Sunday, 31 January 2021

Novel Review : Haura

Novel : Haura

Novelis : Tuan Ramlee Awang Murshid

Rate : 7/10

Tarikh Pembacaan : 29 - 30 Januari 2021


Sinopsis Kulit Belakang

Tragedi berdarah di New Zealand telah merubah hidup seorang pegawai polis Australia bernama Jessica. Serangan ke atas umat Islam di dua buah masjid di bandar Christchurch telah menyebabkan Jessica turut menerima bahana apabila diserang penjenayah sehari selepas insiden. Rakan setugasnya terbunuh dan Jessica terlantar di hospital.

Setelah sembuh, Jessica diarahkan ke Swan Hill untuk melaksanakan tugasan undercover. Dia harus memburu Adam - penjenayah rakyat Malaysia yang diyakini terkait dengan agenda keganasan.

Jessica berjaya masuk ke dalam kehidupan Adam. Tanpa sedar, dia mulai jatuh cinta pada Adam sekali gus membuatkannya dalam dilema antara cinta dan tugasan demi negara.

Fahmi ke Melbourne demi membuktikan rasa cintanya. Malangnya, Waheeda akan dinikahkan dengan anak kenalan keluarganya. Fahmi kecewa dan tinggal di Australia melebihi tempoh masa yang dihadkan. Akhirnya, dia ditangkap pihak imigresen dan diusir pulang.

Fahmi berusaha memantapkan dirinya. Dia berazam untuk kembali semula ke Melbourne melaksanakan impiannya. Fahmi memiliki 'senjata' untuk menawan semula Melbourne mengikut aturannya sendiri. Demi sebuah cinta yang hilang Fahmi menemui Adam di Melbourne dan mereka menjadi satu!

Haura - si bidadari yang patah sayapnye. Sentuan Ramlee Awang Murshid kali ini agak berbeza. Cinta menjadi peneguhan cerita. Namun, elemen pergolakan dan saspen tetap dikekalkan. Teori question mark diberi penekanan. Rasis agama adalah bencana akhir zaman. Rasa ingin tahu ibarat pemburuan hingga ke noktah terakhir.
.
.
.
.
Review Cik CT

Finally, berjaya jugak tamatkan Haura. Pada mulanya aku agak kebosanan bila baca naskhah ini. Entahlah, mungkin sebab aku tak ade mood nak membaca lagi kot. Hahaha. Tapi selepas aku berjaya menghabiskan Carlos - Case Closed, aku rasa aku perlu tamatkan Haura. Mood membaca aku sudah kembali.

Kali ini Tuan RAM membawakan elemen cinta di dalam naskhah beliau. Elemen yang lain seperti saspen dan pergolakan masih tetap ada cume sikit je. Tapi itu x menjejaskan langsung pembacaan aku. Lame aku tak baca novel-novel cinta, tapi novel cinta Tuan RAM lain sikit. Lain sikit yang macam mane tu? Lain sikit yang penuh saspen dan mendebarkan. Hahaha. Kali ini ada dua watak lelaki utama iaitu, Adam dan Fahmi. Pada mulanya, aku confuse adakah Adam dan Fahmi ni orang yang sama? Ehh, takkanlah. Maybe dua individu yang berbeza kot. Baca punya baca, rupe-rupenya mereka adalah orang yang sama. Hahaha. Dah aku agak dah. Pandai Tuan RAM ni menekanan teori question mark pada semua pembacanya. Tapi kenapa Adam adalah Fahmi dan Fahmi adalah Adam? Dan siapa pulak Jessica pada Adam dan Fahmi? Korang kene lah baca sampai habis.

Lagi satu, Tuan RAM masih menekankan penceritaan kisah Amnesia di mana berlaku pada Jessica. Apa yang menyebabkan Jessica hilang ingatan? Dan kenapa bila sedar, semua ingatannya kembali pulih tapi ingatan pada Adam langsung tiada? Apakah kaitannya  sepasang sayap dengan Jessica. Seriously, aku rasa insaf bila dah tahu kenapa. Insaf weiii....korang kene bace....

Bila ko bace novel Tuan RAM, confirm ko akan ada banyak persoalan (question mark), dun wurry persoalan korang pasti akan terjawab. Confirm takkan tergantung punye ahh. Hehehe.

Actually, aku suka dengan karya Haura ni walaupun di permulaan agak membosankan. Tapi bila dah smpai tengah tu memang ko akan rasa tak sabar nak habiskan. Yaa, memang itu lah perasaannya bile ko bace semua naskhah-naskhah Tuan RAM.

Review ini dari pandangan aku, aku taknak terlalu banyak sangat spoiler. Hahaha. Nanti korang marah pulak. (Kalau ade yang bace entri ni lah..)

Aku suka dengan salah satu ayat dalam novel ni iaitu "Bukan semua impian dan harapan itu sesuai untuk diri. Kita merancang dan Allah merancang - maka perancangan siapakah yang paling terbaik? Tentu sahaja tanpa diragui adalah perancangan Allah." Sentiasa lah bersangka baik dengan Allah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Wallahualam.

So gais...cepat dapatkan novel Haura ni tau. Tak rugi weii..banyak pengajaran dan ilmu yang kita  dapat from this karya. Bukan novel yang saje-saje tau.

