Thursday, 7 March 2013

BYDC - BAB 20

Imbas kembali.........
            “Abang janji dengan Hakim ye yang abang takkan beritahu umi dan abi tentang penyakit Hakim ni. Promise me, abang Kimi.” Ujar Hakim bersungguh-sungguh pada abang kembarnya, Hakimi.
            “Tapi Kim, lambat-laun diorang akan tahu juga penyakit Hakim ni. Lagipun, baik kita balik Malaysia aje. Kita cuba pula buat rawatan kat sana. Kalau kita tak berjaya buat rawatan moden, kita cuba pula rawatan tradisional. Kita balik ye Hakim. Umi dan abi mesti tahu keadaan Hakim ni. Diorang ibu bapa kita Kim. Mereka berdua berhak tahu keadaan anak mereka.” Ujar Hakimi bersungguh-sungguh memujuk adiknya. Puas sudah dia memujuk adik kembarnya itu balik ke Malaysia.
            Penyakit yang dihadapi oleh Hakim perlu dirawat dengan segera. Walaupun doktor di sini mengesahkan yang penyakit Hakim tidak boleh dirawat lagi namun, berkat doa ibu dan ayah, mungkin satu keajaiban akan berlaku.
            Tempoh hari, mendengarkan sahaja adiknya itu menghidapi kanser hati, hatinya bagaikan hancur luluh. Terasa sebahagian daripada dirinya terbang melayang begitu sahaja. Mereka berdua adalah pasangan kembar. Oleh itu, tidak mustahil Hakimi juga turut merasakan apa yang dirasai oleh Hakim.
            Ini baru dia yang mendengarkan berita sedih itu. Belum lagi umi dan abinya. Tentu sekali mereka akan berduka dengan perkhabaran tersebut. Namun, hal ini perlu diketahui oleh mereka berdua kerana berkat doa ibu itu sendiri dapat juga meringankan beban yang kini ditanggung Hakim.
            Hampir dua minggu, Hakimi dan Hakim balik ke Malaysia. Keadaan Hakim juga sudah kembali ceria dan kelihatan lebih bertenaga. Berkat kasih sayang dan sokongan daripada umi dan abi. Selepas sahaja menerima perkhabaran mengenai keadaan Hakim tempoh hari, umi dan abi tidak dapat menahan sebak dan kesedihan dengan atas apa yang menimpa kepada anak mereka. Haikal dan juga Rina tidak dapat menahan kesedihan apabila melihatkan keadaan abang kesayangan mereka. Namun, kesedihan itu sedaya upaya cuba untuk tidak ditunjukkan di hadapan Hakim. Mereka sekeluarga perlu tabah dan kuat mengharungi dugaan daripa Allah ini.
            Dan terbuktilah, keadaan Hakim semakin lama semakin beransur baik. Dia juga kelihatan sedikit berisi dibandingkan sebelum ini yang kurus dan kelihatan cengkung. Hakim juga nampak lebih ceria dan gembira. Umi dan abi juga bertungkus lumus mencari penderma yang sudi mendermakan hatinya pada Hakim. Namun, nampaknya rezeki masih belum lagi menjengah Hakim untuk mendapatkan hati yang baru.
            Kelihatan Hakim duduk termenung di balkoni rumah besar itu. Kelihatannya seperti sedang memikirkan sesuatu. Hingga ternampak kerutan-kerutan di dahinya. Perlahan-lahan abang kembarnya, Hakimi masuk ke dalam bilik itu. Lantas, dia duduk di kerusi yang memang terdapat di balkoni itu. Sama-sama merenung pemandangan di hadapan. Hakimi mencuit lembut bahu adiknya.
            “Menungkan apa tu? Jauh benar abang tengok Hakim termenung?” ujar Hakimi tersenyum manis memandang kembarnya. Wajah mereka berdua memang saling tak tumpah. Cuma Hakim kelihatan nampak lebih matang dalam cara pemikirannya. Walaupun perbezaan masa kelahiran mereka hanya berbeza lima minit tapi Hakim nampak lebih matang dan tegas dengan adik-adiknya. Adik kembarnya pula, Hakim seorang yang ceria dan gila-gila. Dia merupakan anak yang pandai membuat lawak dan menceriakan setiap ahli keluarga. Namun, penyakit yang dihidapinya merenggut semua keceriaan yang sentiasa terukir di wajahnya.
            “Eh, tak ada apa-aplah bang. Saje je lihat pemandangan luar ni. Manalah tahu inilah pemandangan terakhir Hakim.” Ujar Hakim sedih. Nampaknya, dia sudah redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuknya.
