Skip to main content

My 1st Cuti CNY - SCM + Ninso

Hai gaisss...

So, how ur holiday today??? 

Welll, aku bangun dah awal pagi dah tadi. Around pukul 7.45 pagi macam tu. Woww, surprisingly cuti2 pun aku leh bangun awal. Hehehe. Tambah-tambah lagi aku tengah cuti solat ni patutnye aku bangun lagi lambat. Ehhhh...no lahhh. Aku memang dah bangun awal tapi disebabkan i dont know what i am doing so i tido balik. Hahaha. So, around pukul 10.30 aku sedar kembali. Ehh, itu pun dikira awal jugak tau.

Bangun-bangun, sembang2 dengan cik abg..cik abg cuti ari ni tapi tu ahh, tak leh nak berjumpa pulak kan disebabkan PKP ni. Cik abg tu sokmo busy je, sokmo keje je. Cuti pun nak keje lagi. Susah nau nak keluar dating dengan die tu tau. Hari ni bila die cuti tapi tak boleh date pulak. Aduss...sedeyyhh..sudahnya aku keluar sendirian je lah hari ni. 

Tak leh jadi ni. Hari pertama cuti je aku dah start bosan dah. Tak nak wehh seharian memerap kat rumah. So, around pukul 2 tadi aku keluar lah pergi jalan-jalan Setia City Mall sat. Itu jer lah mall yang ade kat Setia Alam ni. Nak g jauh-jauh risau kene tahan polis. Roadblock banyak la ni. Huhuhu. So, g tempat yang dekat-dekat je lah.

Keluar lah aku sendirian. Jeles tengok orang lain duk keluar dengan pasangan masing-masing. Aku je lah keluar sorang-sorang. Jalan sorang-sorang, makan sorang-sorang, shopping pun sorang-sorang. Alahaii, sedehhh. Hahahaha.

Masuk mall tadi bukannya aku nak shopping sangat pun. Lebih rasa tak nak kebosanan duduk dalam rumah je. Tapi sempat jugak ahh aku grab selai blouse kat McVouge tadi. Well, aku masuk butik ni pasti keluar bukan dengan tangan kosong. Hahaha. Ikutkan nak amik je lagi selai tapi memandangkan baju aku kat umah ni pun dah melambak terpaksalah aku tahan diri untuk rembat lagu berhelai-helai. Aku jenis tak lama duduk dalam satu butik tu. Mana yang aku nampak berkenan dan murah aku terus grab jer. Malas aku nak lama-lama dalam tu. Lagi lama aku dalam tu nanti, lagi cepat pikiran aku akan berubah. Hahahaha.

Bergaya dengan blouse baru

Nice kan?? Baru aku perasan blouse aku sume warna gelap-gelap.

Sebelum aku masuk McVouge tadi, aku masuk dulu MPH. Konon-kononnya nak carik ah novel baru. Tapi lagi sekali aku tahankan niat itu dulu. Aku usha-usha jer dulu. Ade dah novel yang aku berkenan tapi nanti-nantilah dulu.

Aku tak makan lagi tadi, so aku masuk pulak KFC. Alahaii, sedihnye bila makan sorang-sorang ni. Eleh Faiross, ko bukan tak biasa makan sorang-sorang kan?? Dulu elok jer. Sekarang ni je ko mengada kan. Hahaha. Itu dulu..la ni dah ader orang yang tersayang nak lah jugak makan dengan orang yang tersayang. Ehhh!!! Hahaha

Kruk...krakk..krukk..krakk bile makan...

Makan lah aku sorang-sorang kat KFC tadi. Aku order set butter chicken cereal 2pcs combo. Menu baru ni. Aku review sikit ea menu baru KFC ni. Aku dapat bahagian tight dan drumstick tadi. Hurmm, not bad actually. Sedap! Ade rasa manis-manis butter. Lepas tu macam ade rasa oat-oat sikit. Aku tak perlu makan dengan sos pun sebab rasa ayam tu sendiri dah berasa. Tapi, iyer lah kan. Bile makan sendiri tanpa ditemani cepat sikit rasa kenyangnya tu. Hahaha. Cehhh!! Gigih jugak aku nak perabihkan seketul ayam yang last tu. Rasa nak muntah pun iye jugak. Mungkin aku kenyang lagi kot. Sebab pagi tu aku dah melantak nugget benonye. Oppss!! Ehh, overall menu baru KFC ni not bad gak tau. 1 set berharga RM16.

Ninso Klang..nampak besar kan? Tapi x banyak sangat barang dalam die. Huhuhu...

Hampir sejam setengah aku dalam SCM tu. So, aku decide nak keluar. Nak ke Ninso pulak. So, menuju lah aku ke Ninso. Niat aku ke Ninso nak beli jajan yang biasa aku beli. Alah, keropok durian dengan keropok coklat. Last-last dapat keropok durian je. Keropok coklat habis dah. Kat Ninso jugak aku beli laundry bag, net mandian dan alas kaki. Well, semua barang Ninso kam berharga RM2.10. So, shopping ahhh.. tapi tak banyak barang dah kat Ninso ni. Kalau pergi 2eco mesti lagi rambang mata kan. Aku tak berkesempatan nak ke 2eco lagi. Maybe esok lusa???

My favorite cikedis...

Alas kaki depan pintu. Sedap je kaki bile pijak tau

Sampai 2 aku rembat..kejap je ni guna. Last-last lunyai nanti.

Laundry bag

Dah letak depan pintu dah. Naiss kan?? Yang cekelat tu Mirrah punye...

Kecik rupenye laundry bag baru ni compare dengan laundry bag aku yang lama. Tadi pun dah ade kesan robek dah. Hahah..kejap je ni guna. Lepas ni lunyai lah tu.

My stock makanan..aku ni memang suka makan..

Aku sampai rumah tadi around pukul 5 petang. Jadik ahh aku keluar rumah kejap. Dari terperuk je dalam rumah ni tak buat ape. Sampai rumah aku dobi baju-baju aku. Budak-budak rumah pun baru je balik tu. Masing-masing ada hal sendiri. So, ape lagi aku nak buat sepanjang 3 hari lagi cuti ni??? Haiyaaa!!! Mati kutu saya dibuatnya. Serious best kalau waktu sekarang ade kat kampung. Arghhh, rindu mak ayah tau. 

Okay lah gaiss...aku nak mandi dulu. Balik-balik tadi aku tak terus mandi. Hehehe. Ishhh, bahaya tau aku ni. In sha Allah, x de pape. 

See u next entry gaisss....Happy holiday!!!




Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...