Wednesday, 7 December 2011

BAB 4


“Aduhai…leceh betullah…aku banyak giler keje ni…boleh pulak suruh aku pergi jumpe wakil Bersatu Holdings tu..ganggu kerje aku ajer la.” Bebel Akmal sendirian di dalam biliknya sambil tanganya ligat menyelak-nyelak helaian kertas projek usahasama syarikatnya dengan Bersatu Holdings.

Teringat kembali perbualan antara dirinya dan juga Dato Hisyam semalam…

“yes pa…papa cari Akif??” Tanya Akmal setelah mendapat keizinan dari papanya untuk masuk kedalam bilik tuan punya syarikat Megah Bersatu Holdings.

“Ya kif..duduk!!” ujar Dato Hisyam mempersilakan Akmal duduk.

Memang kebiasaanya kaum keluarganya akan memanggil dirinya dengan panggilan Akif sahaja di rumah. Termasuklah luqman. Cuma Luqman akan memanggil dirinya dengan panggilan Akmal jika berada di pejabat.

“Papa nak kamu pergi jumpa wakil dari Bersatu Holdings esok petang. Gantikan papa.” Arah Dato Hisyam kepada anaknya itu.

“Nah, ni fail projek tu. Papa nak kamu handle projek ni. Jumpa wakil mereka, discuss sebut harga barang-barang untuk pembinaan tu nanti.” Ujar Dato Hisyam serius.

“Tapi pa, Akif ada lagi projek yang nak kena handle ni. Masih lagi perlu pemantauan Akif pa…” kata Akif sekaligus membantah arahan papanya itu.

Memang betul. Akif perlu handle lagi 2 buah projek pembinaan rumah kos rendah di Setapak. Nasib baik lah projek itu sudah sampai ke fasa yang terakhir. Dan tugas itu boleh diambil alih oleh penolong projek, Encik Hamdan.

“No excuse..papa tau kamu boleh handle. So, handle projek ni.” Tegas Dato Hisyam lagi.
Memang Dato Hisyam yakin akan kemampuan anaknya itu menguruskan projek-projek besar. Sebab itulah dia beriya-iya memberikan projek ini kepada Akmal.

Akmal memang seorang ketua dan juga pekerja yang bagus. Walaupun dahulunya, Akmal bercita-cita untuk menjadi seorang doktor tapi demi permintaan papanya yang menginginkannya mengepalai Megah Bersatu Holdings, Akmal sanggup melupakan cita-citanya itu.

“Baik pa…Kalau itu kehendak papa, Akif akan laksanakan tugasan ni dengan sebaik mungkin. Akif takkan mengecewakan papa.” Janji Akif pada papanya.



“Argh….jangan stress Mal..Ko mesti boleh!!” ujar Akmal perlahan memberikan semangat pada dirinya sendiri.

“Alahai..ko ni da kenapa Mal?? Tengah practice drama ke??” Tanya Luqman tiba-tiba.

“Drama hotak ko..” sembur Akmal pada Luqman.
Kan da kene sembur.

“Yang ko ni tetiba masuk bilik aku ni apahal?? Dah tak tau nak ketuk pintu tu dulu ke?” kata Akmal menyindir.

“Banyak la ko aku x ketuk pintu tu. Aku dah ketuk banyak kali tau. Naik kematu tangan aku ni. Kau tu je yang khusyuk sangat wat drama.” Balas Luqman pula menyindir sahabatnya itu.

“Eh..ye ke!! ko da ketuk ea?? Hehehe…” ujar Akmal sambil tersengih kerana sedar akan kesilapan dirinya.

“Sorry la…aku x sengaja la..aku tengah stress ni..” kata Akmal lagi.

“Kau stress ape lagi??” Tanya Luqman pula. Kasihan pula dia melihat wajah kusut Akmal.

“Papa suruh aku handle projek yang usahasama dengan Bersatu Holdings tu.” Kata Akmal ambil mengeluh.

“  Okey la tu…apa masalahnya pulak??” kata Luqman pula.

“Masalahnya, aku banyak lagi projek nak kene siapkan ni. Aku takut aku x boleh nak handle projek ni.” Kata Akmal berterus-terang.