Saturday, 30 January 2021

Today is working day

Ya..today is working day. Well, setiap Sabtu minggu kelima kan memang kitorang diwajibkan untuk bekerja separuh hari. So, hari ini adalah harinya. 30 Januari 2021.

Tak buat ape pun kat opis, just siapkan keje yang tak siap lagi, closed invoice and update the monthly sales. Itu jer lah rasanya. Tunggu masa nak balik je pukul 1 ptg nanti. La ni dah pukul 12.50 tengah hari, ada lagi 10 minit lagi nak balik. 

Isnin ni dah bulan 2, kejap je kan masa berlalu. Alahaiii...


Thursday, 28 January 2021

Novel Review : Carlos - Case Closed

Novel : Carlos - Case Closed

Novelis : Tuan Ramlee Awang Murshid

Rate : 9/10

Tarikh Pembacaan : 28 Januari 2021


Sinopsis Kulit Belakang

No sipnosis aku kire tapi.....

Setelah hampir sedekad, Ramlee Awang Murshid kembali bermain dengan genre Psiko Thriller.

Menghidupkan semula watak Carlos yang menjatuhkan hukuman MANDATORI tanpa perbicaraan.

Apakah yang menyebabkan Carlos kembali? Kenapa beliau harus kembali? 

Tiada jawapan - CASE CLOSED...

.

.

.

.

Pandangan aku:

Case Closed..Tiada jawapan..

Siapa Carlos sebenarnya? Mungkin Carlos tu x wujud pun sebenarnya.

Sekali lagi aku berjaya grab naskhah terbaru dari Master Thriller Malaysia, Tuan RAM. Watak Carlos cukup sinonim dalam novel Mandatori. Dah lame jugak novel tu. Aku pun dah lupe jalan ceritanya. Tapi seingat aku watak Bilal Piut aku rasakan adalah Carlos sebenar yang telah berubah menjadi seorang yang baik dan kembali ke pangkal jalan. Tapi betul ker ea? Siapa pulak Bogartt?? Sejujurnya aku lupa sudah jalan cerita Mandatori.

Kali ni aku berkesempatan untuk menjejakki siapakah pulak Carlos dalam naskhah terbaru Tuan RAM. Adakah Carlos yang sama dalam novelnye yang terdahulu. Ternyata lain tapi ade perkaitan dengan Carlos yang dahulu.

Pendapat aku sebagai seorang pembaca, Carlos tercetus dari individu yang mempunyai sejarah silam yang menyakitkan, yang memeritkan. Personaliti yang sarat dengan dendam dan amarah. Tuan RAM memaparkan kisah tentang DID (Dissociative Identity Disorder) dimana seseorang itu boleh mempunyai beberape personaliti yang terbentuk dari sejarah silam mereka. 

Tiba-tiba teringat aku pada drama siri Kill Me Heal Me from Korea. Setiap personaliti mempunyai identiti yang berbeza sama ada dari segi umur, jantina, bangsa atau warganegara yang berbeza dengan hos badan. Even, perwatakan jugak berbeza. Contoh Cha Do Hyun punye watak seorang yang kasar dan panas baran sebagai Shin Se Gi. Watak yang cool dan ala-ala pakcik sebagai Peter Park. Watak yang beringinan untuk membunuh diri sebagai Yo Sub. Watak Yoo Na dan jugak watak Nana. Semua watak ini tercetus dari kisah silam Cha Do Hyun sendiri. Dia yang create sendiri watak-watak tersebut. Mungkin same seperti watak Carlos dalam novel ini.

Tapi, dalam novel ini rase kekeliruan cukup menghantui pembacaan aku. Pada mulanya aku berfikir Kassim lah Carlos itu. Namun tidak. Rupanya orang lain Carlos tu tapi, ehhh bukan. Nampak macam Ezalina tapi lastly bukan. Pastu syakk pulak Jasmine, ehh bukan lah. Last-last dalangnya Nora. Ehh, apasal pulak Nora kan. Dia kan pegawai polis. Finally, Izani..Izani lahhh..oppppsss....dah byk sangat spoiler ni. Hahaha. Kang marah mereka yang tak baca lagi novel ni. 

Lagi satu, dalam novel ni aku dapat 1 lagi ilmu baru iaitu Narsisisme, one of jenis sakit psikiatri. Based on this novel, pesakit yang punye Narsisisme ni cenderung melihat dirinya di cermin dan menilai diri sendiri secara berlebihan. Taksub dan terlalu memgagumi diri sendiri. Fuhh, ade ea personaliti yang macam tu. Takut lah pulak. Huhuhu. So, kalau korang nak tahu details sila baca novel ini.

Ape-ape pun, mind blowing sungguh plot cerita Tuan RAM kali ni. Berkerut dahi aku cuba nak memfokuskan setiap ayat dah setiap relung masa bab yang ada. 

Hari ini...Setahun Selepas Hari Ini..25 Tahun Selepas Hari ini..Imbas Kembali 5 Tahun Lalu.

Aishhh...sakit kepala dibuatnye. Ternyata setiap karya Tuan RAM memang membuatkan pembaca memerah otak untuk cuba memahaminya. Hahaha. Tapi itu lah yang thrill nye bile baca karya beliau ni. Ko tak ingat benda lain dah. Ko fokus je kat jalan cerita die. Hahaha..

