Skip to main content

Bukan Kau Orangnya

Lame aku tak menulis. Lame aku tak berkarya. Lama aku tak berpuitis. Bila umur dah semakin meningkat, idea pun dah semakin susut. Hahaha. Fikiran banyak terarah ke arah kerja. Ke arah bila nak berkahwin..Ehh!!!! Malam ni aku scroll down lah semula karya-karya lama aku. Kelakar pulak bila dibaca semula. Apo ni Faiross??? Cringe giler bile baca. Tapi itu lah luahan sebenar perasaan hati aku waktu aku menulis tu. No ciplak-ciplak dari mana-mana okay. Tulisan tu sememangnya datang dari hati aku sendiri.

Tapi, serious lah bila baca balik aku rasa nak uwekkk pulak..Hahaha

Bila teringatkan kenangan lalu

Membuatkan bibir ini tersenyum manis

Tersenyum mengenang kisah cinta dahulu

Kau dan juga aku

 

Kita bagaikan pasangan yang bahagia ketika itu

Kita bagaikan tidak bisa dipisahkan lagi

Seakan kau telah ditakdirkan tercipta untukku

 

Namun....

Kedatangan orang ketiga

Memusnahkan segala-galanya

Hanya disebabkan salah faham

Hubungan kita berantakan

Retak menanti belah

 

Tergamaknya kau

Meninggalkan tanpa menoleh

Memandangku buat seketika

Kau pergi bersama dia

Meninggalkan aku keseorangan

Mengharungi arus kehidupan berseorangan

 

Kejamnya kau

Sanggupnya kau

Menghancurkan hatiku ini

Telah ku tetapkan didalan hati ini

Aku tak akan sesekali memaafkan dirimu

Apa yang kau lakukan kepadaku ini

Akan ku ingat sehingga matiku

 

Bukanlah niat ku untuk mendendamimu

Namun aku ini

Hanyalah manusia biasa

Yang tahu apa itu perasaan marah

Sakit hati

 

Ku harapkan jua kau tidak lagi

Sesekali akan muncul kembali

Dihadapanki

Kelak aku tidak aku ketahui

Apa tindakan yang akan kulakukan kepadamu

 

Aku tidak sesekali menerima pujuk rayumu

Hati ini telah kututup rapat-rapat buatmu

Hati yang terluka ini

Terguris ini

Tak bisa lagi dapat kau pulihkan

Bukan engkau orangnya.......

.

.

.

Tulisan kat atas ni aku tak tahu pada sape aku tuju. Hahaha. Sometime, tulisan aku suka-suka. Sometime memang datang dari hati aku. Seorang Fairos kadang-kadang bercelaru perasaan die tu. Kadang-kadang dia tak tahu ape yang dia rasa. Kadang-kadang dia tak tahu apa yang dia nak sebenarnya. Hahaha.

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak ada sape y

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan