Wednesday, 7 December 2011

BAB 3

“Mama…papa Rin mana?? Rin nak jumpa papa. Kawan-kawan kat sekolah semua papa dorang jemput balik sekolah. Rin je x..kalau x mama yang jemput, auntie yang jemput” petah kanak-kanak itu berkata sehingga membuatkan Nur dan Raudhah terkedu seketika.

Nur memandang Raudhah. Dilihatnya ada genangan air mata di tubir mata kak longnya itu. Terus dipeluknya anak kesayangannya itu.

“Rin, papa Rin ader….” Kata kak long sambil mengelap air matanya.

“Kalau papa ade, maner die ma..?” Tanya Rin lagi.

“Papa ader..die ada dalam hati Rin..sentiasa ada dalam hati rin…” kata Kak long lagi menunjukkan jarinya ke arah dadanya anaknya.

“Memang la papa sentiasa ada dalam hati Rin..tapi Rin nak tengok papa..Rin nak peluk papa, ma…”  petah Rin  berkata-kata lagi.
Kini tangisan kak long x dapat dibendung lagi. Terus dia berlari menuju ke tingkat atas meninggalkan Nur dan Rin.

“Auntie, Rin ada buat salah ke?? Rin minta maaf…Rin dah buat mama menangis” kata anak kecil itu dengan nada sayu.

“Tak Rin…Rin x salah…mama x sihat tu…dah, Rin jangan sedih-sedih lagi tau..auntie naik atas dulu ye..nak nengok mama. Rin tengok tv elok2..” kata Nur memujuk anak kecil itu.

Belum sempat Nur berdiri meninggalkan sofa, Rin menarik tangannya.
“Auntie, cakap dengan mama Rin mintak maaf ye….Rin dah buat mama menagis.” Jujur Rin menuturkan kata-katanya itu. Hati Nur menjadi begitu sebak.
Arina Syaqila memang seorang anak yang pintar dan bijak. Petah berkata-kata. Tapi apakah salah anak itu kerna tidak dilahirkan tanpa bapa. Sentiasa menagih kasih seorang bapa. Yang sentiasa menyayanginya.

4 tahun sebelumnya…

“Pang…..” satu tamparan hebat melekap di muka Raudhah.

“Sampai hati Raudhah malukan ayah dan ibu. Tak cukup lagi ke kasih sayang yang dah kami berikan kepada kamu. Tergamak kamu menconteng arang ke muka kami berdua. Ayah betul-betul kecewa dengan kamu Raudhah.” Kata ayah sebak menahan kemarahan dan juga kesedihan. Ibu pula mengesat air mata yang tidak henti-henti putus mengalir sejak mendengar berita tersebut pagi tadi.

“Anak siapa tu Raudhah?? Baik kamu cakap Raudhah sebelum aku cincang kamu hidup-hidup.” Tengking ayah sambil siap sedia untuk menghayun tali pinggang ke badan kak long.

“Dah la tu ayahnya…jangan disiksa lagi budak tu. Raudhah tu da cukup tersiksa. Ini semua dugaan. “ pujuk ibu sambil memeluk kaki ayah menahan dari terus memukul kak long.

Nur di sebalik pintu hanya melihat sahaja kejadian itu. Dia begitu marah kepada lelaki itu yang meninggalkan kak long menanggung derita seorang diri. Dasar lelaki dayus.

Ayah dan ibu begitu tertekan mendengar perkhabaran itu. Heboh satu kampung perihal kak long mengandungkan anak luar nikah. Tapi apa yang sebenarnya berlaku, hanya Nur dan kak long saja yang tahu.
Disebabkan kejadian itu lah, ayah dan ibu meninggalkan alam fana ini kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Mungkin ayah begitu tertekan dengan apa yang berlaku dan hilang fokus semasa pemanduan. Dari saat itu, Nur tekad membenci semua lelaki..baginya lelaki adalah perosak…yang meninggalkan kakak kesayangannya seorang diri menanggung malu. Yang menyebabkan ayah dan ibunya pergi dulu.


“kak long….” Tegur Nur setelah mengetuk pintu bilik kakaknya itu. Kak long hanya menoleh sekilas lalu melemparkan pandangan jauh ke luar jendela.

“Kak long….janganlah macam ni. Sedey Nur tengok kak long macam ni tau. Rin pun sedih kalau lihat mama die macam ni.” Demi mendengarkan nama Rin, air mata kak long jatuh mencurah-curah lagi.