Itu jugak lah sebab aku bagi rate 9, sebab lepas baca aku sakit kepala weii. Maybe sebab terlalu khusyuk kot. Aku habiskan novel ni dalam masa setengah hari je. Hahaha. Tak sabar nak tahu kesudahannya. Aku dah tahu kesudahannya. Aku nak korang jugak tahu ape kesudahan CARLOS- CASE CLOSED ni. Tak rugi wei bace. Thrill dan mencabar. Cara hukuman Carlos pun buat aku ngeri. Takut nak membayangkan. Hahahaha.

So, gais..itu sahaja review novel terbaru aku. Lame aku tak buat review novel ni. Tak de mood nak membaca. Novel Haura pun aku tak habis-habis baca. Maybe malam ni aku sambung baca. Next, aku buat review Novel Haura pulak. 

Dapatkan the latest novel Tuan RAM, Carlos-Case Closed. Confirm korang takkan rasa rugi.

Daaa...Assalamualaikum..

CASE CLOSED ~

Shoppe Haul 1.0

Barang shopee guwe udah sampe....

Sejak jarang-jarang dapat keluar shopping ni memang aku rajin shopping online. Selalunye kat Shopee lah. Macam-macam lah aku beli. Pocket perfume, baju tido cekci, lace underwear, humidifier, dan macam-macam lagi lah.


Abg J&T antar parcel tengah hari tadi


Baru je td sampai lagi satu parcel. Kali ni dengan hanya bermodalkan RM15 with free shipping aku dapat 8 barang. Antaranya, baju tido yang super comel, pengetip kuku yang super cute, head band yang putih warnanye bercorak telinga rabbit, travel pocket soap, travel pouch bag, travel shoe bag, tissue storage box dan kain lap yang super nipis. Hahaha. Not bad lah wei. Murah pun murah. 

Item 1 : Baju Tido

Melambak baju tido kat rumah ni ha. P beli lagi. Tp comel what baju tido ni, cume agak cekci sikit. Aku ingat labuh tp paras peha je. So, kene pakai seluar lah ni. Dun wurry, aku dah beli lagi baju tido baru. Hahaha. Aku pilih corak ni sebab die nampak gelap sikit. Tak de lah transparent sgt nanti.

Item 2 : Nail Clipper

Pengetip kuku yang super cute ni aku nak letak dalam kereta. Standby lah satu. Senang kalau kemane-mane time tu kuku dah panjang boleh potong je kat situ. Kat rumah memang dah ade satu. So, yang ni park dalam Baby O. Lagipun kecik, nak letak dalam beg pun boleh.

Item 3 : Headband

Headband yang comel ni agak nipis sedikit. Tapi okay lah, sesuai lah dengan harganya kan. Tapi aku dapat warna putih. Well, seller dah state random color which is ko akan receive whatever color yang akan seller hantar. So, aku dapat warna putih. Actually, aku dah ade satu lagi headband yang aku beli kat Daiso tempoh hari. Yang tu nampak lagi tebal lagi berbanding yang baru aku beli ni. Okay lah, buat basah-basahan kan.

Item 4 : Travel Pocket Soap

Travel pocket soap ni pun letak dalam kereta. Ade 20 pcs dalam tu siap dengan kotak sekali. Senang nak cuci tangan kalau travel mane-mane nanti. Actually, aku pernah beli barang yang serupe time shopee 12.12 tempoh hari. Tapi sampai kesudah tak sampai-sampai lagi itemnye. Import from China gaiss....aku reportlah kat seller tu then seller tu kate maybe item dah lost and nak antar the replacement. Tapi sampai kesudah non hadoo..hahaha..Tapi masalahnye bile entah nak gune soap ni. Hohoho.

Item 5 : Travel Pouch Bag

Travel pouch bag ni wajib ada. Alahaii..kan best kalau dapat travel p mane-mane. Time tu lah nak gunakan travel pouch ni. Travel pouch datang dalam tiga saiz yang berlainan. Senang nak letak toiletrist, senang nak letak adik-adik, kakak-kakak @ pakaian dalam. Lagipun waterproof. Bile lah boleh guna gamaknye. Buat masa ni aku park item ni dalam Baby O dulu.

Item 6 : Tissue Pouch

Tissue pouch ni pun aku beli dan akan letak dalam Baby O nanti. Senang nak capai tisu kat dalam kete. Tarik jer. Jimat space jugak. Tapi apasal entah aku pilih warna hitam ni. Hohohoho..

Item 7 : Kain Lap

Kain lap ni pun aku beli wei. Alah, baper sen je. Actually, ni kain lap kitchen tapi aku akan letak kain lap ni dalam Baby O nanti. Senang nak lap ape-ape nanti. Selit je dalam box Baby O nanti. Yang ni aku pilih warna pink grey. Nice jugak. Lembut je kainnye.

Item 8 : Travel Shoe Bag

Last item untuk shopping haul kali ni. Aku memang dah lame aim benda alah ni. Senang wehhh nak letak kasut nanti. Misalnye kalau baru balik hiking, masukkan je kasut hiking yang kotor tu dalam ni. Setel masalah. For now, aku letak sport shoe aku je dalam ni. Then, item ni akan di park dalam Baby O.

Setel dah shopping haul barang shopee yang aku beli last week. Not bad jugak penghantarannya. Fast delivery. Item diterima dalam keadaan baik semuanya. Oh ya, aku beli rate lagi seller ni. Line tak berape cun. 





