Skip to main content

Novel Review : Carlos - Case Closed

Novel : Carlos - Case Closed

Novelis : Tuan Ramlee Awang Murshid

Rate : 9/10

Tarikh Pembacaan : 28 Januari 2021


Sinopsis Kulit Belakang

No sipnosis aku kire tapi.....

Setelah hampir sedekad, Ramlee Awang Murshid kembali bermain dengan genre Psiko Thriller.

Menghidupkan semula watak Carlos yang menjatuhkan hukuman MANDATORI tanpa perbicaraan.

Apakah yang menyebabkan Carlos kembali? Kenapa beliau harus kembali? 

Tiada jawapan - CASE CLOSED...

.

.

.

.

Pandangan aku:

Case Closed..Tiada jawapan..

Siapa Carlos sebenarnya? Mungkin Carlos tu x wujud pun sebenarnya.

Sekali lagi aku berjaya grab naskhah terbaru dari Master Thriller Malaysia, Tuan RAM. Watak Carlos cukup sinonim dalam novel Mandatori. Dah lame jugak novel tu. Aku pun dah lupe jalan ceritanya. Tapi seingat aku watak Bilal Piut aku rasakan adalah Carlos sebenar yang telah berubah menjadi seorang yang baik dan kembali ke pangkal jalan. Tapi betul ker ea? Siapa pulak Bogartt?? Sejujurnya aku lupa sudah jalan cerita Mandatori.

Kali ni aku berkesempatan untuk menjejakki siapakah pulak Carlos dalam naskhah terbaru Tuan RAM. Adakah Carlos yang sama dalam novelnye yang terdahulu. Ternyata lain tapi ade perkaitan dengan Carlos yang dahulu.

Pendapat aku sebagai seorang pembaca, Carlos tercetus dari individu yang mempunyai sejarah silam yang menyakitkan, yang memeritkan. Personaliti yang sarat dengan dendam dan amarah. Tuan RAM memaparkan kisah tentang DID (Dissociative Identity Disorder) dimana seseorang itu boleh mempunyai beberape personaliti yang terbentuk dari sejarah silam mereka. 

Tiba-tiba teringat aku pada drama siri Kill Me Heal Me from Korea. Setiap personaliti mempunyai identiti yang berbeza sama ada dari segi umur, jantina, bangsa atau warganegara yang berbeza dengan hos badan. Even, perwatakan jugak berbeza. Contoh Cha Do Hyun punye watak seorang yang kasar dan panas baran sebagai Shin Se Gi. Watak yang cool dan ala-ala pakcik sebagai Peter Park. Watak yang beringinan untuk membunuh diri sebagai Yo Sub. Watak Yoo Na dan jugak watak Nana. Semua watak ini tercetus dari kisah silam Cha Do Hyun sendiri. Dia yang create sendiri watak-watak tersebut. Mungkin same seperti watak Carlos dalam novel ini.

Tapi, dalam novel ini rase kekeliruan cukup menghantui pembacaan aku. Pada mulanya aku berfikir Kassim lah Carlos itu. Namun tidak. Rupanya orang lain Carlos tu tapi, ehhh bukan. Nampak macam Ezalina tapi lastly bukan. Pastu syakk pulak Jasmine, ehh bukan lah. Last-last dalangnya Nora. Ehh, apasal pulak Nora kan. Dia kan pegawai polis. Finally, Izani..Izani lahhh..oppppsss....dah byk sangat spoiler ni. Hahaha. Kang marah mereka yang tak baca lagi novel ni. 

Lagi satu, dalam novel ni aku dapat 1 lagi ilmu baru iaitu Narsisisme, one of jenis sakit psikiatri. Based on this novel, pesakit yang punye Narsisisme ni cenderung melihat dirinya di cermin dan menilai diri sendiri secara berlebihan. Taksub dan terlalu memgagumi diri sendiri. Fuhh, ade ea personaliti yang macam tu. Takut lah pulak. Huhuhu. So, kalau korang nak tahu details sila baca novel ini.

Ape-ape pun, mind blowing sungguh plot cerita Tuan RAM kali ni. Berkerut dahi aku cuba nak memfokuskan setiap ayat dah setiap relung masa bab yang ada. 

Hari ini...Setahun Selepas Hari Ini..25 Tahun Selepas Hari ini..Imbas Kembali 5 Tahun Lalu.

Aishhh...sakit kepala dibuatnye. Ternyata setiap karya Tuan RAM memang membuatkan pembaca memerah otak untuk cuba memahaminya. Hahaha. Tapi itu lah yang thrill nye bile baca karya beliau ni. Ko tak ingat benda lain dah. Ko fokus je kat jalan cerita die. Hahaha..

Itu jugak lah sebab aku bagi rate 9, sebab lepas baca aku sakit kepala weii. Maybe sebab terlalu khusyuk kot. Aku habiskan novel ni dalam masa setengah hari je. Hahaha. Tak sabar nak tahu kesudahannya. Aku dah tahu kesudahannya. Aku nak korang jugak tahu ape kesudahan CARLOS- CASE CLOSED ni. Tak rugi wei bace. Thrill dan mencabar. Cara hukuman Carlos pun buat aku ngeri. Takut nak membayangkan. Hahahaha.

So, gais..itu sahaja review novel terbaru aku. Lame aku tak buat review novel ni. Tak de mood nak membaca. Novel Haura pun aku tak habis-habis baca. Maybe malam ni aku sambung baca. Next, aku buat review Novel Haura pulak. 

Dapatkan the latest novel Tuan RAM, Carlos-Case Closed. Confirm korang takkan rasa rugi.

Daaa...Assalamualaikum..

CASE CLOSED ~

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...