Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019

Hiking Denai Tiga Puteri 2.0 - Day View -

Date:  20 Oktober 2019 Tempat:  Denai Tiga Puteri, Kota Damansara Starting Point:  Taman Eko Rimba Kota Damansara Ketinggian:  321m Tahap Kesukaran:  Easy Distance:  Mungkin dalam 3KM. Hahaha.                         Tempoh perjalanan:  2 jam naik dan turun (ikut pace aku ketika itu...) Selamat petang... Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Dan aku, masih tak dapat nak lelapkan mata lagi. Bila tak dapat lelap, boleh sangat lah kalau aku update story tentang xtvt hiking aku dan rakan-rakan pagi tadi. Kami berempat plan nak hike Denai Tiga Puteri. Plan asalnye datang dari Iqah, budak rumah aku. Katanya, apa plan kak yus Ahad ni??? Mulanya aku jawablah tak ade plan, just nak pergi rumah adik kat Ampang nanti. Tapi why not pagi tu kita hike mana2 bukit? Iqah tanya nak naik bukit mana??? Hurmm, nak naik Broga jauh sangat. Nak naik Angsi, lagi lah jauh sampai...

Larian HSN21KM 2019 - 13 Oct 2019 -

Alhamdulillah, kali ke-2 aku menyertai larian HSN21KM sempena Bulan Sukan Negara. Tapi kali ni aku hanya join run 10KM pulak. Okaylah tu kan. Not bad meh!! Jalan-jalan lenggang kangkung jer, larian gumbira setel dalam masa 1 jam 55 minit. Kali ini HSN21KM 2019 diadakan di Anjung Floria, Putrajaya. Tahun lepas di Bukit Jalil. Buat waktu malam. Tahun ni diadakan pada waktu siang pulak. Ada kategori 21KM, 10KM dan 5KM fun run. Macam biasa 21KM start flag off pada pukul 4.30 pagi kalau tak silap aku lah. 10KM flag off pada pukul 6.15 pagi dan 5KM fun run pada pukul 7.45 pagi. Penyertaan HSN21KM 2019 kali ini hanya disertai oleh aku, Najat, Uji dan Adda sahaja. Ambil racekit macam biasa di Proton Excellence Center pada 4 Oct yang lalu. Cabaran jugaklah time nak amik bib ni. Kalau tahun lepas aku boleh collect bib time waktu lunch tapi hari tu ramai giler orang bhai. So, we decided to collect masa habis kerja je. Namun sesampainya di foyer proton, punyer lah ramai lagi manusia ...

Ni semua OMI punya pasal....😡😡

Seorang kenalan lelaki yang aku kenal dari laman OMI mengingatkan aku kembali kepada Jojo...sebuah nickname yang hampir lenyap dari ingatan. Tapi, malam ni nickname itu kembali memenuhi ruang minda ini. Mungkin sebab itu lah kenapa aku sangat menyenangi Jojo walaupun kami hanya berinteraksi melalui sms sahaja. Ye, SMS sahaja menjadi penghubung kami waktu tu. Tak pun, voice note. Rasa tak percaya pulak bila dipikirkan sekarang ni. Kenalan lelaki ini bertanyakan kepada aku, sepanjang bermain sms dengan Jojo tak bersembang yang bukan-bukan ke??? Aku menjawab "tak, langsung tak pernah." Buat ape aku nak menipu, memang tak pernah langsung. Setakat ayat-ayat manis berbunga tu ade lah. Hahaha.  Kalau yang bukan-bukan...alah, senang citer perbualan yang nakal-nakal lah, memang tak pernah langsung. Bagi aku, Jojo sangat menghormati aku sebagai rakan mayanya.  Mungkin sebab itulah kenapa aku jatuh hati pada Jojo walaupun tak pernah langsung bersua muka dengan die. Tapi...

Novel Review: Encik Abangku Romantik

Novel: Encik Abangku Romantik Novelis: Elee Mardiana Rate: 8/10 Tarikh Habis Baca: 8 Oct 2019                   " Kau kejar aku lari, aku berhenti kau menyepi...." KAHWIN??? Minta maaflah! Widelia mahu jadi lawyer dan mak andam glamor terlebih dahulu. Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan, die tetap tidak akan terima. Dia ada alasannya tersendiri. Tetapi.....lelaki bernama Haikal tu lain daripada yang lain. Walaupun Widelia jawab tak suka, dia terus kejar dan paksa gadis itu jatuh cinta padanya. Agresif betul mamat tu! Muka temboklah katakan.... Iqbal juga sukakan Widelia, tetapi simpan dalam hati saja. Tak berani konon! Helo, encik abang....zaman sekarang kalau sudah tangkap cinta kenalah terus kata suka. Nanti melepas....gigit jari, baru padan muka. Masalahnya sekarang...Widelia tetap kata, jangan buang masa. Buatlah apa pun, dia belum nak tukar status! Tetapi Haikal terus push, push, push! Iqba...

Larian KLSCM2019 - 28 Sept 2019 -

Alhamdulillah, sekali lagi berjaya menamatkan larian 5KM Kuala Lumpur Standard Chartered 2019 yang diadakan pada 28 Sep yang lalu bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Iye, buat 5KM jer. Beriya-iya sungguh nak join larian ni tau. Gigih register. Fee pun boleh tahan mahal jugak lah, RM65 untuk 5KM Fun Run. Aku berlari sendirian je untuk larian KLSCM2019 ni. Penyertaan larian ini dipilih melalui sistem undian. Kita register dulu nama then baru undian akan dilakukan. Ini disebabkan terlalu ramai penyertaan untuk KLSCM2019 kali ni. So, tak sangka jugak nama aku terpilih. Alhamdulillah. So, bila nama dah terpilih baru lah buat pembayaran.  Event diadakan selama 2 hari iaitu 28 Sept & 29 Sept 2019. Kategori 5KM Speed & Fun Run dan 1KM, 3KM Kid Dash diadakan pada hari Sabtu, 28hb. Manakala untuk kategori 10KM, HM dan FM diadakan pada hari yang seterusnya, Ahad 29hb. Race collection pulak pada 26, 27 dan 28hb bertempat di PWTC. Gigih aku amik half day wei. Hahaha..A...