Skip to main content

Novel Review : Petaka Nyawa

Novel: Petaka Nyawa

Novelis : Riduan Judin

Rate : 7/10

Tarikh Pembacaan : 31/1 - 4/2/2021


Sinopsis Kulit Belakang : 

Al-Fateh (Hari ini) - Mujahidin Syria yang telah menemui sebuah catatan lama ketika cedera parah ditembak oleh rejim Basyar di dada kiri selang seinci dari jantungnya. Apabila tersedar, sebuah buku yang menyerupai 'catatan' tergenggam kejap di tangannya. Lembaran itu terus diselak, sekaligus membuatkan ingatan Al-Fateh tertinggal pada kurun ke-14. 'Catatan' itu mula bercerita....

Shafi (Kurun ke-14) - Lelaki yang dalam dadanya penuh kalam Allah. Seorang lelaki yatim piatu. Membesar dalam asuhan salah seorang daripada Wali Songo - wali Allah iaitu Kiai Jabar tanpa pengetahuannya. Dia seorang musafir yang sentiasa merasakan dirinya hanya singgah di bumi fana. Sehingga masa telah menemukan dirinya dengan Puteri Irdina di Sempadan Pura - Alam yang terhijab, sekaligus mengheretnya ke Tanah Langkasuka. Dia di angkat menjadi Laksamana, namun tidak diagungkan kerana dia bukannya penduduk jati di sana.

Di sebalik saksi Allah melalui masa - terselit hambatan rindu yang terhijab. Mereka terpisah di sebalik tempat dan masa. Walau sebenarnya, mereka sedang bernafas pada udara dan waktu yang sama. Maha suci Allah, Tuhan sekalian alam yang menghidupkan dan mematikan. Rupa-rupanya, hidup selepas mati lebih kekal dan abadi.

"Allah menjanjikan dua kebaikan kepada orang mukmin yang berjihad. Antara menang ataupun syahid." - Shafi

"Kau tidak akan mampu membunuhku, aku mahkluk bernyawa panjang." - Taghut Laknatullah

.

.

.

.

.

Review Cik CT :

Actually, kepala aku tengah berdenyut ni. Tetibe datang pulak migrain aku ni ha. Aduiii...baru nak start bace novel baru. Hurmm..esok2 je lah. Tapi sebelum aku merehatkan diri, aku nak review dulu novel yang baru aku habiskan 3 hari yang lalu. Novel bertajuk "Petaka Nyawa". Novel yang dah lama aku beli. Dua tahun yang lalu di Pesta Buku Karangkraf dulu. Tetibe rindu dengan tahun 2019. Tahun yang kite bebas untuk melakukan apa yang kite suka sebelum datangnya Covid-19. 

Aku terus kepada pandangan aku tentang novel ni ye. Tak nak berceloteh panjang sebab aku menaip dalam gelap. Lagi membuatkan aku pening kepala.

1st impression bile aku start baca novel karya Riduan Judin ni aku terbayangkan novel Sunan karya Tuan Ramlee Awang Murshid. Membawakan kisah seorang pemuda yang punye ilmu agama di dada yang ditakdirkan untuk menjadi seorang pembanteras kejahatan alam gelap. Konsepnye sebijik sama macam novel Tuan RAM. Kalau Tuan RAM ade Sunan, Riduan Judin ada Shafi. Shafi jugak seorang anak yatim piatu yang dididik oleh seorang wali Allah, iaitu Raden Said (Sunan Kalijaga). Sunan pun same tapi aku lupa lah nama wali Allah yang mendidik Sunan tu. Allahu. Nanti aku selak semula. Hehehe...

Dalam novel ni jugak diceritakan jugak Shafi ditakdirkan untuk menjadi seorang musafir waktu. Di mana ia tercampak ke dunia sekarang dan bertemu dengan Rabiah Al-Adawiyah. Kalau dulu Sunan tercampak ke zaman kini bertemu dengam Haryani. Tapi, dalam karya Petaka Nyawa ni aku sedikit keliru dengan hubungkaitnya Al-Fateh, Rabiah Al-Adawiyah dan Shafi sendiri. Begitu jugak Suhail. Mungkinkah Suhail ada hubungkaitnya dan salahsilah dengan Al-Fateh sebab Suhail orang Timur Tengah Mesir. Begitu juga Al-Fateh. Seorang pejuang agama. Rabiah Al-Adawiyah pulak, adakah susur galur dari keturuan Puteri Irdina yang menerajui Kerajaan Langkasuka yang sekarang dikenali sebagai Kedah. Hurmm..boleh jadi jugak kan. Aku rasa novel ini pasti ada sambungannya. Mungkin aku akan carik nanti.

Lagi satu, tak diceritakan pulak mengenai persatuan silat gayung yang diketuai oleh Azrol Affendy Sobri. Apa kaitan watak die dalam novel ini? Sepertinya penulis membuatkan kita tertanya-tanya. Tergantung macam tu je.

Petaka Nyawa - merujuk kepada syaitan, iblis, mahkluk yang bernyawa panjang yang akan menghasut dan merosakkan jiwa manusia yang jauh daripada Allah. Mereka ini makhluk yang sombong dan enggan patuh tunduk kepada Nabi Adam selepas diperintahkan oleh Allah. Dan makhluk ini diusir dari syurga. Mahkluk terkutuk ini berjanji untuk merosakkan anak cucu cicit Nabi Adam sehinggalah waktu hari pembalasan iaitu hari kiamat. 

Overall, aku puas hati dengan karya Riduan Judin. Mungkin ade sedikit plot holes tapi itu tak menjejaskan pembacaan aku. Cuma tu lah..macam ade yang belum beres. Hahaha. Ada sambungan kot novel ni. Banyak pengajaran dan ilmu yang boleh kite perolehi dari novel ini. So, bukan sebuah novel yang saja-saja dan kosong isinya.

Okay..kepala aku dah start berdenyut balik ni. Should be i just stop now? Aku nak berehat sekejap. Jumpe di next review novel aku lagi. Daaaa....



Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...