Skip to main content

Angsi 3.0 Penutup Tahun 2020

                                                    Tarikh : 19 Disember 2020

Tempat : Gunung Angsi - BP-UB-BP

Starting Point : Bukit Putus

Tempoh Pendakian : 5 jam 25 minit turun dan naik 

Total Jarak Pendakian : 14.9 KM

Tahap Kesukaran : Easy to Moderate to Diffcult





Hi Gaiss...19 Disember yang lalu Geng Pendaki Muka Pinggan berjaya sekali lagi sampai ke puncak Gunung Angsi. This is our reunion selepas berbulan-bulan menjalani PKP & PKPB. Finally, sebagai penutup tahun 2020 kitorang berempat plan nak hiking Gunung Angsi sama-sama. Lama dah kitorang plan nak naik Angsi dari Ulu Bendul turun Bukit Putus dan jalan kaki semula ke Ulu Bendul. Kire buat satu loop lah. Plannye kami berempat je, pastu ajak Keyrol then Keyrol pulak open trip. Dah ramai pulak yang nak join. So, trip pada hari tu seramai 24 orang line up yang join naik Angsi. Adda datang ke rumah aku dulu. Tido semalam then pagi tu kitorang gerak ke De Centrum pick up Lydia kat sana. Keyrol gerak sendiri. Afiq pulak kitorang pick up die kat Rasah then terus shoot ke starting point Bukit Putus. Alhamdulillah, kitorang berempat sampai dalam pukul 7 pagi. Keyrol dah sampai awal untuk proses beli permit. 

Sememangnya pagi tu ramai dah orang kat starting point Bukit Putus tu. Masing-masing dah lame duduk rumah kan. So, bila dah diberi kelonggaran untuk beriadah ni, apa lagi gunakan peluang yang ada. Tapi, SOP kena jaga ya kawan-kawan. Kita tak naklah cetuskan kluster Covid-19 yang baru pulak. Kasihanilah frontliners kite tu. Done Keyrol beli semua permit masuk yang bernilai RM5 per pax. Kan aku cerita yang kitorang nak start naik dari Ulu Bendul then turun Bukit Putus kan, nak dijadikan ceritanye Keyrol diinform penjaga kaunter tak suggest kitorang untuk ikut route situ memandangkan kitorang datang dalam jumlah yang ramai. Tambah lagi ada dua orang kanak-kanak. Hurmmm...satu hal lah pulak. Nak dijadikan ceritanya jugak, semalam ada kes pendaki sesat kat dalam tu dan keluar pada pukul 8 malam. Lagilah penjaga kaunter tak suggest kitorang lalu situ. Aduhhh..hancus harapan Pendaki Muka Pinggan nak merasa trail Ulu Bendul. 


Phot Group di hadapan Pintu Masuk Bukit Putus Trail



Photo Group di hadapan Signboard Puncak Angsi


Phot Group di hadapan Beirut Angsi


Keyrol cakap kalau kami berlima boleh je nak naik lalu Ulu Bendul tapi disebabkan dah ramai pulak yang join takkan nak ditinggalkan dorang semua. Memanglah ini bukan trip by organizer tapi disebabkan atas rasa perikemanusiaan tak nak lah kami lepas tangan. Lepas dikira-kira, dicongak-congak so we decided untuk sama-sama naik ikut Bukit Putus je. 

Dalam pukul 8.30 jugalah baru start hiking. Agak lambat kan. Well, bila naik dalam jumlah yang ramai ni memang begitulah keadaannya. Nak tunggu semua datang lagi. Huhhu. Malam sebelumnya hujan so trek memang basah dan berlumpur. Huhuhu. Kasut hiking aku tak usah cakaplah habis berlumpur. Hahaha. Terasa lama pulak hiking Angsi kali ni. Mungkin disebabkan jalan trek yang berlumpur menyukarkan pergerakan masing-masing. Penat jugak wei. 

Aku sering merungut pada Afiq di hadapan.... "Awat tak sampai-sampai ni Afiq?" Afiq membalas "Dah memanjang kot trek ni Yus." Hahaha.. Cehhh...Malas nak layan aku lah tu...

Lebih kurang 2 jam macam tu sampai jugak kitorang di puncak. Ya Allah, dah macam mall kat atas tu weii..Ramai orang wei. Aduhaii..ni kalau upload gambo dalam socmed mahu kene viral. Silap-silap Angsi ditutup. Huhuhu. So, jangan upload sebarang ye. Hihihi. Mujur jugak kawasan puncak tu agak luas so, okay lah. Wahh, dah makin cantik dan kemas puncak Angsi ni. Signboard baru pun dah dibina kat atas ni. Bagus-bagus...So, bila pihak yang tertentu dah sediakan kemudahan, kite sebagai pendaki pandai-pandailah jaga harta benda awam. Jangan lah duk berdiri atas tu dan bergambo lama-lama kat situ. Ramai lagi orang tunggu turn nak bergambo. So, dont be selfish ya. 

