Tuesday, 15 January 2019

Novel Review: Kekasihku Mutan

Novel: Kekasihku Mutan

Penulis: Fadzillah Omar

Rate: 7/10

Tarikh Pembacaan: 8 - 11/1/2019

Sinopsis Kulit Belakang:

Nahas kapal terbang ketika Marsyanda sedang belajar di New York meragut nyawa seluruh ahli keluarganya. Dia keseorangan pulang ke Malaysia selaku pewaris sah syarikat ayahnya, Biotechgen. Namun dia memilih menjadi selebriti, lalu terjun ke dunia lakonan.

Dalam kemasyhuran, seorang peguam muncul menyampaikan satu amanah. Kotak kayu berukir diterima dengan kemusykilan. Sejak itu dia diganggu memori silam tentang Adib, lelaki misteri yang muncul dari hutan di pinggir kediaman.

Siapa Adib sebenarnya? Apa kandungan kotak yang diterima oleh Marsyanda? Kenapa mereka perlu bersatu tenaga menghadapi bencana angkara manusia serigala? Ini cinta dalam perang. Ini cinta tak terhalang.
.
.
.
.
Review Cik CT:

Dah lame dah habis baca novel ni tapi macam biasalah tak dan nak buat review. Agak gigih jugaklah aku nak habiskan baca novel ni sebenarnya. Mula-mula plot agak membosankan, namun lama-lama bila dah sampai dipertengahan cerita, memang sangat-sangat mendebarkan. Suspen, penuh debaran dan memang thrill lah novel ni. Bagi aku novel ni boleh dikatakan menarik. Bila dah part tengah tu, kita dah rasa tak sabar-sabar nak tahu kesudahan cerita. Apa yang terjadi pada Adib dan Dahlia? manusia mutan yang dicipta dari idea gila saintis yang mengejarkan keuntungan semata-mata. Berjayakah Marsyanda memperbetulkan segala perkara yang tak sempat arwah ayah dia perbetulkan?

Aku tertarik dengan kisah cinta antara Adib & Marsyanda. Mereka seakan-akan mempunyai perasaan yang sama. Kalau Marsyanda dalam kesusahan, Adib juga merasakannya. Tapi penulis tak elaborate details pulak kenapa. Mungkin itulah dinamakan jodoh kot. Hahaha. Cubit peha kiri peha kanan terasa jugak. Cuma aku agak kecewa lah pada bahagian storyline specimen botol berwarna hijau yang beriya-iya Prof Jalis & Prof Bagot sembunyikan. Rupa-rupanya, diakhir cerita botol specimen tu pecah macam tu jer. Dan cara nak hapuskan manusia serigala tu mudah jer... Hahaha.. Tak perlukan specimen tu pun xper benonye..Dan agak kecewa gaklah, mati-matilah aku ingat botol specimen tu boleh mengembalikan gen mutan Adib & Dahlia kembali normal semula. Huhuhu......

Bace novel ni, aku rasa macam tengah berada dalam dunia komik Marvel pulak. Hahaha... Iyer lah, saintis giler duk lah beriya-iya nak meng"combine"kan sel binatang dengan sel manusia. Maka, terjadilah manusia mutasi yang mempunyai pelbagai kebolehan. Boleh jadi superhero dah Adib dan Dahlia ni. Hahahaha....

Aku suka novel ni. Plot story memang lain dari naskhah Tuan RAM tapi masih lagi memberikan sentuhan thriller yang menarik serta mendebarkan. So, tak rugi aku grab novel ni masa kat bookshop I AM LEJEN tempoh hari. Hahahaha....


Thursday, 10 January 2019

Virtual Run 2018

Last year, aku ade register dua penyertaan untuk virtual run. Satunye Shoppadiva Virtual Run 3KM dan satu lagi Score 11.11 Virtual Run 5KM. Kedua-duanya aku dapat habiskan larian.

Kalau kau join virtual run, kau dikehendakki untuk berlari dalam jarak yang kau pilih. Tak kisahlah sama ada 3KM ke, 5KM ke atau pun 10KM. Berlarilah di mana saja kau rasa nak berlari. Yang penting kene track masa dan distance larian kau tu. Gune je lah whatsoever apps running yang ade kat apps store tu. Aku gune apps Strava jer.

