Skip to main content

2024 - Tahun happy kan diri sendiri

Happy New Year 2024.....

Cepat betul masa berlalu kan..Hari ni hari ketiga kita di tahun baru..Blog Cik CT ni pun dah hampir 2 tahun ditinggalkan. Last entri January tahun lepas. Lepas tu aku dah tak cara dah dengan Blog Cik CT ni.

So, azam tahun baru ni aku nak start semula menulis. Mengabadikan kenangan yang berlaku di sepanjang tahun 2024 nanti. Memori di tahun 2023 biarlah terkubur sebagai kenangan. Terlalu banyak kenangan-kenangan manis dan jugak pahit ditinggalkan di tahun 2023. Tahun yang sangat menyedihkan untuk aku sebenarnya. Apa yang dirancangkan semuanya tak menjadi.

Tipulah kalau hati ni rasa tak sedih, terkilan, tapi nak buat camne bukan jodoh yang terbaik untuk aku agaknye. Tahun yang aku impikan untuk bakal menamatkan zaman bujang tp ternyatanya bukan. Bukan tahun 2023 rupenya. Huhuhu...

Tahun 2024? Hurmm...aku dah malas nak berharap lagi sebenarnya. Target aku sekarang bukan itu lagi. Hati rasa dah kosong. Kalau ada ye ada. Kalau tak ada pun aku redha. Biarlah aku lalui hari2 yang mendatang dengan keceriaan dan kegembiraan bersama dengan orang yang betul-betul sayangkan aku.

Target untuk tahun 2024 ni aku nak dapatkan berat idaman aku. Road to 53kg in progress. Before ni tak de kesedaran. Tapi lepas berat dah nak menginjak ke angka 70 kg, aku dah tak boleh lengah lagi. Mujur ada insan istimewa yang tak jemu membantu dan memberikan nasihat dan tips2 kesihatan. Pencetus semangat aku untuk hidup sihat dan kurus. 

Raya tahun ni walaupun masih team raya single akan aku pastikan aku berbaju kebaya di pagi hari raya. Hagiteww!!! No partner di pagi raya?? Who care?? Hahahaha...

Tahun ni jugak aku nak kembali aktif berhiking dan jugak berlari. Tahun ni in sha Allah, kalau tak ada aral kaki ini bakal memijak puncak Gunung Kinabalu dan Rinjani. Tak dilupa jugak nak kumpul duit nak bayar komitmen yang ada dan kumpul duit nak pergi dua gunung ni ye. Hehehe...Pengsann!!!!

Tahun 2024 tahun bahagiakan hati sendiri......Tahun cari duit banyak....Hahaha....

 


Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...