“Kak long sedey Nur…kak long kesian dengan Rin. Kak long x dapat berikan dia kasih sayang seorang ayah. Kak long rasa bersalah sangat kat Rin” kata kak long sambil meletakkan kepalanya di bahu Nur. Nur tahu perasaan kakaknya itu. Setelah lebih kurang 5 tahun hidup keseorangan tanpa seorang lelaki, kak long memang seorang yang cukup tabah mengharungi dugaan hidup sebagai seorang ibu tunggal.

“Nur, kak long nak mintak tolong Nur boleh?? Kak long harap Nur boleh tunaikan impian kak long ni” kata kak long penuh pengharapan.

“Kak long nak minta tolong apa? InsyaAllah, Nur sedaya upaya akan tolong kak long. “ kataku berjanji sambil menggenggam era tangannya.
Kalau untuk kakakku yang seorang ni lautan api sanggup aku renangi untuk menunaikan permintaanya.

“Kak long nak minta Nur carikan abang Faizal.” Kata kak long sambil memandang tepat ke dalam anak mata Nur.

Terkedu Nur seketika mendengarkan permintaan kak long. Tak disangka kak long menyuruh Nur mencari abang Faizal, penyebab penderitaan kak long.
Nur hanya memandang sayu wajah kakaknya itu. Meminta pengertian yang dia tidak bisa menunaikan permintaan kakaknya itu.

“Please Nur, kak long minta tolong sangat-sangat pada Nur. Tolong carikan abang Faizal ye..” kata kak long sambil menggenggam erat jari jemari Nur.

“Nur tak kesiankan Rin ke? Rin perlukan bapa Nur. Dan Rin bukan anak luar nikah Nur. Nur taukan itu??” jelas kak long lagi.

“Kak long risau kalau lepas ni xder orang akan tengok-tengokkan Nur. Jaga Nur elok-elok. Kak long tau Nur boleh jaga Rin dengan baik. Tapi, Nur kan ada kehidupan Nur sendiri.” Kata kak long lagi sayu.
Nur jadi pelik dengan tutur kata kak long. Nur nekad walaupun apa yang terjadi dia akan sentiasa berada di sisi kak long dan Nur. Dia rela tiada kehidupan sendiri.

“Apa yang kak long cakap ni?? Kita akan sama-sama jaga Rin. Kita berdua akan sentiasa hidup bersama-sama. “ kata Nur berjanji pada kak longnya.

“Dah lah kak..x payah difikirkan sangat. Buat sakit kepala ajer. Senang-senang apa kata kak long cari suami?? Hehe..” kata Nur cuba menyakat kakaknya.

“Ish kamu ni…tak mau la akak…” kata kak long tersenyum malu.

“Ehm…dah ade calon la ni ek??” kata Nur cuba mencongkel rahsia.
Raudhah memang seorang wanita yang cantik dan elegan. Wajahnya yang putih bersih tanpa secalit make-up pasti membuatkan sesiapa terpandang terpesona. Mustahil kakaknya yang seorang itu tidak punyai secret admirer. Pasti ada.
Tapi mungkinkah kak long masih lagi teringatkan abang Razlan……

“Dah la kak..yok kita turun bawah. Kasihan anak kak long tu Nur tengok. Dia rasah bersalah sangat dengan kak long sebab buat kak long menangis.” Kata Nur sambil menarik tangan kak long turun ke tingkat bawah.
Kak long hanya tersenyum kecil. Rin sememangnya seorang anak yang baik dan Raudhah bangga mempunyai seorang anak seperti Rin.

1 comment:

  1. BOLAVITA merupakan Agen Judi Online Terpercaya
    Kami menyediakan berbagai macam judi online seperti :

    - Sportsbook (SBOBET, MAXBET, 368BET, CBO855, GD88 )
    - Live Casino (SBOBET, MAXBET, CBO855, GD88, SV388)
    - Bola Tangkas (TANGKASNET, 88TANGKAS, TANGKAS365)
    - Fishing World
    - POKER ONLINE
    - Slot Games
    - Sabung Ayam (S128, SV388, CFT2288)

    Dapatkan bonus hingga Rp.50.000.000,- dari kami!! Hanya dengan minimal deposit sebesar Rp. 50.000,- anda sudah bisa bermain games yang anda mau!!

    Hubungi kami customer service kami yang ramah yang standby 24jam melalui :
    Link Website Resmi kami :
    www.bolavita.site

    Situs Pembuatan Akun Sabung Ayam Online S128, SV388, CF88
    Wechat : Bolavita
    WA : +62812-2222-995
    Line : cs_bolavita
    BBM PIN : BOLAVITA ( Huruf Semua )

    ReplyDelete