Fee untuk virtual run ni pun actually murah compare dengan run yang sebenar tu. Banyak gaklah bezanya. Mayb sebab ada t-shirt kot. Virtual Run tak ada tshirt ye. Cuma ada medal jer. Lepas dah berlari dalam tempoh yang ditetapkan dan dah submit jugak keputusan run kau dalam tempoh masa yang ditetapkan barulah medal akan dihantar within 1-2 weeks dari tarikh akhir result dihantar.

So, aku dah dapat dah kedua-dua medal untuk Virtual Run aku tahun lepas. Cantikkk...aku sangat sukakan medal Score Run. Medal finisher 42KM okay..padahal buat 5KM je...kihkihkih....Medal Shoppadiva pun lawa jugak.

This year ada nak join virtual run lagi tak???

Pada aku best jugak join virtual run ni. Macam beri satu booster untuk kau berlari dan jogging.  Iyer lah, kau dah bayarkan haruslah kau kene tamatkan jugak larian yang kau dah pilih. Kirenye x ade lah kau lari saja-saja. Selain kau dapat keluarkan peluh dan sihatkan badan, kau dapat jugak medal as a reward kau. kannnn!!!!

Menjawab pada soalan kat atas tu..in sha Allah, akan ada lagi virtual run yang aku ingin buat. Tapi kene cari yang sesuai dan harganya mestilah murah jugak. Hehehe.....


Medal Score 11.11 Virtual Run 5KM


Medal Shoppadiva 2018 Virtual Run 3KM

Sekarang ni aku memang tengah menggila kunpul medal running. Hahaha...Sekurang2nya setiap bulan aku kene join running. Moga aktiviti baru aku ni akan terus konsisten lah kan dan bakal menurunkan jugak berat badan aku serta buat stamina aku lebih fit.

Jom...join yus berlari jugak..🏃🏃🏃

Tuesday, 8 January 2019

Teaser Review Kekasihku Mutan

La ni tengah on going baca novel Kekasihku Mutan. Sebuah novel thriller karya Fadzillah Omar. Aku x pernah lagi baca karya novelis ni. Tapi novelis ni dah tulis 13 buah novel pelbagai genre.

Kekasih Mutan ada ala-ala macam novel thriller Tuan RAM sikit, tapi sudah semestinya karya Tuan RAM lagi menarik dan daboom. Bukanlah aku nak cakap novel Kekasihku Mutan ni tak sebagus karya2 Tuan RAM tu. Kekasihku Mutan ni pun aku baru baca tak sampai lagi separuh. Jalan cerita pun nampak macam agak menarik dan mendebarkan. Cuma, untuk novel ni sepertinya aku tak begitu teruja nak cepat-cepat tamatkan pembacaan compare dengan pembacaan Kasyaf Ain tempoh hari.

Baca 1 bab, aku dah stop kejap. Pastu sambung lagi 1 bab berhenti lagi. Serasanya, macam x de rasa keterujaannya disitu walaupun aku tahu plot novel ni memang menarik. Mungkin mind set aku mengatakan hanya Tuan RAM je yang terer menulis karya thriller ni, sebab tu otak aku jadi lagu ni. Hahaha. 

Come on faiross...trylah baca karya thriller novelis lain. Mana tahu, kau akan sukakannya kan??? hehehehe.....

Kekasihku Mutan ~ kisah seorang manusia yang tercipta dari tangan-tangan yang pentingkan diri dan bercita-cita tinggi untuk mengusai dunia ini. Sebuah cerita fiksyen, dan ala-ala macam tengah baca komik Marvel. Hahaha..Mungkin, penulis terinspirasi dari superhero Marvel kot. Hohoho....

Masih lagi dalam kegigihan untuk menghabiskan bacaan. Tapi kejap benti, kejap baca, bila lah aku nak habis baca novel ni???

Dah habis baca novel ni, aku buat satu entri untuk ulasan novel ni nanti. So, cepat habiskan yus. Best x novel ni?? Setanding x dengan karya2 Tuan RAM???

Tungguuuu......


Monday, 7 January 2019

Apa maksud seyogia tu?

Aku dah cari tahu dah apa maksudnye SEYOGIA itu...

YOGIA - Di dalam kamus dewan ke-4 membawa maksud berpatutan, padan, layak. So, SEYOGIA membawa maksud sepatutnya, selayaknya, sepadannya (ehh..ade ke perkataan sepadannya??hahaha)

Tapi, apa yang aku tahu, aku tak berapa nak tangkap ape kaitannya tajuk SEYOGIA dengan isi cerita novel ni. Hohoho...

Mungkin selayaknya, Jard diberikan peluang. Mungkin selayaknya Jard perlu bangkit dari kesedihan dan ujiannya. Mungkin jugak selayaknya Jard perlu besyukur kerana ujian dan dugaan yang dia terima tak seteruk orang lain. Hurmm..mungkin. Hohoho..

Sunday, 6 January 2019

Novel Review: SEYOGIA

Novel: Seyogia

Penulis: Amal Hamsan

Rate:  7/10

Tarikh Pembacaan : 06 January 2019


Kakinya selayaknya teguh berdiri, tanpa perlu diangkat tinggi untuk terus berlari.

Sinopsis Kulit Belakang:

Pertemuan mereka berdua tidak berdiri atas dasar kebetulan. Rasa yang terselit antara mereka berdua dengan seorang lagi manusia, berlainan. Walaupun permulaannya sama, namun yang hujungnya jelas tiada persamaan.

Cinta antara mereka tidak pernah bertemu muka. Cinta antara mereka terus-terusan membuta. Cinta antara mereka hanya mengait rasa derita.
.
.
.
.
Review Cik CT:

Novel yang aku beli di Kedai Buku I AM LEJEN, SS15. Lepas je lepak makan butter chicken kat Gold Chilli ngan bebudak ni, kitorg singgah masuk jap kedai buku. Gamat seketika bookshop tu dibuatnye dengan kehadiran kami bertujuh. Macam-macam soalan yang ditanya. Dan tak pasal-pasal tu jugaklah, aku dah jadi ahli I AM LEJEN. Dan tak pasal-pasal tu jugaklah aku dah rembat 3 biji novel dengan harga ahli. Beli 1 RM10, beli 3 RM20. Haruslah beli 3 biji teruskan. 3 biji novel tu adalah SEYOGIA, KEKASIHKU MUTAN & TIGA TITIK. So, baru petang tadi, di Taman Hutan Bandar USJ3, aku tamatkan pembacaan Seyogia.

Sehari je novel ini dihabiskan. Aku start pembacaan malam semalam, dan tamatkan pada petang tadi. Aku ambil novel ni sebab adik yang jaga bookshop tu kata, Seyogia ini adalah salah satu masterpiece atau bestseller dorang. So, tanpa lengah aku terus capai novel ni. Banyak lagi novel yang lain, tapi biarlah aku ambil yang ni jugak as sinopsis novel ni nampak menarik. Aku tak dapat tangkap maksud sinopsisnya. Tu yang aku tertarik dengan naskhah yang satu ini. Nak tahu, novel ni cerita tentang apa.

Pada permulaan aku nampak novel ni dan tengok siapa penulisnya, aku ingatkan penulis ini adalah lelaki. Tapi aku rasa aku silap. Mungkin penulis novel ini seorang perempuan. Aku dapat katakan novel ni kalau korang bukan yang jenis suka ayat-ayat yg putar belit dan ayat yang penuh dengan maksud tersirat mesti bosan dah baca novel ni. Aku bukan kata ayat dalam buku ni berbunga-bunga atau pun berkias-kias, tapi hurmmm...korang bacalah sendiri. Hahaha...Seriously, pada permulaan cerita aku tak paham situasi si Jard dan abangnya itu.

Tapi, aku dapat bayangkan Jard seorang anak yang kehilangan kasih sayang ayah dan ibunya. Dia cuma ada abang yang sangat menyayanginya. Tu pun abangnya dah pergi jauh darinya. Namun, abangnya dah buat yang terbaik untuknya. Tak mahu dia berada dalam keadaan susah walaupun dia dah tak ada. Aku cukup kagum dengan tanggungjawab yang ditunjukkan Jazman sebagai seorang abang untuk adiknya yang tersayang. Sedih bila part Jazman dimatikan macam tu jer. huhuhu.

