mengatakan alamat lewatlah pengantin baru bangun esok pagi. Hehehe...
            Manalah perginya laki aku ni. Tak masuk-masuk lagi. Apa yang di buat kat luar tu. Tadi bukan main beria-ia tak mahu aku lepas dari pandangan matanya itu. Sentiasa sahaja mahu aku berada di sisinya. Tapi sekarang kelibat batang hidungnya pun aku tak nampak lagi. Nak turun ke bawah, tiba-tiba aku rasa perutku kembali memulas dan terasa senak.
Sebenarnya, tadi aku meminta izin dari ahli keluarga dan suamiku untuk naik ke bilik dahulu selepas makan malam bersama-sama. Perutku rasa memulas-mulas macam nak buang air besar. Bahagian ari-ariku terasa sengal-sengal. Rasanya masanya sudah tiba ni.
            Tok..tok..tok...
            Terdengar ketukan dari luar pintu bilikku. Siapalah pula ni main ketuk-ketuk pintu. Kalau suami aku, masuk ajer lah. Tak payah diketuk-ketuk lagi. Sopanlah pula laki aku ni.
            Bunyi ketukan di pintu masih lagi kedengaran. Lantas, aku menjerit kuat memberi izin si pengetuk pintu itu masuk menunjukkan dirinya.
            “Assalamualaikum kak Jasmin. Boleh Rina masuk?” terjengul kepala adik perempuan suamiku, Syarifah Haliza Erina sekaligus meminta izinku masuk ke dalam bilik.
            Rina seorang gadis yang periang dan ceria baru pulang bercuti dari Jepun semata-mata untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan abang sulungnya. Pertama kali aku bertemu dengan Rina, Rina terus memeluk dan mencium kedua-dua belah pipiku. Aku sedikit terperanjat dengan tingkah Rina itu. Namun, aku biarkan sahaja dan membalas pula pelukannya.
            “Abang Kimi tak masuk lagi ke kak? Manalah pula abang ni pergi? Tinggalkan akak sorang-sorang dalam bilik pengantin ni. Tak romantik langsunglah abang Kimi ni tau.” Kata Rina cuba menyakatku sehingga membuatkan pipiku menjadi merah.
            “Ishh Rina ni. Janganlah cakap macam tu. Malulah akak.” Kataku sambil menutup mukaku dengan bantal kecil. Rina hanya ketawa melihatku.
            “Rina sebenarnya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada akak sebab sudi menjadi isteri pada abang Kimi. Rina kali pertama dengar dari umi yang abang Kimi nak kahwin terperanjat giler tau. Akhirnya, hati abang Kimi dah terbuka untuk berkahwin.” Kata Rina dengan perasaan yang teruja. Tapi, kata-kata yang dilontarkan oleh Rina tadi membuatkan timbul tanda tanya di dalam benak fikiranku. Hilang pula rasa sengal dan senak perut yang aku rasakan tadi.
            “Kenapa Rina cakap macam tu?” tanyaku pula cuba untuk mengorek hal yang sebenar.
            “Eh, kak Jasmin tak tahu ke? Dulu kitorang ingat abang Kimi ni ade “something” tau kak.” Kata Rina sambil ketawa kecil. Lagi buat aku bertambah pelik. Aku mengerutkan dahiku tanda aku tidak faham akan maksud Rina tadi.
            “La..akak ni. “Something” la. Yang gitu-gitu tu.” kata Rina lagi sambil membuat gaya kedua-dua jari telunjuknya ke bawah macam gaya Apek Senario selalu buat tu.
            Ketawa besar aku bila mengetahui maksud sebenar “something” yang dikatakan oleh Rina tadi. Biar betul suami aku ni ada apa-apa. Tak mungkinlah.
            “Yer lah kak. Abang Kimi tu semua dah ada kak. Rumah, kereta, simpanan. Pendek kata, sesiapa yang jadi suri di hati abang tu kira basuh kaki aje. Semua dah ada. Semua sudah tersedia. Bila disuruh kahwin, abang tak mahu. Bila umi carikan calon untuk abang Kimi, mentah-mentah dia tolak kak. Langsung tak dilihatnya pun gambar-gambar perempuan yang umi carikan. Tu sebab kitorang semua dah fikir lain. Fikir abang Kimi tu ada problem sikit. Tapi, sekarang dah terbukti abang Kimi tu bukan “something”. Dia “straight”. Hahaha....” ketawa besar Rina bila menghabiskan ayatnya tadi. Ishh, budak ni kan. Suka betullah buat aku pakai blusher.
            “Amboi..amboi...Mengumpat kita ye?” tiba-tiba terjengul kepala suamiku dari pintu bilik kami berdua. Terperanjat aku dan Rina dibuatnya. Rina pula hampir melatah dibuatnya sambil tersengih-sengih memandang wajah abangnya itu.
