Skip to main content

Shopee Haul 3.0

Hi.. Assalamualaikum..

Kembali semula kite ke Shopee Haul 3.0 Cik CT. Hahaha. Actually, bukan 3.0 pun. Dah berkali2 dah aku shopping shopee ni. Kuikuikui.


Well, bile duduk rumah x buat ape, jari jemari ko tu gatal lah duk scroll ape yang ade kat shopee tu. Relaks je masuk cart, tibe masa check out.


So, baru semalam aku check out essential oil. Hahaha. Aku memang kerap bakar essential oil dalam bilik ni. Alah, nak bagi ketenangan dan bilik bau wangi. Barulah best tido. Kali ni aku beli sampai 10 botol kau.. ameekaww. Aku beli from seller yang berlainan tiap kali aku check out. Kene pandai carik yang murah lah. Godek punye godek dapat harga satu bottle cuma RM1.50. Murah gaii, selalu aku beli dengan harga RM2.50 satu botol. Ehh, bila dah murah ni apalagi rembat ahhh. Semua jenia bau aku rembat. Aku amik setiap jenis bau satu satu. Nak try semua bau.











Semalam aku order, hari ni sudah sampai. Fuhh, fast delivery giler. Nice packaging dan dapat percuma satu botol. Yeeha...

Tadi aku try yang free, Rosemary. Not bad ahh bau die. Bestt. Tapi sygnya aku punye lilin dah habis stock. Esok aku keluar aku beli sat kat Daiso. 


Biasanya aku bakar guna lilin. Tapi lately ni jugak aku beli dah diffuser oil ni. Murah pun murah. Kat shoppe jer. Tak silap aku dalam RM11.90. Actually comel je. Kire sesuai lah untuk letak dalam bilik. Nak beli yang Living Young tunggu lah den mampu. Hahahaha.


So, total i berabis untuk essential oil ni cuma RM15 with shipping free. Hehehehe...

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...