Aku tak paham kenapa mak dan ayah Jard dan Jazman tak sukakan mereka berdua. Serasanya, mereka berdua tu bukan anak mereka. Kalau iyapun sayangkan anak, bukan itu caranya dengan memaki hamun, memukul dan menumbuk. Disebabkan kurangnya kasih sayang itulah, Jard memberontak. Dia jadi seorang gadis yang rebel. Ponteng sekolah dan merokok. Tapi Jard ade abang yang sangat sayangkan dia. Jard juga bertemu dengan insan yang baik-baik dalam dia cube melarikan diri sekejap dari masalahnya. Die jumpa Laila, die jumpa Kak Mas. Kedua-dua insan ni berkait rapat dengan kehidupan dia sebenarnya. Laila, seorang gadis yang periang namun rupa-rupanya menderita sakit kanser otak dan ingin membantu orang yang die suka untuk mendapatkan orang yang disukainya. Berbelitkan???? Aku sendiri terperanjat bila dapat tahu ape kaitan Laila, Jard dan juga Azzad. Rupenye pertemuan mereka bukan secara kebetulan. Kak Mas pulak boleh kuanggap sebagai contoh masa hadapan Jard. Lari dari rumah, bila balik kepangkuan keluarga rupa-rupanya mak ayah dah tiada. Samalah seperti Jard. Bila dah bersedia balik ke rumah, tapi apa yang diharapkan tak menjadi kenyataan bila mana ayah dan ibunya telah tiada. Tapi aku tak pahamlah kenapa mak ayah Jard buat begitu ekk. Apa masalahnya? Tak sayangkah mereka kepada anak-anak mereka yang dua orang itu je. Bagi aku, mak ayah patut menunjukkan rasa kasih sayangnya pada anak-anak. Bukanlah berlebihan sehingga anak-anak naik kepala tapi cukuplah sekadar anak-anak tahu yang ayah dan emak sayangkan mereka. Hurmmm....

Terlalu berat ujian yang dilalui oleh Jard. Dia kehilangan abang yang satu-satunya harapan dia. Dia kehilangan terus kedua-dua orang tuanya. Dalam dia ingin kembali ke jalan yang lurus dan benar, dia diuji sebegitu sekali. Tapi, mujur dia ada Azzad.....

Cerita ni habis takat tu jer...Hehehe....Tapi, banyak pengajaran yang aku dapat dari buku ni. Kasih sayang sesama saudara dimana dapat dilihat dalam hubungan antara Jard dan Jazman. Sayangnya Jazman kepada adiknya itu.

Intitusi rumah tangga yang berantakkan menyebabkan anak-anak jadi rebel. Memberontak. Mereka rasa tidak disayangi lagi. Mereka melakukan perkara-perkara yang tidak elok untuk mendapatkan perhatian ibu bapa.

Jangan terlalu mengerja duniawi sehinggakan hal akhirat terabai. Dapat dilihat dalam watak mak dan ayah Jard. Solat ditinggalkan, memberikan satu contoh yang tidak baik pada anak-anak.

Aku suka dengan jalan cerita antara Laila dan Jard. Sedih bila Laila dah tak ada. Menitik jugaklah air mata aku ni tadi. Huhuhu...Dia inginkan Jard berubah dan tidak terus jauh hanyut seperti dahulu. Dan dia tahu Azzad boleh menarik Jard semula sepertimana Azzad menariknya dahulu. Sebuah percintaan segi tiga pulak bila aku baca. Tapi tergantung macam tu jer. Hehehe....

So, ni 1st time aku baca novel yang macam ni genrenye. Bukan novel romantis, bukan novel cinta. Lebih kepada novel motivasi pun iye gak. Sedih pun iye jugak. Macam novel karya Hlovate. Yeszzaa.  betul...ada iras-iras karya HLovate...Tetibe rindu dengan penulis tu. Dah tak menulis lagi ek die...huhuhu...

Itu jer lah review aku tentang novel Seyogia ni. Aku tak tahu apa yang dimaksudkan dengan Seyogia ni. Kejap lagi aku cari tahu...Hehehe...

Next novel ~ Kekasih Ku Mutan ~ Novel yang aku beli jugak di bookshop I AM LEGEN  hari tu.

Saturday, 5 January 2019

Novel Review: KASYAF AIN

Novel: Kasyaf Ain

Penulis: Ramlee Awang Murshid

Rate: 10/10

Tarikh Bacaan: 5 Januari 2019



PENGHASUT ADALAH SYAITAN LAKNATULLAH. KHILAFNYA ADALAH KETOHORAN DALAM AGAMA. PENYEBABNYA ADALAH CINTA.