            “Ish, kenapa Hakim cakap macam tu? Tak baik tau cakap macam tu. Abang tak suka. Lain kali jangan sesekali cakap macam tu lagi. Kita tak tahu lagi perancangan Allah untuk kita. Manalah tahu lepas ni Hakim akan dapat hati yang baru. Nanti Hakim akan kembali sihat macam dulu-dulu.” kata Hakimi memberi kata-kata semangat dan pendorong kepada adiknya itu.
            “Hakim dah redha bang. Hakim tahu yang Hakim takkan lama. Hakim balik sini pun, Hakim nak habiskan masa-masa akhir Hakim bersama keluarga. Bersama umi, abi, abang dan adik-adik. Itu pun dah buat Hakim bahagia sangat-sangat.” Ujar Hakim lagi penuh rasa sendu dan sedih. Hakimi juga turut berasa sedih.
            “Kami semua akan sentiasa berada di sisi Hakim. Akan menemani Hakim setiap saat. Selagi terdaya, abang akan bantu Hakim. Abang akan sedaya upaya untuk cari penderma hati yang sesuai untuk Hakim. Abang tak mahu kehilangan Hakim. Kita kembar. Kalau Hakim tak ada nanti, sepertinya separuh daripada diri abang telah pergi.” Ujar Hakim sedih.
Air mata mereka terus mengalir deras. Ikatan persaudaraan mereka terlalu utuh dan kuat lebih-lebih lagi mereka adalah pasangan kembar. Mereka berdua saling berpelukan.
            Di luar bilik, umi menangis sebak mendengarkan butir perbualan anak-anak kembarnya.
            “Abi, anak kita bi...” umi tidak dapat menahan kesedihan lagi. Terus dia memeluk erat suaminya.
            “Sabar mi....Kita banyakkan berdoa. Jangan sedih-sedih macam ni. Kalau Hakim tengok nanti lagi dia sedih.” Kata abi memujuk lembut umi dari terus menangis. Abi mengusap lembut belakang umi.
            Mereka berdua tidak bersedia langsung untuk kehilangan salah seorang kembar itu. Tidak tahu apa akan jadi pada mereka sekeluarga jika Hakim pergi buat selama-lamanya.
            **************
            Satu malam, Hakim mengetuk pintu bilik abangnya, Hakimi.
            Tok...Tok..Tok..
            Perlahan-lahan Hakim menolak daun pintu bilik Hakimi bila terdengar suara menyuruhnya masuk.
            “Duduklah Hakim.” Hakimi menyuruh adiknya duduk di atas katil.
            Mereka berdua duduk bersantai di atas katil yang empuk itu. Dulu, masa kecil-kecil dia dan Hakim selalu tidur sama walaupun masing-masing mempunyai bilik sendiri. Mereka selalu berbual-bual bercerita perihal masing-masing sehingga ke larut malam. Tapi, sejak Hakim pergi ke luar negara menyambung pelajarannya dalam peringkat Master, aktiviti-aktiviti itu jarang dilakukan bersama lagi.
            Dan malam ini, teringin rasanya Hakim untuk kembali ke saat itu semula. Bersama-sama kembarnya pillow talk sampai ke pagi.
            “Dah lama kita tak duduk-duduk macam ni kan. Rindu rasanya. Apa kata malam ni kita berbual sampai ke pagi?” tanya Hakim teruja.
Hakimi dengan riang menganggukkan kepalanya tanda memenuhi permintaan Hakim itu. Serasanya, sudah lama mereka berdua tidak berbual-bual, berkongsi rasa.
            Banyak perkara yang mereka bualkan malam itu. Dari mereka semasa zaman baby, zaman sekolah rendah, zaman sekolah menengah hinggalah ke zaman universiti. Semua dikongsi bersama semula.
            Tiba-tiba nada suara Hakim sedikit kendur. Seperti ada sesuatu yang memberati jiwanya kala itu.
            “Abang, boleh tak abang buat sesuatu untuk Hakim?” tanya Hakim perlahan.
            “Buat apa Kim? Selagi abang termampu, abang akan tolong. Cakap ajer lah.” Kata Hakimi pula. Dia bersedia untuk memenuhi apa jua permintaan adik kembarnya itu.
            Tiba-tiba, Hakim menghulurkan sekeping gambar seorang perempuan kepada Hakimi. Hakimi menyambut huluran Hakim dan melihat gambar itu. Manisnya perempuan ni. Cantik. Siapa ni?
