Skip to main content

Aktiviti Di Cuti Thaipusam

Hurmmm...esok 28 Januari 2021, cuti Thaipusam. Ape lah nak dibuat esok ni kan. Kalau tak PKP,  confirm esok pagi aku dah balik kampung. Cuti bersambung kan sampai Ahad. Best lah kalau balik kampung. Huhuhu. Tapi, problemnye sekarang tengah PKP. Makanya, berhuhu jer lah kat rumah. Tido lah sampai ke tengah hari. Bila lagi kan. Dah cuti ni tido je lah. Hahaha.

Alahaii..bosannye hujung minggu atau public holiday time PKP ni. Semua tak boleh buat. Nak keluar jumpa kawan-kawan x boleh. Nak balik kampung tak boleh merentas negeri. Hurmm..nampak gaya duduk rumah saje lah. Memang lah betul waktu-waktu Covid ni baik duduk rumah. Tapi, iyer lah..sometimes rindu dengan kehidupan yang dulu-dulu. Kalau dulu every week aku tak lekat kat rumah. Ade aje aktiviti yang akan aku lakukan. Hiking lah..Lepak umah member lah..Chill2 dengan housemate...Rindu.....


Chill-chill dengan ex-officemate. Gossip-gossip


Merasa pewai nak sampai ke puncak


Bile lah semua ni nak berakhir. Dah penat lah macam ni. Takkan tahun 2021 nak dihabiskan macam tu ajer. Lagi teruk dari tahun 2020 ni. Esok Thaipusam...agaknye penuh ke Batu Cave tu erkk..?? Hopefully janganlah ade kluster baru pulak. Sampai bile lah nak jadi macam ni. Tak lame lagi Chinese New Year. Cuti CNY ni pun memang ade feeling takkan boleh balik kampung. Huhuhu..

Whatever ahh..yang penting sekarang aku kene pikir ape aku nak buat esok ni. Hahaha. 1st, aku rasa aku nak mengemas bilik. Nak basuk baju, basuh cadar, basuh selimut dan tukar patchwork baru. Nak buay deco sikit dengan bilik ni. 2nd, nak keluar kejap cari barang sikit. Oh ya..mineral water aku dah kehabisan stock. So, kene topup. Aku ni tak boleh tak ade air. Kene discuss ngan budak rumah lah kepentingan untuk kami amik Coway atau Cuckoo. Kalau dikira-kira kan, same je sebenarnye kalau beli mineral water kat luar tu. Ok, akan dipertimbangkan esok.


Time to read the novel again


Ape lagi erkk..oh ya, 3rd, aku nak start membaca novel semula. Novel Haura sampai ke sudah tak habis-habis. La ni aku nak proceed baca Carlos Case Closed. Chaiyok Faiross...esok kau punye banyak masa. Gaiss, laptop aku problem tau. Huhuhu. So, mase untuk movie terpaksa ditangguhkan dulu. Aku tak tahu ape masalah dengan laptop aku tu. Puas dah aku godek-godek cari punca masalah. Namun tak ketemu. Kene bawak kedai kot repair. By the way, almost 13 years laptop ni aku guna. Mungkin dah tiba masanya untuk rosak. Huhuhu. Sedihh weeiii...


Dah ON tapi tak nak keluar display


Tengok lah ni...sedihhh

So, buat masa ni 3 aktiviti ni je lah aku nak buat esok. Kalau rajin petang sikit aku nak keluar berjogging. Lame sangat aku tak keluar peluh ni. Badan pun dah makin berisi ni. 

Itu jelah celoteh Cik CT untuk malam ni. Daa..Good Night...

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...