            “Rina cerita apa pasal abang dengan kak Jasmin ni ha? Mengumpat abanglah tu.” tanya suamiku sambil pura-pura cuba untuk menarik cuping telinga Rina. Rina pantas saja mengelak dan berlari ke muka pintu.
            “Hahaha.. tak dapat. Okeylah, Rina keluar dululah. Tak mahulah kacau daun orang baru kahwin ni. Have nice night. Abang, treat kak Jasmin elok-elok tau. Hahaha..” kata Rina lagi sambil mengenyitkan matanya sekaligus tidak menjawab soalan abangnya tadi.
            Aku ketawa melihat keletah Rina itu. Seorang yang gila-gila dan nakal. Suka buat aku pakai blusher tau. Tapi betulkah apa yang Rina cakap tadi tu. Suamiku itu ada apa-apa. Issh, tak baiklah bersangka buruk pada suami sendiri. Berdosa tu. Tapi kalau dia tak ada apa-apa kenapa dia payah sangat nak berkahwin ye. Pelbagai tanda tanya sedang bermain didalam fikiranku sekarang. Suamiku itu ternyata mempunyai banyak rahsia yang masih belum terungkai.
            Sedang aku asyik memikir, tiba-tiba aku rasa ada sepasang tangan sasa memeluk erat pinggangku sekaligus membuatkan aku geli dan terus menolak kuat empunya tangan itu hingga jatuh terduduk di bawah katil.
            Buk....
            Bunyi suamiku jatuh dari atas katil. Alamak, aku tertolak laki aku sendiri. Lantas aku cepat-cepat turun dari katil dan duduk bersila di sebelah suamiku yang sedang menggosok-gosok punggungnya.
            “Ya Allah, isteri abang ni. Ganasnya. Belum apa-apa lagi dah tolak laki sendiri jatuh katil. Kalau dah mula nanti tak tahulah macam mana gayanya nanti.” ujar suamiku selamba membuatkan tiba-tiba darah panas menyerbu naik ke muka. Malunya aku.
            “Apa abang cakap ni. Jasmin minta maaf. Jasmin tak sengajalah bang. Tulah abang. Tiba-tiba aje tangan tu dah merayap kat pinggang Jasmin. Terperanjatlah Jasmin.” Kataku lagi sambil mencubit manja lengannya. Encik Hakimi pantas mengenggam erat jari-jemariku.
            “Jasmin tu asyik sangat mengelamun. Tengah fikirkan apalah tu agaknya. Rina mengumpat apalah pasal abang tadi. Nak kena budak tu nanti.” ujar suamiku sambil kami berdua beriringan naik ke atas katil.
            “Hehehe. Kitorang tak mengumpat abanglah. Kitorang cuma mengata je.” Kataku membuat lawak dihadapannya. Apalagi, tangan suamiku lantas menggeletek pinggangku. Aku kegelian. Kami sama-sama sudah tergolek-golek di atas katil yang empuk itu.
            Tiba-tiba pandangan kami berdua bersatu. Encik Hakimi merenung tepat kedalam anak mataku. Aku cepat-cepat menundukkan wajah kerana aku tak bisa untuk melawan renungan tajam matanya itu. Tiba-tiba dengan tidak disangka-sangka, Encik Hakimi mendongakkan sedikit wajahku menghadapnya. Kini wajahku dan wajahnya hanya berjarak setengah inci sahaja. Dapat aku rasakan deruan nafasnya dan haruman wangi dari tubuhnya. Tiba-tiba aku rasa seram sejuk.
            Perlahan-lahan Encik Hakimi mendekatkan wajahnya ke wajahku. Hidung kami bersatu. Bibirnya melekap lembut ke bibirku. Hilang sudah rasa seram sejuk yang kurasakan tadi. Tapi tiba-tiba..................
            “Opps! Abang!.....” aku menolak lembut suamiku. Lantas aku terus berlari masuk ke bilik air yang memang terdapat di dalam bilik pengantin kami. Di dalam bilik air, aku memeriksa sesuatu yang mungkin terjadi pada diriku. Hahaha. Tersenyum kecil aku dibuatnya. Betullah andaianku tadi. Rasa sengal-sengalku tadi rupa-rupanya petanda aku datang bulan.
            Kasihannya laki aku. Kena tunggu lagilah nampaknya. Setelah menyelesaikan urusan peribadiku tadi, aku keluar sambil tersengih-sengih memandang suamiku itu. Suamiku sedang duduk bersila di atas katil memandangku sambil mengerutkan dahinya.
            “Sayang, kenapa tersengih-sengih ni? Kenapa tiba-tiba lari masuk bilik air? Sayang sakit perut ke?” bertalu-talu soalan yang keluar dari bibir suamiku itu.
            “Abang, Jasmin minta maaf. Jasmin periodlah bang. Tu yang tiba-tiba Jasmin lari masuk bilik air.” Kataku sambil tersengih-sengih. Pipiku aku rasa memerah lagi ni.
