Thursday, 21 March 2013

BYDC - BAB 22

Keadaan akhirnya menjadi kacau-bilau apabila Jasmin mendapat tahu kisah sebenar mengenai Hakim atau Jojo.
“Kenapa abang tak beritahu Jasmin langsung selama ini? Kenapa abang rahsiakannya daripada pengetahuan Jasmin?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulutku setelah selesai suamiku bercerita perkara yang menjadi rahsia selama ini. Hatiku cukup sedih dan sebal.
“Abang minta maaf sayang. Bukan niat abang untuk merahsiakannya daripada sayang. Tetapi, abang tak mahu sedihkan hati sayang.” Balas suamiku pula sambil mengenggam erat jari-jemariku.
“Jadi, Jojo dah tak ada ye bang?” tanyaku lagi masih tidak percaya.
“Ye sayang. Arwah Hakim meninggal kerana sakit kanser hati yang dihadapinya. Kami tak sempat nak carikan dia penderma hati yang baru. Allah lebih sayangkan dirinya. Tapi, percayalah Hakim tak ada niat untuk lukakan hati sayang. Nak tipu sayang. Sebaliknya, dia tak mahu sayang bersedih dengan pemergiannya. Dia nak sayang bahagia.” Ujar suamiku lagi bersungguh-sungguh.
Tiba-tiba, terdetik di hatiku adakah suamiku ini mengahwiniku semata-mata untuk memenuhi permintaan Jojo, adik kembarnya.
“Jadi, abang kahwin dengan Jasmin semata-mata untuk memenuhi hajat Jojo? Abang langsung tak....................” Belum sempat aku meneruskan kata-kataku itu, dua jari Encik Hakimi melekap dibibirku memintaku untuk tidak meneruskan ayat itu.
“Sayang, jangan sesekali fikir macam tu. Abang ikhlas mencintai diri sayang. Abang memang terlalu cintakan sayang. Pertama kali abang pandang sayang, hati abang berkata yang sayang akan jadi milik abang. Abang akan membahagiakan diri sayang dan anak kita ni.” kata suamiku lagi sambil mengusap lembut perutku.
Kata-kata Encik Hakimi itu begitu menyentuh hati naluriku. Aku memeluk erat tubuhnya. Kini, aku yakin akan cintanya terhadap diriku.
Buat arwah Hakim, Jasmin telah menemui kebahagiaan yang Jasmin cari selama ini. Terima kasih Jojo.
“Abang, maafkan Jasmin ye.” Ujarku memohon ampun dan menyalami tangannya.
“Sayang tak perlu minta maaf dengan abang. Abang sayang sangat isteri abang ni. Tapi, abang harap kalau ada sesuatu yang menganggu hati sayang, beritahu dengan abang. Cerita pada abang.” Ujar suamiku sambil memelukku erat.
“Abang, nanti bawa Jasmin pergi kubur arwah boleh?” tanyaku tiba-tiba. Teringin rasanya hendak berjumpa dengan Jojo walaupun sekadar tempat persemadiannya. Aku ingin membacakan surah yasin untuk dirinya.
Encik Hakimi menganggukkan kepalanya sambil tersenyum manis memandangku. Aku terus membalas pelukannya dengan erat.
***************************************************************

No comments:

Post a Comment