Agak lama jugak kami kat puncak tu. Lebih kurang 2 jam menantikan group terkahir sampai. Tak sia-sia Gunung Hub pilih Lydia one of their crew. Bagus budak ni. Macam nilah crew yang kite carik. Tak tinggalkan line up kat belakang. Kite naik sama-sama, sampai puncak sama-sama dan turun jugak sama-sama. Ohhhh, turun kami tak sama-sama pada hari tu. Hehehe. Kami decided untuk turun lalu Ulu Bendul. Mujur line up yang lain tak kisah. Mereka pun dah tak larat benonye. So, kami yang seramai 10 orang je yang turun ikut Ulu Bendul diketuai oleh Keyrol dan sweeper by Afiq. Sebab Keyrol dan Afiq je yang tahu route Ulu Bendul tu. Kitorang ngekor jer lah.

Pandangan peribadi aku tentang laluan turun Ulu Bendul ialah route nye too adventure. Serious ahh, mencanak turun babe. Kalau naik aku tak tahu lah. Pacak weiih..Hahaha. Tapi perasaan naik ikut route Ulu Bendul mungkin berbeza dengan turun. So, next time aku kene try naik Angsi ikut Ulu Bendul ni pulak. Trek yang basah dan berlumpur actually agak membataskan pergerakan kami. Mujur ada Afiq dan Keyrol yang sentiasa membantu dan memberikan pertolongan. Contohnya ada satu part tu, aku tak tak tahu ape nama tempat tu, peha Afiq diperlukan untuk kitorang melepasi kawasan tersebut. Kesian Afiq. Sorry ya Afiq. Hehehe.

Lagi satu tempat bila mana kitorang perlu tempuh satu kayu balak yang menghalangi trek. Ya Ampunn..payahnye lah hai. Dah lah licin. Nasib baik ade Kyrol dan Afiq ni ha. Kalau tak de depa rasa mengelungsur ke bawah tu. Hahaha. Actually quite bahaya sebenarnya kalau tak ada kaum-kaum lelaki ni. Licin wei. Tak dapat bayangkan kalau salah seorang dari kami tergelincir jatuh. Ini kot sebab mengapa pihak perhutanan tak bagi pendaki menggunakan trail Ulu Bendul dalam musim tengkujuh ni. Alhamdulillah, ke semua kami berjaya mengharungi halangan tersebut.


Laluan Trail Ulu Bendul


Time ni sedang menunggu giliran untuk turun. Abang-abang tu tengah dalam perjalanan ke puncak


Kene meredah sungai. Bile dengar bunyi sungai masing-masing dah rasa happy.


Bile turun ikut Ulu Bendol sudah pastilah ko akan melalui kawasan air terjun. Memang best lah kalau dapat mandikan. Namun perasan eksaited tu tak ada pada aku. Hahahaha. Aku penat wei. Serious wehh, aku penat sangat-sangat. Dapat sampai ke bawah pun dah rasa sangat bersyukur ya amat. Around pukul 3 petang jugak lah kitorang 10 orang selamat sampai kebawah. Okay, 1 hal pulak nak g amik kereta kat Bukit Putus. Aku surrender tak nak dah ikut dorang g Bukit Putus. Perjalanan ke Bukit Putus sepanjang 2KM dah tak mampu aku lakukan disebabkan kepenatan yang amat sangat. Aku dan Adda just tunggu depa kat Ulu Bendul tu jer. Teman tak larat sihh. So, one loop BP-UB-BP gagal aku laksanakan. Maybe next time lah kot ea. Hahahaha.

Walaupun ini kali ketiga aku panjat Angsi, setiap kali naik perasaannya sangat berbeza. Tak pernah samelah. 1 je perasaan yang sama iaitu perasaan PENAT. Hahaha. Menyesal?? Tak ade lah rasa menyesal tapi rasa PUAS. Hahaha.

That Angsi is the last trip i join sepanjang tahun 2020. Untuk tahun 2020 , hanya 14 puncak je yang dapat aku tawan. Aku harapkan more puncak untuk tahun 2021 ni tapi apakan daya, awal-awal tahun je dah dikenakan PKP. Semoga Covid-19 cepat berlalu pergi. Untuk tahun 2021, dah banyak perancangan yang aku dah plan. Antaranya, trip mendaki Gunung Kinabalu pada bulan Julai ni dan CBL pada bulan April nanti. Aku perlukan training ni. Huhuhu. Setakat ni hanya mampu turun naik tangga je lah kan. 

Geng Pendaki Muka Pinggan ~ Thanks for chuolss jadi sahabat hiking Cik CT. See u in the next trip and dunt forget our Kinabalu trip 2021. In sha Allah...







Geng Pendaki Muka Pinggan


Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...