Wednesday, 27 January 2021

Aktiviti Di Cuti Thaipusam

Hurmmm...esok 28 Januari 2021, cuti Thaipusam. Ape lah nak dibuat esok ni kan. Kalau tak PKP,  confirm esok pagi aku dah balik kampung. Cuti bersambung kan sampai Ahad. Best lah kalau balik kampung. Huhuhu. Tapi, problemnye sekarang tengah PKP. Makanya, berhuhu jer lah kat rumah. Tido lah sampai ke tengah hari. Bila lagi kan. Dah cuti ni tido je lah. Hahaha.

Alahaii..bosannye hujung minggu atau public holiday time PKP ni. Semua tak boleh buat. Nak keluar jumpa kawan-kawan x boleh. Nak balik kampung tak boleh merentas negeri. Hurmm..nampak gaya duduk rumah saje lah. Memang lah betul waktu-waktu Covid ni baik duduk rumah. Tapi, iyer lah..sometimes rindu dengan kehidupan yang dulu-dulu. Kalau dulu every week aku tak lekat kat rumah. Ade aje aktiviti yang akan aku lakukan. Hiking lah..Lepak umah member lah..Chill2 dengan housemate...Rindu.....


Chill-chill dengan ex-officemate. Gossip-gossip


Merasa pewai nak sampai ke puncak


Bile lah semua ni nak berakhir. Dah penat lah macam ni. Takkan tahun 2021 nak dihabiskan macam tu ajer. Lagi teruk dari tahun 2020 ni. Esok Thaipusam...agaknye penuh ke Batu Cave tu erkk..?? Hopefully janganlah ade kluster baru pulak. Sampai bile lah nak jadi macam ni. Tak lame lagi Chinese New Year. Cuti CNY ni pun memang ade feeling takkan boleh balik kampung. Huhuhu..

Whatever ahh..yang penting sekarang aku kene pikir ape aku nak buat esok ni. Hahaha. 1st, aku rasa aku nak mengemas bilik. Nak basuk baju, basuh cadar, basuh selimut dan tukar patchwork baru. Nak buay deco sikit dengan bilik ni. 2nd, nak keluar kejap cari barang sikit. Oh ya..mineral water aku dah kehabisan stock. So, kene topup. Aku ni tak boleh tak ade air. Kene discuss ngan budak rumah lah kepentingan untuk kami amik Coway atau Cuckoo. Kalau dikira-kira kan, same je sebenarnye kalau beli mineral water kat luar tu. Ok, akan dipertimbangkan esok.


Time to read the novel again


Ape lagi erkk..oh ya, 3rd, aku nak start membaca novel semula. Novel Haura sampai ke sudah tak habis-habis. La ni aku nak proceed baca Carlos Case Closed. Chaiyok Faiross...esok kau punye banyak masa. Gaiss, laptop aku problem tau. Huhuhu. So, mase untuk movie terpaksa ditangguhkan dulu. Aku tak tahu ape masalah dengan laptop aku tu. Puas dah aku godek-godek cari punca masalah. Namun tak ketemu. Kene bawak kedai kot repair. By the way, almost 13 years laptop ni aku guna. Mungkin dah tiba masanya untuk rosak. Huhuhu. Sedihh weeiii...


Dah ON tapi tak nak keluar display


Tengok lah ni...sedihhh

So, buat masa ni 3 aktiviti ni je lah aku nak buat esok. Kalau rajin petang sikit aku nak keluar berjogging. Lame sangat aku tak keluar peluh ni. Badan pun dah makin berisi ni. 

Itu jelah celoteh Cik CT untuk malam ni. Daa..Good Night...

Wednesday, 20 January 2021

Saliva Test Kit

Hi...

Aku nak story pasal semalam office aku ade buat screening covid-19 using saliva test kit. Company aku yang provide that kit. Company aku sejak-sejak Covid ni memang rancak businessnye. Alhamdulillah, pendapatan kami tak terjejas. Gaji every month dapat tapi workload keje memang bertambah lah. Aku as purchaser memang busy sesangat lately ni. Permintaan raw mat from lab memang kaw kaw increasing. So, memang kene sentiasa follow up dengan supplier and find new source to get the better price. Penat jugak ahh actually. Then semua nak kene cepat. Ade satu hari..ahh, semalam..sampai-sampai opis terus call supplier yang boleh supply banquet chair dalam masa 2 3 hari ni. Aiyak, procedure biasa memang take time 7-10 days for supplier nak deliver. Mujur jugak ada 1 supplier ni boleh deliver that item pada tarikh yang kitorang request tu.

Ehh, melalut pulak aku ni..

Semalam staff di mintak untuk jalankan ujian saliva ni. Aku tak tahu sampai mana tahap keberkesanan ujian ni dilakukan. Mostly, budak2 lab punye result dari ujian ni semuanya negative. If positive baru di mintak untuk jalankan ujian Rt-PCR test. Aku x sure apa result saliva test kitorang semalam. Senyap je Mr Choo. Maybe masing-masing negative lah kot. Alhamdulillah.

Ala, senang je ujian ni. Kami diberi satu set kit. Letakkan satu benda yang berbentuk seperti sudu ke dalam mulut. Bukan lah kemam sudu tu, kat hujung dia mcam ade kapas, ala..mcm lolipop tu. So, masukkan dalam mulut dalam lebih kurang 3 minit untuk air liur ko menyerap masuk ke dalam kapas. Then, after 3 minutes keluarkan lolipop tu dan tekan masuk ke dalam satu tiub ni utk simpan ayaq liur ko tu. 