            “Alorh, awat time gini period sayang datang. Ishh, potong betullah.” Ujar suamiku kecewa sambil menumbuk lembut bantal empuk kami.
            “Aduh, lagi seminggulah abang kena tunggu ye?” tanya Encik Hakimi lagi. Aku hanya menganggukkan kepala sambil terus tersengih. Tergelak besar aku melihat wajahnya. Dah macam cencurut. Muncung bukan main panjang lagi.
            “Jasmin gelakkan abang ye. Takper-takper, lagi seminggu nanti siaplah Jasmin.” Kata suamiku sambil memelukku erat di dalam dakapannya. Aku membalas pelukannya itu.
            “Malam ini abang nak peluk sayang kuat-kuat. Tak nak kasi sayang lepas.” Katanya lagi. Aku hanya tersenyum bahagia. Malam itu aku tidur lena dalam dakapan suami tersayang.
            Aku terjaga dari tidur tengah malam itu. Aku rasa perutku memulas-mulas. Aku rasa perutku bagai dicucuk-cucuk. Sakitnya bukan kepalang lagi. Period pain aku datang lagi. Begitulah jadinya kalau period aku datang. Period pain yang aku alami teramatlah teruk sekali. Kadang-kadang sampai aku tak larat nak bangun. Hanya terbaring lemah di atas katil.
            “Sayang, kenapa ni?” suamiku bertanya apabila dia tersedar dari tidurnya tadi. Tergambar kerisauan di wajahnya melihat aku yang sedang mengerang kesakitan.
            “Abang, sakit. Jasmin senggugut ni.” Kataku lemah.
            “Ye ke. Alahai kasihannya isteri abang ni.” katanya lagi sambil mengusap lembut perutku. Aku masih lagi mengerekot kesakitan.
            “Sayang tunggu sekejap ye. Abang nak ambil minyak gamat dalam almari.” Kata suamiku lalu turun dari katil mengambil minyak gamat.
            Perlahan-lahan Encik Hakimi melumurkan minyak itu di atas perutku dan mengurutnya perlahan-lahan.
            “Sakit lagi sayang?” tanyanya lagi risau.
            “Kalau sakit lagi abang bawa pergi klinik ye.” Katanya lagi.
            Aku hanya menggelengkan kepala lemah. Period pain aku membuatkan aku tidak larat untuk bersuara. Aku hanya memandang wajah suamiku sambil cuba untuk tersenyum walaupun perutku benar-benar terasa sakit.
            “Sayang tidur dulu ye. Pejam mata tu. Biar abang urut perut sayang ni.” katanya lagi prihatin sambil terus jari-jemarinya ligat mengurut perutku. Aku hanya menganggukkan kepala dan perlahan-lahan mataku terlelap. Rasa sakit yang aku alami tadi beransur-ansur reda. Berkat urutan kasih sayang dari suami tercinta.
            Pagi itu, aku terjaga dari tidur lena yang panjang. Nyenyak sungguh tidur aku. Selalunya, kalau period pain aku datang memang teramat payah untuk aku tidur. Aku berpaling ke sebelah katil. Suamiku tiada disisi. Kemanalah pula perginya ni. Rasa sakit perutku juga telah beransur-ansur berkurangan.
            Alamak, jam sudah menunjukkan pukul lapan pagi. Aduh, mesti ramai ahli keluarga lain yang sudah bangun ni. Patutnya aku sebagai anggota baru dalam keluarga ini bangun lebih awal dari semua orang untuk menyiapkan sarapan. Jatuhlah saham aku nanti depan keluarga mertuaku. Issh, malu betullah. Baik aku mandi sekarang.
            Sedang aku hendak turun dari katil untuk ke bilik air, kuakkan pintu dari bilik kami terbuka. Ternampaklah tubuh sasa suamiku menatang segelas air susu dan roti bakar di dalam dulang. Suamiku itu hanya tersenyum manis memandangku.
            “Kenapa sayang bangun ni? Sayangkan tak sihat lagi.” Kata Encik Hakimi sambil membawa dulang berisi makanan itu ke atas katil.
            “Jasmin nak mandi dululah bang. Malulah bang menantu lewat bangun. Mesti umi dan abi dah bangun kan.” ujarku dengan perasaan sedih dan malu.
            “Jasmin janganlah risau. Abang dah inform kat semua yang Jasmin tak sihat sikit. Dorang semua risau tau. Dorang semua suruh Jasmin rehat aje dalam bilik ni. Sudahlah tu. Jasmin sarapan dulu. Lepas tu makan ubat yang umi bagi ni. Ni ubat tahan sakit.” Katanya sambil menghulurkan segelas susu kepadaku.
Aku sememangnya kurang gemar minum susu, tapi apabila melihatkan keprihatinan suamiku yang bersusah payah membawa sarapan ke dalam bilik, aku gagahkan jua anak tekak ini untuk menelan air susu itu. Kembang kuncup anak tekakku bila air susu yang pekat mengalir di kerongkongku.

No comments:

Post a Comment