Sinopsis Kulit Belakang:

Rosman dan Anita - dua pegawai polis siasatan jenayah sedang memburu penjenayah kejam di ibu kota. Tiap malam bulan mengambang, kejadian kejam sering berlaku, yang mana mangsa pembunuh bersiri itu mati dalam keadaan aneh. Setiap mangsa ditemui mati mengering tidak berdarah. Disifatkan dibunuh atas tujuan ritual songsang yang menjurus kepada kematian paranormal.

Hanum Saskia, lunak suaranya telah memukau hati Syamel. Dari mata turun ke hati, wajah jelita bagaikan puteri itu telah membuat Syamel jatuh cinta. Namun Hanum Saskia telah dibunuh oleh Syamel. Aneh! Mengapa Hanum Saskia dibunuh saat cinta Syamel dibalas? Siapa Syamel?
.
.
.
RAMLEE AWANG MURSHID dengan berani menampilkan NASKHAH SULUNG terbitan RAM Typewriter iaitu syarikat penerbitan beliau sendiri. Menghidangkan sebuah cerita berkonsepkan psycho-thriller yang pasti menggugat fikiran anda. Semestinyasebuah karya WAJIB dimilik!
.
.
.
.
Review Cik CT:

Alhamdulliah...akhirnya Kasyaf Ain berjaya menjadi milik aku. Karya terbaru dari penulis No. 1 Thriller Malaysia. Ternyata sebuah karya yang sangat-sangat menarik. Yang semestinya tak akan kutinggalkan pembacaannya. Tak sabar-sabar rasanya nak mengakhiri pembacaan. Ingin tahu apa kesudahan dan apa cerita disebalik semua kejadian itu. Ternyata karya Tuan RAM membuatkan aku sangat teruja dengan jalan ceritanya yang tidak disangka-sangka. 

KASYAF AIN ~ Terpikir sejenak aku apa maksudnya? Apa kaitannya dengan kisah Hanum Saskia & Syamel ni sebenarnya. Hehehe. Tak diperincikan pulak kenapa tajuk novel ini diberi tajuk KASYAF AIN. Pasti akan ada kesinambungannya. Kita nantikan sambungan KASYAF AIN ini.

Tak banyak aku nak ceritakan mengenai karya terbaru Tuan RAM ini. Aku syorkan korang baca lah sendiri. Pasti korang akan rasa lagi lebih teruja dan eksaited. Sememangnya aku sendiri sangat eksaited. Karya ini aku habiskan dalam masa sehari saja. Dan aku sangat berpuas hati dengan karya Tuan RAM ini. Pastinya, aku akan mendapatkan karya-karya beliau yang akan datang.

Dalam Kasyaf Ain ini, tidak disangka-sangka akan pengakhiran ceritanya. Finally, kebatilan dapat dicegah. Tapi rupanya kejahatan dan kebatilan itu akan sentiasa ada sehinggalah ke hari kiamat. Kita sebagai hamba Allah Yang Maha Esa wajib membanteras kejahatan itu dari terus berleluasa.

Aku pasti akan ada sambungannya. Hishh, tak sabar rasanya nak tunggu sambungan Kasyaf Ain ni. Aku beli novel ni direct melalui RAMFC Book Store melalui IG mereka. Harga cuma RM45 termasuk postage. Novel akan didatangkan dengan tanda tangan Tuan RAM dan beberapa barangan premium naskhah Kasyaf Ain. Aku memang sangat teruja. Memang tak sabar-sabar nak baca. Serasanya, tak dijual lagi Kasyaf Ain ni di pasaran. 

Aku tak sabar nak dapatkan Anding Ayangan II pulak lepas ni. Hehehe...

Thursday, 3 January 2019

KL International New Year Run 2019 - 01 Jan 2019 -

Larian pertama untuk tahun 2019 ini. KL International New Year Run 2019. Tahun kedua aku join larian tahun baru ini. Kalau last year aku lari berdua dengan Uji, kali ini aku lari bersama Lydia, Hazirah dan Syuhada. Penyertaan dah lama dibuat, sejak tahun lepas lagi. Punyer lah eksaited kan. Target tahun baru ni nak memperbanyakkan join larian. Paling kurang sebulan kena ada sekali join running event. Di samping boleh menyihatkan badan, boleh jugak dapat kenalan-kenalan baru. Mungkin jugak jodoh. Opppss!!! Hehehe...