Aku buat after 20 minutes sebab pagi tu aku dah sarapan and minum air. Tak digalakkan untuk sarapan kalau nak jalankan ujian ni. Not sure sebab ape. Maybe depa nak amik pure ayaq liur kita lah kot. Hahaha. Senang je. Tak ade rasa sakit ape2 pun. Cuma masa ko kemam lolipop tu banyak pulak ayaq liur yang produce. Nak telan euwww...so kene tahan 3 minit. Lepas tu terus buang. Yekkk...

So, aku berjaya mendapatkan sekurangnya 0.5ml air liur. Hahaha.





Sunday, 17 January 2021

Bukan Kau Orangnya

Lame aku tak menulis. Lame aku tak berkarya. Lama aku tak berpuitis. Bila umur dah semakin meningkat, idea pun dah semakin susut. Hahaha. Fikiran banyak terarah ke arah kerja. Ke arah bila nak berkahwin..Ehh!!!! Malam ni aku scroll down lah semula karya-karya lama aku. Kelakar pulak bila dibaca semula. Apo ni Faiross??? Cringe giler bile baca. Tapi itu lah luahan sebenar perasaan hati aku waktu aku menulis tu. No ciplak-ciplak dari mana-mana okay. Tulisan tu sememangnya datang dari hati aku sendiri.

Tapi, serious lah bila baca balik aku rasa nak uwekkk pulak..Hahaha

Bila teringatkan kenangan lalu

Membuatkan bibir ini tersenyum manis

Tersenyum mengenang kisah cinta dahulu

Kau dan juga aku

 

Kita bagaikan pasangan yang bahagia ketika itu

Kita bagaikan tidak bisa dipisahkan lagi

Seakan kau telah ditakdirkan tercipta untukku

 

Namun....

Kedatangan orang ketiga

Memusnahkan segala-galanya

Hanya disebabkan salah faham

Hubungan kita berantakan

Retak menanti belah

 

Tergamaknya kau

Meninggalkan tanpa menoleh

Memandangku buat seketika

Kau pergi bersama dia

Meninggalkan aku keseorangan

Mengharungi arus kehidupan berseorangan

 

Kejamnya kau

Sanggupnya kau

Menghancurkan hatiku ini

Telah ku tetapkan didalan hati ini

Aku tak akan sesekali memaafkan dirimu

Apa yang kau lakukan kepadaku ini

Akan ku ingat sehingga matiku

 

Bukanlah niat ku untuk mendendamimu

Namun aku ini

Hanyalah manusia biasa

Yang tahu apa itu perasaan marah

Sakit hati

 

Ku harapkan jua kau tidak lagi

Sesekali akan muncul kembali

Dihadapanki

Kelak aku tidak aku ketahui

Apa tindakan yang akan kulakukan kepadamu

 

Aku tidak sesekali menerima pujuk rayumu

Hati ini telah kututup rapat-rapat buatmu

Hati yang terluka ini

Terguris ini

Tak bisa lagi dapat kau pulihkan

Bukan engkau orangnya.......

.

.

.

Tulisan kat atas ni aku tak tahu pada sape aku tuju. Hahaha. Sometime, tulisan aku suka-suka. Sometime memang datang dari hati aku. Seorang Fairos kadang-kadang bercelaru perasaan die tu. Kadang-kadang dia tak tahu ape yang dia rasa. Kadang-kadang dia tak tahu apa yang dia nak sebenarnya. Hahaha.

Angsi 3.0 Penutup Tahun 2020

                                                    Tarikh : 19 Disember 2020

Tempat : Gunung Angsi - BP-UB-BP

Starting Point : Bukit Putus

Tempoh Pendakian : 5 jam 25 minit turun dan naik 

Total Jarak Pendakian : 14.9 KM

Tahap Kesukaran : Easy to Moderate to Diffcult





Hi Gaiss...19 Disember yang lalu Geng Pendaki Muka Pinggan berjaya sekali lagi sampai ke puncak Gunung Angsi. This is our reunion selepas berbulan-bulan menjalani PKP & PKPB. Finally, sebagai penutup tahun 2020 kitorang berempat plan nak hiking Gunung Angsi sama-sama. Lama dah kitorang plan nak naik Angsi dari Ulu Bendul turun Bukit Putus dan jalan kaki semula ke Ulu Bendul. Kire buat satu loop lah. Plannye kami berempat je, pastu ajak Keyrol then Keyrol pulak open trip. Dah ramai pulak yang nak join. So, trip pada hari tu seramai 24 orang line up yang join naik Angsi. Adda datang ke rumah aku dulu. Tido semalam then pagi tu kitorang gerak ke De Centrum pick up Lydia kat sana. Keyrol gerak sendiri. Afiq pulak kitorang pick up die kat Rasah then terus shoot ke starting point Bukit Putus. Alhamdulillah, kitorang berempat sampai dalam pukul 7 pagi. Keyrol dah sampai awal untuk proses beli permit. 

