Skip to main content

1st posting in 2021 - PKP 2.0 -

Hi gais..Salam 2021. Blog Cik CT kembali!!!

Lame sangat aku tak update blog kesayangan aku ni. Sekarang dah banyak platform lain untuk ko salurkan content dan juga cerita selain dari blog ni. La ni dah ade Youtube, Tik Tok, mahupun Instagram untuk korang berkarya. Setakat ni biar lah aku dengan Blog Cik CT. Aku tak kisah orang nak membaca ke tidak. Yang penting aku suka ape yang aku buat sekarang. Setiap orang punya cara masing-masing untuk berkarya atau menulis.

Gais, kita dah masuk ke tahun 2021 gais. Dah hari ke 17 untuk tahun baru ini. Dan, sekarang kita tengah menjalani PKP 2.0. Yaaa gais..PKP 2.0. Kes semakin meningkat gais. Kalau tak dibendung dari sekarang pasti kes akan terus meningkat. Ya..in realitinya kita masih lagi berjuang dengan virus Covid-19. Dalam sedar tak sedar hampir setahun virus ini menghantui satu dunia. Melihatkan keadaan kes di Malaysia yang semakin meningkat, satu tindakan perlu diambil sebelum ianya semakin buruk. Kerajan telah mengumumkan PKP 2.0 akan dijalankan dibeberapa buah negeri. Di antaranya, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Putrajaya, Pulau Pinang, Sabah dan Melaka. PKPB (Bersyarat) pula dikenakan ke atas enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan. PKPP (Pemulihan) dikenakan diatas 2 buah negeri iaitu Perlis dan Sarawak. Update terkini, Kelantan jugak diumukan PKP yang bermula pada 16 - 26 Januari 2020.

Larang merentas negeri dilarang sama sekali dalam tempoh ini. Mujur jugak aku sempat balik kampung tempoh hari. So, tak ade lah rasa terkilan sangat dalam tempoh PKP ini. Tapi, yang memeranjatkan aku kes semakin meningkat. Huhuhu. Semalam aje kes meningkat ke 4,000 kes. Allahu. Kluster terbaru datang dari kes merentas negeri. Sejujurnya aku mula cuak. Iyer lah, aku kan balik kampung tempoh hari. Dari masa ke semasa aku akan selalu telefon rumah menanyakan hal ksihatan ayah dan ibuku. Alhamdulillah, kedua-dua mereka dalam keadaan baik dan sihat. Semoga Allah menjaga kedua ibu dan ayah aku. Aminn.

Di Selangor, hari ni masuk hari kelima kitorang semua menjalani PKP 2.0. Aku masih bekerja seperti biasa. Almaklumlah, internet yang agak terbatas dirumah menyebabkan aku perlu datang ke office seperti biasa. Jangan risau, SOP yang ketat aku praktikkan sentiasa. Kawan-kawan sepejabat yang lain alternat dan manager-manager tak perlu datang ke office. Mereka work from home je. So, tak ramai lah manusia kat office tu. Hehehe.

Bila dah start PKP ni, memang lebih baik kalau stay at home sahaja bagi mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini berlaku. Keluar bila perlu. Dalam waktu sekarang kita tak tahu Covid tu ada di mana. Tapi kan, jujur aku bagitahu. Aku rasa PKP kali ni sama je macam PKPB sebelum ni. Manusia masih lagi ramai duk keluar rumah lagi. Setia Alam n ha, masih je ramai yang menjual. Hurrmm..tapi nak buat macam mana, kalau semua kedai ditutup, habislah income mereka. Apa depa nak makan. Dah lah nak keluarkan duit KSWP pun susah. Opppsss!!! Hehehe..

Hopefully, lepas 2 minggu PKP 2.0 ni nampak lah penurunan kes tu. Berdoa sangat-sangat. Aku tak nak dah sambut Ramadhan dan Aidilfitri kat Selangor ni wei. Cukuplah tahun lepas. Uhukuhuk..Sedihhh!!!..Semoga Covid-19 pergi jauh-jauh dari kehidupan semua orang dan kami kembali menjalani kehidupan seperti biasa macam dulu.

Sebelum tempoh PKP 2.0 hari tu, aku sempat jugak keluar chill-chill dengan kawan-kawan aku. Sempatlah hiking Gunung Angsi sekali lagi dan sempat jugak chill dengan ex-hosmate dulu kat Gopeng Glamping Park. Next entri aku story lagi.

So, cukup sampai setakat ni jelah introduction 1st entri Blog Cik CT di tahun 2021. Sat lagi, aku update story hiking Angsi 3.0 aku ye.

Daa....Assalamualaikum. Terus stay safe!!!




Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...