1st larian Cik CT untuk tahun 2019

Aku dan yang lain join 5KM jer. Bukan lari mana pun. Kitorang lebih kepada jalan-jalan melihat keindahan Kuala Lumpur di pagi tahun baru. Flag off untuk 5KM dalam pukul 7.30 pagi. Kitorang dah lambat sampai benonye. Orang ramai pun dah start lari waktu tu. Kitorang pun apalagi, join lah sekali di pertengahan jalan tu. Syuhada kami tak jumpa lagi. Jumpa dia lepas masing-masing dah sampai finish line. 

Actually, dah awal dah gerak dari USJ tu. Tapi disebabkan tunggu Lydia yang lewat tiba kat LRT Taipan, kitorang naik LRT menuju ke Masjid Jamek dalam pukul 6.45 pagi. Hazirah dah bengang dah awat kami tak sampai-sampai lagi. Hahaha. Sorry Zirah!! 

Kitorang akhirnya berjaya menamatkan larian dalam masa lebih kurang 50 minit. Itu baru je jalan-jalan laju, kalau lari laju-laju mesti dah cepat sampaikan. Hahaha. Uolss nak tahu, ada peserta buat 5KM dalam masa 15 minit je. Giler ahh...ada superpower ke boleh lari selaju dan sepantas itu. Ohmaiii!!!

Untuk larian new year kali ini, agak tak berapa nak teratur lah perancangannya. Baucer pun tak dapat banyak. Sekadar satu baucer RM60 off untuk pembelian sport bra yang mana aku boleh dapat kat SOGO atau Aeon Mall dengan harga berbelas ringgit ataupun paling mahal berpuluh ringgit. Hahaha. Cabutan bertuah?? Semestinya, no bip aku tak pernahnya bertuah. Bertuah pun sekali jer time join KL Fun & Ride @ Titiwangsa. Itu pun dapat tempat letak botol air kat basikal yang mana bendanya aku tak ingat mana aku dah campak. Hahaha...

Tapi, untuk larian kali ini aku tersangatlah suka dengan baju running eventnye. Meriah dan penuh warna-warni uolss..Bila penuh dengan lautan manusia yang pakai baju yang sama nampak lagi cantik. Hehehe. Medal jugak sangat cantik compare dengan medal last year run 2018.


My 1st Medal


Wajah semestinya kena ade senyuman yang indah walaupun penat dan letih



Lepas jer habis event, perut masing-masing lapar mintak diisi. Mana taknya, kami berlari tanpa makan sarapan terlebih dahulu. Mujur juga tak pengsan masing-masing. Area masjid jamek, dataran merdeka tu mana lah ada kedai makan. Kalau ada pun fast food or kedai mamak. Taknaklah kami. Maka menapaklah kami ke pusat membeli belah SOGO mencari makanan. Sampai SOGO masuk lah DUBUYO. Belum gaji dah makan mahal-mahal. Hohohoho...Ohmaii...dah lah belum gaji, SOGO tengah sales. Setiap tingkat penuh dengan sales. Ade lah jugak hasil tangkapan yang sempat kami capai kat dalam tu. HoHoHoHo...Nasib gaji belum masuk lagi time tu. Kalau tak, tak tahu nak kata ape dah. 

Penat berjalan, lapar balik...Nampak pulak street churros.. Makan lagi. See, sia-sia je kalori terbuang masa berlari tadi. Ehhh, ditekankan di sini. Kami tak berlari ye. Cuma berjalan laju je. So, tak ade lah rasa terkilan sangat bila dah melantak banyak tu. Kita anggap as reward di tahun baru lah yer. Hahaha..

Lepas makan dan shopping, kitorang dah sangat tak larat. Weolss sampai USJ pukul 4.30 okay!! Dari pagi sampai ke petang di luar. So, itu jer lah aktiviti kami di hari pertaman 2019. Lari, jalan, shopping dan makan....


Cantikkan tak warna baju kitorang semua. Dah macam warna aiskrim




Yesss...We did it..



Boleh sangat ni kalau nak kurus lagi.


Wajah kepenatan selepas berlari (lari lah sangat kann!!) Nak makan!!!




Jangan ngelat pulak p naik tren.


Sempat lagi benti ambil gambo..



Haruslah kene ada gambo gigit medal.


Next running event bulan 2 nanti, Seniman Run 2.0.