Novel : Haura
Novelis : Tuan Ramlee Awang Murshid
Rate : 7/10
Tarikh Pembacaan : 29 - 30 Januari 2021
Sinopsis Kulit Belakang
Tragedi berdarah di New Zealand telah merubah hidup seorang pegawai polis Australia bernama Jessica. Serangan ke atas umat Islam di dua buah masjid di bandar Christchurch telah menyebabkan Jessica turut menerima bahana apabila diserang penjenayah sehari selepas insiden. Rakan setugasnya terbunuh dan Jessica terlantar di hospital.
Setelah sembuh, Jessica diarahkan ke Swan Hill untuk melaksanakan tugasan undercover. Dia harus memburu Adam - penjenayah rakyat Malaysia yang diyakini terkait dengan agenda keganasan.
Jessica berjaya masuk ke dalam kehidupan Adam. Tanpa sedar, dia mulai jatuh cinta pada Adam sekali gus membuatkannya dalam dilema antara cinta dan tugasan demi negara.
Fahmi ke Melbourne demi membuktikan rasa cintanya. Malangnya, Waheeda akan dinikahkan dengan anak kenalan keluarganya. Fahmi kecewa dan tinggal di Australia melebihi tempoh masa yang dihadkan. Akhirnya, dia ditangkap pihak imigresen dan diusir pulang.
Fahmi berusaha memantapkan dirinya. Dia berazam untuk kembali semula ke Melbourne melaksanakan impiannya. Fahmi memiliki 'senjata' untuk menawan semula Melbourne mengikut aturannya sendiri. Demi sebuah cinta yang hilang Fahmi menemui Adam di Melbourne dan mereka menjadi satu!
Haura - si bidadari yang patah sayapnye. Sentuan Ramlee Awang Murshid kali ini agak berbeza. Cinta menjadi peneguhan cerita. Namun, elemen pergolakan dan saspen tetap dikekalkan. Teori question mark diberi penekanan. Rasis agama adalah bencana akhir zaman. Rasa ingin tahu ibarat pemburuan hingga ke noktah terakhir.
.
.
.
.
Review Cik CT
Finally, berjaya jugak tamatkan Haura. Pada mulanya aku agak kebosanan bila baca naskhah ini. Entahlah, mungkin sebab aku tak ade mood nak membaca lagi kot. Hahaha. Tapi selepas aku berjaya menghabiskan Carlos - Case Closed, aku rasa aku perlu tamatkan Haura. Mood membaca aku sudah kembali.
Kali ini Tuan RAM membawakan elemen cinta di dalam naskhah beliau. Elemen yang lain seperti saspen dan pergolakan masih tetap ada cume sikit je. Tapi itu x menjejaskan langsung pembacaan aku. Lame aku tak baca novel-novel cinta, tapi novel cinta Tuan RAM lain sikit. Lain sikit yang macam mane tu? Lain sikit yang penuh saspen dan mendebarkan. Hahaha. Kali ini ada dua watak lelaki utama iaitu, Adam dan Fahmi. Pada mulanya, aku confuse adakah Adam dan Fahmi ni orang yang sama? Ehh, takkanlah. Maybe dua individu yang berbeza kot. Baca punya baca, rupe-rupenya mereka adalah orang yang sama. Hahaha. Dah aku agak dah. Pandai Tuan RAM ni menekanan teori question mark pada semua pembacanya. Tapi kenapa Adam adalah Fahmi dan Fahmi adalah Adam? Dan siapa pulak Jessica pada Adam dan Fahmi? Korang kene lah baca sampai habis.
Lagi satu, Tuan RAM masih menekankan penceritaan kisah Amnesia di mana berlaku pada Jessica. Apa yang menyebabkan Jessica hilang ingatan? Dan kenapa bila sedar, semua ingatannya kembali pulih tapi ingatan pada Adam langsung tiada? Apakah kaitannya sepasang sayap dengan Jessica. Seriously, aku rasa insaf bila dah tahu kenapa. Insaf weiii....korang kene bace....
Bila ko bace novel Tuan RAM, confirm ko akan ada banyak persoalan (question mark), dun wurry persoalan korang pasti akan terjawab. Confirm takkan tergantung punye ahh. Hehehe.
Actually, aku suka dengan karya Haura ni walaupun di permulaan agak membosankan. Tapi bila dah smpai tengah tu memang ko akan rasa tak sabar nak habiskan. Yaa, memang itu lah perasaannya bile ko bace semua naskhah-naskhah Tuan RAM.
Review ini dari pandangan aku, aku taknak terlalu banyak sangat spoiler. Hahaha. Nanti korang marah pulak. (Kalau ade yang bace entri ni lah..)
Aku suka dengan salah satu ayat dalam novel ni iaitu "Bukan semua impian dan harapan itu sesuai untuk diri. Kita merancang dan Allah merancang - maka perancangan siapakah yang paling terbaik? Tentu sahaja tanpa diragui adalah perancangan Allah." Sentiasa lah bersangka baik dengan Allah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Wallahualam.
So gais...cepat dapatkan novel Haura ni tau. Tak rugi weii..banyak pengajaran dan ilmu yang kita dapat from this karya. Bukan novel yang saje-saje tau.
Comments
Post a Comment