Skip to main content

Kisah Sweet Eco Shop Bukit Raja

Hi gaisss...Isnin ri tu kan, finally aku jejak jugak kaki ni ha kat kedai yang orang kate berpuaka..berhantu...Sebab apenye org duk panggil giteww? Sebab bila masuk dalam tu automatic ko akan keluar dengan berbondong-bondong beg plastic. Perangai macam terkena saka giteww. Ehhh, betul ke? Ko tak caya?? Ko tengok Cik CT ni ha...

Hahaha...ala, ni kire nasib baik lah dua plastic sebab keluar dgn yg tersayang kan. Cuba keluar dengan member pompuan, ehhh aku rasa tak keluar lagi lah Cik CT dari dalam kedai tu ha. Bile org tersayang dah start follow belakang, ehh segan pulak kite dibuatnye. Aku cakap tunggu je lah dalam kereta. Takut lame kan bila masuk kedai puaka ni. Then, aku cakap kalau aku lame sangat masuklah carik aku kat dalam. Tak sampai aku 15 minit kat dalam tu ehhh, tetibe si dia dah kat belakang aku...tetanjat kiteww wakk....Aku masuk ecoshop ni memacam aku shopping, especially jajan lah. Si dia tengok je aku amik satu satu jajan. Aku cakap nak letak kat office, leh makan ngan member-member. Alasan je benarnya tu. Hahaha. Die follow belakang, aku jadi x syok..si dia tu mane makan benda-benda lagho ni. Jajan? Lagi lagi lah. Silap-silap confirm die geleng kepala tengok perangai bakal bini die ni...lepas kawen stok jajan memang penuh lah kat rumah. Hahaha...

Aku sup sap sup sap amik barang yang aku nak then terus bayar. Hasilnya dua bungkus plastik ni je lah. Ape yang aku beli?? Ni ha....


Tengok lah ape aku beli tu. Jajan London Chocoroll, Appolo Pandan Layer Cake, Sweet Potato Crisp. Actually banyak lagi ni kalau si dia tak de sekali tu. Hahaha..

Aku beli sabum mandi, pantyliner, tisu kotak, plastik sampah, softner, minyak gamat dan hanger. 

Aku nak story lah sikit part beli hanger ri tu. Aku jadi rambang mata nak beli hanger. Ehh, macam-macam color lah ade. Tetibe ade org cuit aku dari belakang, ehhh si dia.. tetanjat kiteww. Aku tanya die, nak beli hanger yang mane satu ni ekk.. lawa-lawa ni. Boleh die kate beli je memana yang, same je sume tu. Buat sangkut baju jugak kan. Ishhh, org lelaki ni tak paham lah..kite org pompuan kene pilih hanger betol-betol, nak hanger, biar sume satu warna. So, pilihan aku hari tu warna biru. Aku confuse nak amik berapa set. Si dia usha je aku menilik hanger tu. Hahaha....nak beli hanger je punnn....

Lagi satu part time masa nak bayar..die ke depan kaunter..unjukkan kat aku minyak gamat. Hurmmm, nak suh aku beli lah tu. Banyak kali die pesan suruh beli minyak gamat. Sebab apa? Aku mengadu kat die kaki melecet hari tu mase hiking, sapu minyak gamat. Minyak gamat tak beli lagi. Lepas tu aku mengadu kaki melecet masa jogging baru-baru ni, si dia tanya dah beli minyak gamat ke belum. Aku buat muka comel...hurmm, sudahnye tampal je plaster kat luka yang melecet tu. Nahh, Isnin ri tu baik punye die suruh aku beli minyak gamat yang ade kat Ecoshop tu. So, aku kene beli lah..Hahaha. 

Itu je lah kisah sweet yang terjadi di Ecoshop Bukit Raja Isnin ri tu. Sweet ke??? Ehh, mestilah sweet. Hahaha.

Finally, tercapai jugak kaki nak ke Ecoshop Bukit Raja. Mula-mula risau nak ke sini sebab takut roadblock. Rupenye tak de ape-ape wei. Punye lah dekat sangat dari rumah aku. Hahaha. Gelabah je lebih tau. Hahaha...

Si dia layan je aku nak ke mana. Aku nak ke Ecoshop, dia bawak. Aku nak ke Ninso, dia bawak. Kalau lah dapat jalan jauh sikit kan bestt. Ehh.. Hahahaha. Dia nak bawak aku beli barang dapur, nak suruh aku masak lah tu. Tapi aku malas, aku kata nanti lah dulu. Hahaha. Dia tak banyak cakap, so dia iya kan je lah yang oii..Hahaha

Sweet takk??? Before korang nak terkeluar anak tekak tu better aku stop kan kisah sweet aku di Ecoshop Bukit Raja..

Bye..bye..

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...