Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

Novel Review: Aduhai, Mat Skema!

Novel Review: Aduhai, Mat Skema! Penulis: Levis Delisya Rate: 7/10 Tarikh Bacaan: 16 - 18/11/2018 "Dia skema, tak pandai kata I love you! Takkan perigi nak cari timba?" Sinopsis kulit belakang: Fariz ibarat buku teks bergerak yang sentiasa mendukung peraturan. Nur Hanna pula si samseng sekolah yang sukakan cabaran. Dalam kalangan teman, mereka disanjung dan dijadikan ikutan. Namun antara mereka terjalin permusuhan. Seorang digelar Mamat Skema, seorang lagi Miss Troublemaker. Mereka terus bercakaran dan bersabung pendapat. Akhirnya masing-masing membawa haluan yang berbeza arah tujunya. Fariz, si penegak keadilan menjadi polis. Nur Hanna, si perusuh peraturan pula menjadi novelis. Segalanya bermula tatkala Nur Hanna menyaksikan satu pembunuhan. Kebetulan Fariz pula yang ditugaskan untuk memberi perlindungan. Dapatkah mereka menamatkan persengketaan atau akan bermulakah sebuah kisah percintaan? Salam perkenalan yang dihulurkan lelaki kacak dan kaya, Ai

Novel Review: Akhirnya Aku Kahwin!

Novel Review: Akhirya Aku Kahwin! Penulis: Herna Diana Rate: 8/10 Tarikh Bacaan: 3 - 4/11/2018 Sinopsis Kulit Belakang :  Didi - gadis 'comel' yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan. Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Kata-katanya ibarat bom nukleur yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya 'Debab'. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Dar

Proton HSN21KM 2018 - 13 October 2018 -

Larian seterusnya ialah Proton HSN21KM 2018 anjuran Proton yang diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 13 Oktober 2018 yang lalu. Larian bermula pada pukul 7.45 malam untuk 5KM namun terdapat sedikit insiden yang kurang menyenangkan pada hari kejadian di mana kami semua start berlari lebih kurang pada pukul 9 malam. Tak silap aku kitorang start berlari pukul 9.10 malam. Lewat kan... Ada sedikit salah faham lah sebenarnya bila mana, bagi mereka yang masuk kategori 21KM dan 10KM, dorang akan mula berlari dari dalam stadium tapi bagi kami yang 5KM ni start berlari di luar perkarangan stadium. Lepas tu tak ade sape yang guide. Masing-masing duk ada dalam stadium tengok perlepasan untuk 21KM dan 10KM. Pelik jugak awat tak start-start. Patutnya dah flag off. Mujur lah mulut ni rajin bertanya, kalau tak melanguklah tunggu kat dalam stadium. Hahaha... Sempatlah jugak berwefie dengan abang-abang cantik dan handsome ni... Pagi selfie kat sini, malam pun nak jugak. haruslah