Sememangnya pagi tu ramai dah orang kat starting point Bukit Putus tu. Masing-masing dah lame duduk rumah kan. So, bila dah diberi kelonggaran untuk beriadah ni, apa lagi gunakan peluang yang ada. Tapi, SOP kena jaga ya kawan-kawan. Kita tak naklah cetuskan kluster Covid-19 yang baru pulak. Kasihanilah frontliners kite tu. Done Keyrol beli semua permit masuk yang bernilai RM5 per pax. Kan aku cerita yang kitorang nak start naik dari Ulu Bendul then turun Bukit Putus kan, nak dijadikan ceritanye Keyrol diinform penjaga kaunter tak suggest kitorang untuk ikut route situ memandangkan kitorang datang dalam jumlah yang ramai. Tambah lagi ada dua orang kanak-kanak. Hurmmm...satu hal lah pulak. Nak dijadikan ceritanya jugak, semalam ada kes pendaki sesat kat dalam tu dan keluar pada pukul 8 malam. Lagilah penjaga kaunter tak suggest kitorang lalu situ. Aduhhh..hancus harapan Pendaki Muka Pinggan nak merasa trail Ulu Bendul. 


Phot Group di hadapan Pintu Masuk Bukit Putus Trail



Photo Group di hadapan Signboard Puncak Angsi


Phot Group di hadapan Beirut Angsi


Keyrol cakap kalau kami berlima boleh je nak naik lalu Ulu Bendul tapi disebabkan dah ramai pulak yang join takkan nak ditinggalkan dorang semua. Memanglah ini bukan trip by organizer tapi disebabkan atas rasa perikemanusiaan tak nak lah kami lepas tangan. Lepas dikira-kira, dicongak-congak so we decided untuk sama-sama naik ikut Bukit Putus je. 

Dalam pukul 8.30 jugalah baru start hiking. Agak lambat kan. Well, bila naik dalam jumlah yang ramai ni memang begitulah keadaannya. Nak tunggu semua datang lagi. Huhhu. Malam sebelumnya hujan so trek memang basah dan berlumpur. Huhuhu. Kasut hiking aku tak usah cakaplah habis berlumpur. Hahaha. Terasa lama pulak hiking Angsi kali ni. Mungkin disebabkan jalan trek yang berlumpur menyukarkan pergerakan masing-masing. Penat jugak wei. 

Aku sering merungut pada Afiq di hadapan.... "Awat tak sampai-sampai ni Afiq?" Afiq membalas "Dah memanjang kot trek ni Yus." Hahaha.. Cehhh...Malas nak layan aku lah tu...

Lebih kurang 2 jam macam tu sampai jugak kitorang di puncak. Ya Allah, dah macam mall kat atas tu weii..Ramai orang wei. Aduhaii..ni kalau upload gambo dalam socmed mahu kene viral. Silap-silap Angsi ditutup. Huhuhu. So, jangan upload sebarang ye. Hihihi. Mujur jugak kawasan puncak tu agak luas so, okay lah. Wahh, dah makin cantik dan kemas puncak Angsi ni. Signboard baru pun dah dibina kat atas ni. Bagus-bagus...So, bila pihak yang tertentu dah sediakan kemudahan, kite sebagai pendaki pandai-pandailah jaga harta benda awam. Jangan lah duk berdiri atas tu dan bergambo lama-lama kat situ. Ramai lagi orang tunggu turn nak bergambo. So, dont be selfish ya. 

Agak lama jugak kami kat puncak tu. Lebih kurang 2 jam menantikan group terkahir sampai. Tak sia-sia Gunung Hub pilih Lydia one of their crew. Bagus budak ni. Macam nilah crew yang kite carik. Tak tinggalkan line up kat belakang. Kite naik sama-sama, sampai puncak sama-sama dan turun jugak sama-sama. Ohhhh, turun kami tak sama-sama pada hari tu. Hehehe. Kami decided untuk turun lalu Ulu Bendul. Mujur line up yang lain tak kisah. Mereka pun dah tak larat benonye. So, kami yang seramai 10 orang je yang turun ikut Ulu Bendul diketuai oleh Keyrol dan sweeper by Afiq. Sebab Keyrol dan Afiq je yang tahu route Ulu Bendul tu. Kitorang ngekor jer lah.

Pandangan peribadi aku tentang laluan turun Ulu Bendul ialah route nye too adventure. Serious ahh, mencanak turun babe. Kalau naik aku tak tahu lah. Pacak weiih..Hahaha. Tapi perasaan naik ikut route Ulu Bendul mungkin berbeza dengan turun. So, next time aku kene try naik Angsi ikut Ulu Bendul ni pulak. Trek yang basah dan berlumpur actually agak membataskan pergerakan kami. Mujur ada Afiq dan Keyrol yang sentiasa membantu dan memberikan pertolongan. Contohnya ada satu part tu, aku tak tak tahu ape nama tempat tu, peha Afiq diperlukan untuk kitorang melepasi kawasan tersebut. Kesian Afiq. Sorry ya Afiq. Hehehe.

Lagi satu tempat bila mana kitorang perlu tempuh satu kayu balak yang menghalangi trek. Ya Ampunn..payahnye lah hai. Dah lah licin. Nasib baik ade Kyrol dan Afiq ni ha. Kalau tak de depa rasa mengelungsur ke bawah tu. Hahaha. Actually quite bahaya sebenarnya kalau tak ada kaum-kaum lelaki ni. Licin wei. Tak dapat bayangkan kalau salah seorang dari kami tergelincir jatuh. Ini kot sebab mengapa pihak perhutanan tak bagi pendaki menggunakan trail Ulu Bendul dalam musim tengkujuh ni. Alhamdulillah, ke semua kami berjaya mengharungi halangan tersebut.


Laluan Trail Ulu Bendul


Time ni sedang menunggu giliran untuk turun. Abang-abang tu tengah dalam perjalanan ke puncak


Kene meredah sungai. Bile dengar bunyi sungai masing-masing dah rasa happy.


Bile turun ikut Ulu Bendol sudah pastilah ko akan melalui kawasan air terjun. Memang best lah kalau dapat mandikan. Namun perasan eksaited tu tak ada pada aku. Hahahaha. Aku penat wei. Serious wehh, aku penat sangat-sangat. Dapat sampai ke bawah pun dah rasa sangat bersyukur ya amat. Around pukul 3 petang jugak lah kitorang 10 orang selamat sampai kebawah. Okay, 1 hal pulak nak g amik kereta kat Bukit Putus. Aku surrender tak nak dah ikut dorang g Bukit Putus. Perjalanan ke Bukit Putus sepanjang 2KM dah tak mampu aku lakukan disebabkan kepenatan yang amat sangat. Aku dan Adda just tunggu depa kat Ulu Bendul tu jer. Teman tak larat sihh. So, one loop BP-UB-BP gagal aku laksanakan. Maybe next time lah kot ea. Hahahaha.

Walaupun ini kali ketiga aku panjat Angsi, setiap kali naik perasaannya sangat berbeza. Tak pernah samelah. 1 je perasaan yang sama iaitu perasaan PENAT. Hahaha. Menyesal?? Tak ade lah rasa menyesal tapi rasa PUAS. Hahaha.

That Angsi is the last trip i join sepanjang tahun 2020. Untuk tahun 2020 , hanya 14 puncak je yang dapat aku tawan. Aku harapkan more puncak untuk tahun 2021 ni tapi apakan daya, awal-awal tahun je dah dikenakan PKP. Semoga Covid-19 cepat berlalu pergi. Untuk tahun 2021, dah banyak perancangan yang aku dah plan. Antaranya, trip mendaki Gunung Kinabalu pada bulan Julai ni dan CBL pada bulan April nanti. Aku perlukan training ni. Huhuhu. Setakat ni hanya mampu turun naik tangga je lah kan. 

Geng Pendaki Muka Pinggan ~ Thanks for chuolss jadi sahabat hiking Cik CT. See u in the next trip and dunt forget our Kinabalu trip 2021. In sha Allah...







Geng Pendaki Muka Pinggan


1st posting in 2021 - PKP 2.0 -

Hi gais..Salam 2021. Blog Cik CT kembali!!!

Lame sangat aku tak update blog kesayangan aku ni. Sekarang dah banyak platform lain untuk ko salurkan content dan juga cerita selain dari blog ni. La ni dah ade Youtube, Tik Tok, mahupun Instagram untuk korang berkarya. Setakat ni biar lah aku dengan Blog Cik CT. Aku tak kisah orang nak membaca ke tidak. Yang penting aku suka ape yang aku buat sekarang. Setiap orang punya cara masing-masing untuk berkarya atau menulis.

Gais, kita dah masuk ke tahun 2021 gais. Dah hari ke 17 untuk tahun baru ini. Dan, sekarang kita tengah menjalani PKP 2.0. Yaaa gais..PKP 2.0. Kes semakin meningkat gais. Kalau tak dibendung dari sekarang pasti kes akan terus meningkat. Ya..in realitinya kita masih lagi berjuang dengan virus Covid-19. Dalam sedar tak sedar hampir setahun virus ini menghantui satu dunia. Melihatkan keadaan kes di Malaysia yang semakin meningkat, satu tindakan perlu diambil sebelum ianya semakin buruk. Kerajan telah mengumumkan PKP 2.0 akan dijalankan dibeberapa buah negeri. Di antaranya, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Putrajaya, Pulau Pinang, Sabah dan Melaka. PKPB (Bersyarat) pula dikenakan ke atas enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan. PKPP (Pemulihan) dikenakan diatas 2 buah negeri iaitu Perlis dan Sarawak. Update terkini, Kelantan jugak diumukan PKP yang bermula pada 16 - 26 Januari 2020.

Larang merentas negeri dilarang sama sekali dalam tempoh ini. Mujur jugak aku sempat balik kampung tempoh hari. So, tak ade lah rasa terkilan sangat dalam tempoh PKP ini. Tapi, yang memeranjatkan aku kes semakin meningkat. Huhuhu. Semalam aje kes meningkat ke 4,000 kes. Allahu. Kluster terbaru datang dari kes merentas negeri. Sejujurnya aku mula cuak. Iyer lah, aku kan balik kampung tempoh hari. Dari masa ke semasa aku akan selalu telefon rumah menanyakan hal ksihatan ayah dan ibuku. Alhamdulillah, kedua-dua mereka dalam keadaan baik dan sihat. Semoga Allah menjaga kedua ibu dan ayah aku. Aminn.

Di Selangor, hari ni masuk hari kelima kitorang semua menjalani PKP 2.0. Aku masih bekerja seperti biasa. Almaklumlah, internet yang agak terbatas dirumah menyebabkan aku perlu datang ke office seperti biasa. Jangan risau, SOP yang ketat aku praktikkan sentiasa. Kawan-kawan sepejabat yang lain alternat dan manager-manager tak perlu datang ke office. Mereka work from home je. So, tak ramai lah manusia kat office tu. Hehehe.

Bila dah start PKP ni, memang lebih baik kalau stay at home sahaja bagi mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini berlaku. Keluar bila perlu. Dalam waktu sekarang kita tak tahu Covid tu ada di mana. Tapi kan, jujur aku bagitahu. Aku rasa PKP kali ni sama je macam PKPB sebelum ni. Manusia masih lagi ramai duk keluar rumah lagi. Setia Alam n ha, masih je ramai yang menjual. Hurrmm..tapi nak buat macam mana, kalau semua kedai ditutup, habislah income mereka. Apa depa nak makan. Dah lah nak keluarkan duit KSWP pun susah. Opppsss!!! Hehehe..

Hopefully, lepas 2 minggu PKP 2.0 ni nampak lah penurunan kes tu. Berdoa sangat-sangat. Aku tak nak dah sambut Ramadhan dan Aidilfitri kat Selangor ni wei. Cukuplah tahun lepas. Uhukuhuk..Sedihhh!!!..Semoga Covid-19 pergi jauh-jauh dari kehidupan semua orang dan kami kembali menjalani kehidupan seperti biasa macam dulu.

Sebelum tempoh PKP 2.0 hari tu, aku sempat jugak keluar chill-chill dengan kawan-kawan aku. Sempatlah hiking Gunung Angsi sekali lagi dan sempat jugak chill dengan ex-hosmate dulu kat Gopeng Glamping Park. Next entri aku story lagi.

So, cukup sampai setakat ni jelah introduction 1st entri Blog Cik CT di tahun 2021. Sat lagi, aku update story hiking Angsi 3.0 aku ye.

Daa....Assalamualaikum. Terus stay safe!!!




Kisah Sang Rosul Lirik

رَاحَتِ الاَطيَارُ تَشدُو # فِى لَيَالِى المَولِدِ

(Burung-burung berkicauan, di malam kelahiran baginda Nabi)

وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
(Dan kilatan kecil terpancar penuh makna-makna)
رَاحَتِ الاَطيَارُ تَشدُو # فِى لَيَالِى المَولِدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
فِى لَيَالِى المَولِدِ
فِى لَيَالِى المَولِدِ
(di malam kelahiran baginda Nabi)
Abdullah nama ayahnya, Aminah ibundanya
Abdul muthalib kakeknya, Abu thalib pamannya
Khadijah istri setia, Fatimah putri tercinta
Semua bernasad mulia, dari Quraisy ternama
Inilah kisah sang Rosul yang penuh suka duka
Inilah kisah sang Rosul yang penuh suka duka
Oh penuh suka duka, oh penuh suka duka
رَاحَتِ الاَطيَارُ تَشدُو # فِى لَيَالِى المَولِدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
رَاحَتِ الاَطيَارُ تَشدُ # فِى لَيَالِى المَولِدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
فِى لَيَالِى المَولِدِ
فِى لَيَالِى المَولِدِ
Dua bulan di kandungan wafat Ayahandanya
Tahun gajah dilahirkan yatim dengan kakekya
Sesuai adat yang ada disusui Halimah
6 tahun usianya wafat ibu tercinta
Inilah kisah sang Rosul yang penuh suka duka
Inilah kisah sang Rosul yang penuh suka duka
Oh penuh suka duka, oh penuh suka duka, oh penuh suka duka
رَاحَتِ الاَطيَارُ تَشدُو # فِى لَيَالِى المَولِدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
رَاحَتِ الاَطيَارُ تَشدُو # فِى لَيَالِى المَولِدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
فِى لَيَالِى المَولِدِ
فِى لَيَالِى المَولِدِ
8 tahun usia kakek meninggalkanya
Abuthalib-pun menjaga paman paling membela
Saat kecil penggembala dagang saat remaja
Umur 25 memperistri Khodijah
Inilah kisah sang Rosul yang penuh suka duka
Inilah kisah sang Rosul yang penuh suka duka
Oh penuh suka duka, oh penuh suka duka
رَاحَتِ الاَطيَارُ تَشدُو # فِى لَيَالِى المَولِدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
رَاحَتِ الاَطيَارُ تَشدُو # فِى لَيَالِى المَولِدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
فِى لَيَالِى المَولِدِ
فِى لَيَالِى المَولِدِ
Di umur ke-30 mempersatukan bangsa
Saat peletakkan batu Hajar Aswad mulia
Genap 40 tahun mendapatkan risalah
Ia pun menjadi Rasul Akhir para annbiya
Inilah kisah sang Rosul yang penuh suka duka
Inilah kisah sang Rosul yang penuh suka duka
Oh penuh suka duka, Oh penuh suka duka
رَاحَتِ الاَطيَارُ تَشدُو # فِى لَيَالِى المَولِدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
رَاحَتِ الاَطيَارُ تَشدُو # فِى لَيَالِى المَولِدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
وَبَرِيقُ النُّورِيَبدُو # مِن مَعَانِى اَحمَدِ
فِى لَيَالِى المَولِدِ

فِى لَيَالِى المَولِ













Source: Musixmatch
Songwriters: Habib Syech Bin Abdul Qodir Assegaf
Kisah Sang Rosul lyrics © Whooping Crane Music, Stackin It Publishin, 321 Music, Llc, Pt. Royal Publikasi Musikindo

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...