            “Siapa ni Kim? Awek Hakim ye? Cantiknya.” Ujar Hakim pula sambil memandang wajah adiknya itu.
            “Cantikkan bang. Abang suka tak?” tanya Hakim pula tanpa menjawab soalan yang ditanya Hakimi tadi.
            Hakimi pelik dengan soalan yang ditujukan oleh Hakim kepadanya. Cantik tu memanglah cantik. Wanita ini seperti ada daya tarikannya yang tersendiri. Tapi, kalau nak kata suka tu, tak sampai ke situ lagi agaknya. Lagipun, wanita ini mungkin sahaja teman wanita kembarnya itu. Tak mungkinlah dia mahu merampas teman wanita kembarnya pula.
            “Bang Kimi...Bang Kimi...” layangan tangan daripada Hakim membantutkan lamunannya tadi.
            “Abang ni, mengelamun pula dia. Jasmin pun macam abang ni tau. Suka sangat mengelamun. Hakim selalu sakat dia.” Cerita Hakim penuh ceria mengenai Jasmin, wanita di dalam gambar ini agaknya.
            “Jasmin ni kelakar tau bang. Hakim suka sangat tengok wajah dia bila dia mengelamun atau buat muka merajuk. Rasa macam nak cubit-cubit je. Comel sangat-sangat. Muncung dia tu. Nak je di tarik-tarik tau. Tapi, Jasmin ni tak macam perempuan-perempuan kat luar tu. Pantang dia kalau Hakim sentuh dia. Dia tak suka orang pegang-pegang dia selagi tiada ikatan yang sah. Dia pandai jaga maruah dia sendiri. Dia kata hanya suami dia sahaja yang boleh buat macam tu. Dia suruh Hakim bersabar. Hehehe....” ketawa kecil Hakim bercerita mengenai Jasmin. Hakimi terus setia mendengar cerita kembarnya itu.
            “Hakim sentiasa nak tengok dia gembira bang. Ceria. Tapi, Hakim sendiri yang kecewakan hati dia bang. Hakim dah buat dia bersedih.” Ujar Hakim emosional. Hakimi menepuk lembut belakang adik kembarnya itu.
“Hakim tinggalkan dia macam tu aje. Langsung Hakim tak ucapkan selamat tinggal untuk dia. Mesti dia mencari Hakim. Tertanya-tanya ke mana Hakim menghilangkan diri. Hakim ingat lepas Hakim tamat belajar ni, Hakim nak umi dan abi hantar pinangan datang meminang dia. Tapi, nampaknya hajat Hakim tak kesampaian bila Hakim dapat tahu Hakim ada kanser hati. Hakim taknak dia tahu. Hakim tak mahu buat dia sedih lagi bang. Lagipun, Hakim tak sanggup nak beritahu dia tentang keadaan Hakim ni. Doa Hakim untuk dia agar dia boleh teruskan hidup tanpa Hakim.” Kata Hakim sedih.
Air mata terus-terusan mengalir berlinangan dari tubir mata. Hakimi setia memujuk adiknya agar terus bersabar.
            “Abang, boleh tak abang tunaikan hajat Hakim yang satu ni bang?” tanya Hakim tiba-tiba memandang tepat wajah abang kembarnya itu.
            Hakim jadi kaget tiba-tiba. Hajat apa yang ingin disampaikan oleh Hakim itu.
            “Hajat apa Kim? InsyaAllah, abang akan sedaya upaya untuk tunaikam hajat Hakim tu.” janji Hakimi pada Hakim.
            Hakim tersenyum senang mendengar janji abang kembarnya itu untuk menunaikan hajatnya.
            “Hakim nak abang cari Jasmin. Hakim nak abang bahagiakan dia. Hakim nak abang minta umi dan abi hantar pinangan meminang Jasmin.” Ujar Hakim membuatkan Hakimi terkejut besar.
Hakimi terkejut mendengar permintaan dan hajat kembarnya itu. Hajat itu terlalu sukar untuk Hakimi tunaikan. Dia tidak mengenali langsung wanita yang dipanggil Jasmin itu.
            “Abang, Hakim tahu permintaan Hakim ini agak keterlaluan. Tapi, tolonglah bang. Bahagiakan Jasmin bang. Hanya abang yang boleh membahagiakan dia bang. Hakim tahu abang boleh buat dia bahagia.” Kata Hakim bersungguh-sungguh membuatkan Hakimi serba salah.
            ********************************************************************

No comments:

Post a Comment