“Alah, aku yakinlah kau boleh handle this projek. Aku yakin papa kau mesti yakin kau boleh buat kalau x masakan dia boleh kasi ko projek yang bernilai jutaan ringgit tu. Papa kau percayakan kau. Lagipun, x lama lagi kan kau yang akan ambil alih syarikat ni. So, dari sekarang kau kene biasakan diri.” Kata Luqman penuh semangat memberikan kata-kata perangsang kepada Akmal.

Akmal hanya tersenyum nipis. Benar juga kata-kata Luqman tu. Dia beruntung mempunyai sahabat seperti Luqman. Yang sentisasa memberikan kata-kata semangat kepada dirinya.

“Tapi kau mesti tolong aku jugak tau.” Kata Akmal tiba-tiba.

“For sure la my friend.” Ujar Luqman pula sambil memaut bahu Akmal.

“Thanks bro..” Ujar Akmal.

“Thanks ajer…belanja aku makan.” Kata Luqman tersengih.

“Yer la..yok, aku belanja kau makan.” Kata Akmal.

Mereka berdua keluar dari pejabat dengan perasaan gembira. Dan kini Akmal tidak perlu risau dan dia yakin akan dirinya sekarang.



Tepat jam 2 petang, Nur sudah tercongok didepan restoran Seri Melayu untuk perjumpaan bersama wakil dari Megah Bersatu Holdings. Perjumpaan sebenarnya pada pukul 2.30 petang tapi Nur seorang yang suka datang awal bila berurusan dengan klien. Prinsipnya hanya satu, dia tidak suka ditunggu. Prestasi dia dihadapan klien menunjukkan juga karisma syarikat Bersatu Holdings.

Tapi, jam sudah menginjak ke angka 4 petang. Batang hidung wakil dari Megah Bersatu tak muncul-muncul lagi. Nur mula berhangin.

“Aik, mana lah plak mamat ni…jenuh dah aku menunggu ni?” bebel Nur sendirian.

“Tadi beriya-iya suruh datang awal, jangan lewat. Ni dia pulak yang lewat. Aku balik jugak ni nanti. Dah lah sombong nak mampus bercakap dalam telefon tadi.” Bebel Nur lagi menahan geram.
Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Nur mula panas hati. Dia berkira-kira hendak blah aje dari situ. Jumpa lain kali saja.

Sedang dia berkira-kira hendak pulang, ada suara mencelah.

“Dah nak balik ke?” tegur suara itu.

Seorang lelaki yang pada pandangan setiap wanita cukup bergaya dan segak. Bisa mencairkan hati wanita-wanita yang ada di Malaysia ni. Dengan kemeja berwarna biru lembut, rambut tersusun rapi jelas menampakkan kekacakannya. Tiba-tiba, Nur dapat rasakan debaran di dalam dadanya.

“Dah habis awak renung saya? Saya tau lah saya ni handsome. Janganlah pulak awak pandang saya sampai boleh tembus ke belakang” kata lelaki itu lepas sambil tersenyum sinis.

“Amboi mamat ni…bukan main mulut die ye..betul-betul tak der insurans. Sekali aku lempang terus tak bercakap sebulan.” Bebelku menahan hati yang panas.

“Encik Akmal Akif ye??” Tanyaku dengan senyuman manis di bibir meminta kepastian lelaki itu.

“Ye la..siapa lagi. Takkan lah orang lain kot datang nak mengurat awak.” Sindir lelaki itu.
Mak aii…memang mulut tak der insurans.

“Okey..straight to the point la ye cik Nur Randhiana Razali…Lagipun saya nak cepat ni..Ada hal sikit.” kata lelaki itu sambil mengambil tempat di depan Nur.

“Ish..ish…betullah mamat ni langsung tak der adab…bukan tau nak minta maaf sebab datang lambat. Dah tau ada hal lain datanglah awal. Takpun cancel kan je meeting ni. Sabar je la Nur dengan kerenah mamat putus fius ni…baik kau habiskan meeting cepat dengan lelaki ni. “ kata suara hati Nur.

Nur sememangnya hendak pulang awal. Dia telah berjanji pada kak long dan Rin untuk membawa mereka keluar makan malam diluar. Jadi, dia perlu lekas-lekas berbincang dengan mamat poyo didepannya ini dengan segera.

1 comment: